Thursday, June 17, 2010

Ada apa dengan kamu Bulan Rejab.

Salam... aku mahu menulis...jadi kamu lah membaca..hehe


"kakak, tolong cat jap depan rumah tu.."
"aik,, awalnye... bukan raya lama lagi ke?"
"kita ni patutnye beria sambut bulan Rejab bukan Syawal"
"hurm...ye tak ye gak"

Teringat conversation ni... aku tepikir lah sejenak.. haah ye.. kita kat Malaysia ni beria-ria sambut Syawal..
Asal nak raya.. semua nak baru... kasut baru, baju baru, tudung baru... kot up sket..haaa..rumah baru ke kan,.
tgk je la kat TV...lagu pon baru..macam2 fiesta la, konsert la ape lah,.. konon bergembira lepas raya..
lagi tambah dosa ada la...

Raya (aidil fitri) tu kan kita raikan untuk kemanangan melawan nafsu sempena RAMADHAN...bulan yang baik dari seribu bulan..
heh!! puasa tak cukup [pompuan lain aa ye] konon sambut dgn konsert...amalan lain ntah...
"selamat hari raya!! selamat hari raya!!" ceh,,,

yg TV plak...dok tayang la cerita menarik..itu ini...bdak2 pon melekat la depan TV... tak nak ikut ziarah-menziarahi..hurm...aku sebenarnya nak cakap pasal BULAN REJAB ni..haih... termelalut jugak..

ha..napenye dengan Bulan RejaB ni...
mak aih,.boleh tanya lagi... x sekolah kah kamu...hehe..gurau2 ye.. sama2 la kita hayati hikmahnye...
ni aku quote dr blog org je...tapi jadi la kan...hehe



Sama samalah kita ingat mengingati amalan amalan mulia yang penuh berkat ini………. 
BULAN REJAB
Pada 4 Julai 2008 (Jumaat) kita memasuki bulan Rejab. Bulan Rejab adalah bulan Allah swt. Let’s overview ada apa di sebalik bulan Rejab itu.
Diriwayatkan bahwa Rasulullah saw telah bersabda, "Ketahuilah bahwa bln Rejab itu adalah bulan ALLAH swt, maka:”
1. Barang siapa yang berpuasa 1 hari dalam bulan ini dengan ikhlas, maka pasti ia mendapat keredhaan yang besar dari ALLAH swt



2. Dan barang siapa berpuasa pada tanggal 27 Rejab 1429h/Isra Mi’raj (Rabu, 30 Julai 2008) akan mendapat pahala seperti 5 tahun berpuasa
3. Barang siapa yang berpuasa 2 hari di bulan Rejab akan mendapat kemuliaan di sisi ALLAH swt
4. Barang siapa yang berpuasa 3 hari yaitu pada tanggal 1, 2, dan 3 Rejab (4, 5, 6 Julai 2008) maka ALLAH swt akan memberikanpahala seperti 900 tahun berpuasa dan menyelamatkannya dari bahaya dunia dan seksa akhirat
5. Barang siapa berpuasa 5 hari dalam bulan ini, insyaallah permintaannya akan dimakbulkan Allah swt..InsyaAllah
6. Barang siapa berpuasa 7 hari dalam bulan ini, maka ditutupkan 7 pintu neraka Jahanam dan barang siapa berpuasa delapan hari maka akan dibukakan 8 pintu syurga
7. Barang siapa berpuasa 15 hari dalam bulan ini, maka ALLAH swt akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan menggantikan kesemua kejahatannya dengan kebaikan, dan barang siapa yang menambah (hari-hari puasa) maka ALLAH swt akan menambahkan pahalanya."
Sabda Rasulullah saw lagi :"Pada malam Mi’raj, saya melihat sebuah sungai yang airnya lebih manis dari madu, lebih sejuk dari air batu dan lebih harum dari minyak wangi, lalu saya bertanya pada Jibril as "Wahai Jibril untuk siapakah sungai ini?"
Maka berkata Jibrilb as "Ya Muhammad sungai ini adalah untuk orang yang membaca selawat untuk engkau dibulan Rejab ni."
Dalam sebuah riwayat Tsauban bercerita :"Ketika kami berjalan bersama-sama Rasulullah saw ke sebuah kubur, lalu Rasulullah saw berhenti dan beliau menangis dengan amat sedih, kemudian beliau berdoa kepada ALLAH swt. Lalu saya bertanya kepada beliau "Ya Rasulullah, mengapakah engkau menangis?" Lalu beliau bersabda "Wahai Tsauban, mereka itu sedang diseksa dalam kuburnya dan saya berdoa kepada ALLAH swt, lalu ALLAH swt meringankan atas mereka."
Sabda beliau lagi "Wahai Tsauban, kalaulah sekiranya mereka ini mahu berpuasa satu hari dan beribadah satu malam saja di bulan Rejab nescaya mereka tidak akan disiksa di dalam kubur." Tsauban bertanya "Ya Rasulullah, apakah hanya berpuasa satu hari dan beribadah satu malam dalam bulan Rejab sudah dapat mengelakkan dari seksa kubur?"
Sabda beliau "Wahai Tsauban, demi ALLAH Zat yang telah mengutus saya sebagai nabi, tiada seorang muslim lelaki dan perempuan yang berpuasa satu hari dan mengerjakan solat malam sekali dalam bulan Rejab dengan niat karena ALLAH swt, kecuali ALLAH swt mencatatkan baginya seperti berpuasa satu tahun dan mengerjakan solat malam satu tahun."


Credit goes to mohdfazzil

 Moga entry ini memberi manfaat..Jom Puasa Sunat!!

0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template