Thursday, July 29, 2010

ChEntAku Di Yan = Air?

13 komen dari pembaca
Salam semua..
buat perhatian rakan2 blogger, Mira will take 3 days vacation..
dengan laptop dan internet pon kena cuti
so tak dapat la nak berblogwalking buat 3 hari ini
sebab...
Mira akan bertemu dengan ChEntA di Yan, Kedah
kerana mira dah jatuh cinta dengannya
kasih sudah mula berputik 
hajat di hati ingin bertemu..

Lucky Draw by Shasha

0 komen dari pembaca
Seronok ye cuba masuk contest/lucky draw/giveaway anjuran rakan2 blogger, okeyh tapi yang ini lucky draw, thanks to muhcizzra coz tag mira..
Lucky draw ini dianjurkan oleh shasha. Mata mira dah bertukar jadi duit bila tengok banner nye..hehe 
MySpace
hish x senonoh~~ hehe


Ok, Lucky Draw ini sungguh la mudahnye
  • follow shasha  , w.a.j.i.b
  • promote lucky draw ini, buat satu entry lebih kurang macam ni
  • pastu sila letak banner letak kat sidebar supaya radar shasha dapat kesan blog anda
  • pepandai la korang promote lucky draw ni..
  • klu gigi cukup putih, nama anda naik la.. tunggu je,
  • hadiah? RM50 menanti anda.. cuba la..mana taw kan?
  • jangan lupa inform kat comment box shasha ye..
Nak tag dua orang yang bertuah


Kalau bertuah pon sodap ni~~

Anna's Birthday Giveaway

1 komen dari pembaca
Ini first giveaway yang mira join
tq ye rara sebab tag mira



Comel kan sticky post ini..So cute, acece, mengampu ka?
penganjur nye ialah Kak Anna, Sila la ke blog beliau untuk maklumat mengenai syarat2 dan hadiah2 yang ditawarkan. Lumayan~~ tgk stick post pon tahu.. hehe,Ok sekali lagi sila la ke blog Kak Anna


 Tarikh tutup GA ini ialah pada 10 August 2010 sebelum pukul 10.30 malam.
Jom sertainya..

Sekarang nak tag dua orang untuk GA ini:


harap2 le dapat.. hehe

Wednesday, July 28, 2010

Penjelasan: Saya bukan suka2 offline!!! (AL)

13 komen dari pembaca
Tak fikir panjang,
mira sign up for  Zopim Live Chat
mira rasa mcm lebih mudah jika pakai zopim ni..
mira lupa pertimbangkan kelajuan dan ketidakputusan internet connection yang mira pakai di kampus ini..
lupa sangat.. sebab dah rasa seronok kalau dapat chat terus dengan
kawan2 yang visit page mira,
petang tadi mira sempat berblogwalking sekejap..
dan terpaksa leave kerana komitmen sebagai pelajar.

But then,bila mira check shoutbox tadi..mira betul2 terkejut!
mira tak sangka pertambahan widget ini membawa kejutan yang tak menyenangkan.



tersentap mira bila tengok istilah 'kurang adab' tersebut. Nak kunyah nasi lemak tadi pon rasa macam pasir je. Mira nampak je ganas begini tapi dalam hati tetap ada taman..

Bila mira fikir,, ye memang salah mira sebab tak sedar diri sendiri
pakai internet yang lembap ni tak payah le nak pakai widget ni sebab tetiba tengah chat dia disconnect sendiri
oh ye.. lupa mira just pakai wireless je kat sini sebab tu je yang mampu..

kepada tetamu tersebut,mira nak minta maaf sangat2 sebab sudah mencederakan hati dan perasaan cik/encik/tuan/puan yang berkenaan. mira bukan sengaja offline secara tiba2 bila awak/tuan/puan/cik/encik mengemukakan soalan kepada mira tadi.
dan secara officialnya.. mira dah remove pon widget ni tadi..


mira dah remove widget ini..


harap sangat benda macam ni tak berlaku lagi...tak mahu bertelagah di kemudian hari..

p/s: mira hampir diserang sakit jantung..

Mari Kara-OK..

13 komen dari pembaca
Buat mereka yang di hujung bulan ni tak cukup modal untuk berhibur..
Keboringan duduk rumah tak taw nak buat ape..
Pe kata buat kelas vocal a.k.a berkaraoke.. (betul kah ejaanku itu?)
Tak perlu beli mesin karaoke yang mahal2..
Hanya perlu kewujudan laptop atau PC anda..lebih bagusnya laptop or persendiran ye, bukan laptop or pc bersama, syarikat mahupun pinjam2 kat jiran sebelah rumah.. dan pastikan sound/speaker laptop tu x rosak..


