Wednesday, June 30, 2010

Azam Guna Semula??

Salam, entry kali ini bukanlah untuk memperkatakan mengenai insan bernama Azam samada yang hidup mahupun yang meninggal dunia
Azam yang ku maksudkan mengikut definisi Kamus Dewan ialah





Seringkali bila tahun baru akan menjelang, di corong-corong radio mahupun di television kita akan dengar tajuk seperti "azam baru di tahun baru" Pernahkah anda terfikir, mengapa ada istilah seperti ini?

Secara logiknya dapatlah diterima oleh semua orang bahawa pembaharuan azam adalah salah satu motivasi yang bermatlamat untuk menambah baik usaha yang telah dibuat oleh seseorang itu. Selain itu, azam baru juga sebagai satu cara untuk menilai tahap cara yang digunakan dan tahap pencapaian yang lepas.

Dari perspektif pelajar terutamanya yang menggunakan sistem semester (universiti, IPG, kolej) secara majoritinya mempunyai AZAM GUNA SEMULA..

Apa yang saya cuba maksudkan ini?? Boleh tepuk dada tanya iman wahai kawan2... betulkah saya tergolong dalam orang yang mempunyai 'Azam Guna Semula'..... Fokus utma topik ini BELAJAR ye... kang ader yang salah faham plak..payah~~




cuba nilai balik semangat dan azam kita.. bila start sem baru.. ooo semangat nih... nak dapat kalau boleh 3.5 ke atas, tidak mahu lagi datang kelas lambat, tak mahu tertidu dalam kelas..

bila assingment datang, semangat dan keazaman makin pudar,, " takpe, asal buat je.. nanti kalau kena buat balik aku buat je la.... ", " ala sempat lagi ni nak buat, aku ni kan terer sok nak anta,, malam ni sempat lagi." jadi matlamat kita kurang jelas,, dan kita just ikut flow je... perasan tak?? mengaku je la... jangan jadi  hipokrit..

Bila minngu peperiksaan tiba... lagi lah... semangat dah takde langsung.. studi pon bagai dipaksa.. sampai ke tahap.." asal lulus sudah la..", "aku selak bagai dah satu buku ni... tak tahu apa aku baca". dan seumpanya yang menggambarkan... keazaman kita untuk berjaya sudah pun pudar..

Bila result keluar, ada dua kemungkinan:


  1. Bernasib baik: dapat la keputusan cemerlang atau mungkin betul la keputusan tu dapat hasil dari usaha sendiri
  2. bernasib kurang baik: dapat la keputusan kurang memuaskan
jadi.... azam yang di awal semester mungkin akan ada pembaharuan atau dikekalkan kerana objektif tidak tercapai... dan mungkin juga ada yang ikut flow... "orang lain belajar aku belajar la...orang lain pergi kelas, aku pun pergi"..Just ikut flow la....Majoriti pelajar boleh dikatakan macam ni kalau anda sendiri buat kajian..

Salah satu punca utama mungkin kerana pengurusan masa yang tidak betul seperti peruntukan masa yang diberi untuk sesutau perkara melebihi sepatutnya..anda boleh fikirkan sndiri dan nilai adakah anda menggunakan azam ini...

Kemudian, mungkin juga anda kurang pengetahuan mengenayi pengurusan stress. Artikel tentang stress boleh didapati di mana2 sahaja samada bahan elektronik mahupun bercetak..Terpulang pada masing-masing utuk melihat keperluannya..

Jadi, kawan-kawanku sekalian,, mungkin agak susah untuk kita keep motivated... jadi saya bagi satu tips..

*Tulis azam anda di tempat yang selalu anda lihat samada di dalam purse/wallet, di meja studi dan tempat-tempat yang difikirkan bersesuaian..


*elakkan dari bertangguh kerja yang diberi kerana bertangguh itu pencuri masa..


mungkin pembaca sekalian ada pendapat mengenai hal ini jadi sila tinggalkan komen anda dan berikan pendapat bernas anda tu... =P




0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template