Juga sediakan:


• Air asam jawa – membantu pergerakan keluar suara dari peti suara..
• Air garam – bagi lancar suara yang keluar dari peti suara
• Strepsils – perlu jika tiba2 sakit tekak

Tuesday, July 27, 2010

Friendship Award!

7 komen dari pembaca
Here it comes again,
Award! My third award!MySpace


"friendship last long forever even we are separated"

I finally understand the excitement of having friends while blogging
it thanks to all of you guys who never stop supporting me ..even willing to guide me



now, let's me reveal who are so cute and thoughtful to give this award to me..
She is
p[u]3[m]a[s] 89

thank you so much, dear!

Even though it's a bit late i'm taking this award, it's better than never, right?  

First, those who are getting this award has to make put some links in the entry:




Sunday, July 25, 2010

Hanya perlu double click saja!!

27 komen dari pembaca
Lebih suka letak banyak icon kat desktop? Rasa lagi senang cari ye dak..?
Tapi pernah tak rasa macam serabut je kadang2 tu..rasa macam menyemak sangat..
saya ader jawapan penyelesaiannya...

So,
Hari ni nak kongsi sikit tentang satu software yang mira guna..
untuk clearkan desktop supaya kita tak rasa serabut dan rimas..

Saturday, July 24, 2010

Tidur pun jadi masalah!

25 komen dari pembaca
Tidur di malam hari
Tidur siang
Tidur bila dah penat
Tidur dalam kenderaan
Tak cukup tidur
Tidur terlebih cukup
Tidur-tidur ayam
Tidur yang lena
Tidur berdengkur
Tidur bila sempat
Tidur itu hobi
Tidur bila ada peluang
Tak boleh tidur.

Dengan perkataan tidur sahaja banyak frasa atau ayat yang boleh dibina. Pasti ada dua atau tiga pernyataan di atas yang sinonim dengan kawan2 semua. Pilih2, jangan malu2 dan jangan segan2. Tapi jangan tidur lagi ya~~. Entri ini baru berada di mukaddimahnya.

Tidur yang cukup di waktu malam lazimnya dikaitkan dengan kebaikan yang diperoleh terutamanya dari segi kesihatan. Contohnya:

Terima kasih, toce, arigato, syukran~~

11 komen dari pembaca
Salam..
di sini ada berita baik ..
kawan2 mira di blog ini sudah sampai 100..
MySpace

Kerana sokongan, dorongan, kritik dan saran kalianlah
mira boleh teruskan blog ini..
sebagai tanda terima kasih

Friday, July 23, 2010

Alternatif lain..sudah jumpa!!

5 komen dari pembaca
Pernah mira beritahu satu kesulitan yang dialami
kepada semua kawan2 blogger yang add mira
mira x follow sebab:

"Access  to this site is blocked"

tang column yang nak follow tu  je kena block..adoi..
bila dok tengok reading list sampe tembus baru eden perasan ader botton 'add' kat situ


lepaih tu.. eden terai le add kawn den yang ke-99 iaitu kitatauke
hoh..buleh pulak doh!!

di sini ingin memohon kemaafan yang tak terhingga kepada kawan2
kerana ke"lampi"an yang tak dapat dielakkan..
sorry sterawberry..

selepas ini..InsyaAllah tiada kesukaran lagi nak follow memollow ini.

p/s:sape yang dah jadi rakan saya tapi saya tak 'add' lagi sila bagitaw di komen..

GeDeBuk!! dapat Dua dari Lima..

16 komen dari pembaca
Terima Kasih! ini ucapan auto-reply saya
kepada mereka yang sudi memberi saya AWARD!
Baru lagi sebenarnya dalam dunia blogging ni
dah dapat.. Alhamdulillah la

Bukan satu! tapi dua okey..bunyi macam berlagak pula..Astaghfirullah!

 Award pertama:
BLOG AWARD WINNER: INTERESTING BLOG AWARD!


1.Saya nak ucap terima kasih pada Oren ,Tom dan PrincessQish kerana sudi bagi Award ini..a lot thankies!!MySpace

Jom melawat blog mereka:

Thursday, July 22, 2010

Sambutlah..tapi bagaimana?

15 komen dari pembaca
"Mlm ni pukul 8.30.tolong sebarkan ye"

Baik!! Roger and out Cik Oren..hanya menjawab di dalam hati..
terus teringat satu lagi benda penting..
Camera!! bateri ader lagi ke?? ada kot...
takpe.. bersiap je dulu...
alamak!!tudung tak iron lagi..cepat2..

Kalut kan? sebenarnya nak pergi makan2 untuk menyambut hari lahir seorang sahabat/teman seperjuangan/classmate yang Hari Lahirnya 21hb July..semalam la..

Kami sambut di sebuah restoran eksklusif berdekatan
Beli kek sebiji  untuk makan bersama2
Kek aje tak cukup..
masing2 order nak makan ape..
oleh kerana nak jimat..
saya order nasi goreng kampung je..
hehe... biasa la.. MR Elaun tak hantar lagi Nombor Bebunga Cintanya..

Buat Mohd Farizan bin Alias:

Saya dah cari Poket Ajaib yang kamu minta di merata-rata tempat
di pasar raya, di pasar malam, di pasar tani, shopping mall
namun tak ketemu..(kena minta kat Doraemon la)
Oleh itu,
Terimalah ini sebagai PENGGANTINYA


========================================

Selesai sesi ucap selamat!
Ringkas je kan.. ?? Asalkan sambut tanda kita mengingati hari lahir untuk menghargai
kehadiran orang tersebut dalam hidup kita

Kebanyakan kita sambut hari jadi selalunya:

Tuesday, July 20, 2010

Berbini dua, salah ke?

39 komen dari pembaca
3 hari lepas dapat notis dari S/U.. atas meja ada satu lagi kes..namun kali ini kes syariah..
 saya ini macam kotak aduan rakyat dah..
tapi takpe.. kerana di MIRAIE FIRM & CONSULTANCY Ptd Ltd


'saya sedia membantu'

Sejak bila mira jadi peguam?? bukankah kerjaya di masa depan lain?... itu lain cerita.. 
sekarang..mari kita (bergosip) analisis kes ini..

DI BAWAH INI KERATAN FAIL SULIT SIMPANAN PERIBADI
===================================
Nama Defendan: Saleh (hanya nama samaran)
Umur: Dah tua.. 40-an kot
Lokasi: tak diketahui
Pernyataan kes:

1.Telah meninggalkan isteri pertama Sarah (hanya nama samaran) terkontang-kanting di KL yang bekerja sebagai pegawai domestik a.k.a suri rumah untuk menyara  7 orang anak. 
2. Berpindah ke negeri lain dengan alasan cari kerja namun berhenti memberi nafkah kepada isteri pertama. Lebih teruk lagi telah berbohong mengatakan bahawa wang yang dipinjam dari adik beradiknya telah hilang. (padahal bagi kat bini muda). Malah Saleh telah meminta duit dari isterinya yang pertama untuk diberi kepada isteri kedua.

MySpace
(klik read more untuk entri kali ini)

apresiasi, ketik dan saran

15 komen dari pembaca
salam..
alhamdulillah saya masih dapat berhidup di saat ini..
harapan saya agar semua yang baca entri ini sihat semuanya..
70? ye..saya ada 70 kawan2 yang menyayangi saya..
terima kasih semua..
maaf, saya tak suka istilah follower ni sebenarnya..

Sekarang... mari kita berlaku jujur ...
siapa rasa blog saya
" membosankan"
"template tak lawa.."

Mana ada rehat..

6 komen dari pembaca
Terdengar deruman enjin kereta memarkir di halaman..
seraya aku memandang jam dinding..
eh!! dah pukul 2 pagi..
aku bergegas ke pintu untuk membukanya..

"kakak tak tidor lagi?" ayahku terkejut melihat aku masih berjaga.
"awat lambat sangat ayah balik, ayah?" aku tak menghiraukan soalannya..
" oh biasalah, pagi tadi kuliah subuh, lepas tu ayah ada usrah kat Kg. Kelebang, pukul 10  kena pergi mengajar untuk kuliah Muslimat, pukul 3 pula ada kawan ayah ajak pergi kenduri dia..buat tahlil.. sampai  rumah rehat sekejap, maghrib tadi ada pengajian lagi kat Masjid, lepas tu mesyuarat pulak" tanpa disedari ayah bagi full report kat aku..
"ayah ni, tak penat ke?  tak rehat langsung?" aku menyoal lagi. Dah macam polis dah aku waktu tu..hehe
"Selagi hidup,, mana ada rehat,, kalau rehat,, tunggu mati esok rehat la puas2," ayah aku menjawab selamba..

Monday, July 19, 2010

Rasional bukan Emosional

23 komen dari pembaca
ada orang pentingkan diri.. nak duduk di zon selesa.. biar dia selamat tak menyusahkan diri
ada orang hanya pikir masalah sendiri...tak mahu letak diri dalam satu lagi situasi
ada orang hanya mahu menyalahkan orang lain..diri sendiri rasa tak bagi masalah kat orang lain..tapi dialah masalah terbesar dalam situasi ini
tapi
ada juga orang yang fikir tentang orang lain,,,,
berfikir
berfikir
dan berfikir
 
supaya semua orang pun puas hati

aku tak salahkan teknologi..
aku tak mahu lagi bohong diri sendiri
aku tak mahu 'akal'ku mati
dek penting diri
hanya memusnah diri aku sendiri

aku menulis secara rasional
bukan emosional
tidak canang satu dunia 
walau aku tak puas hati
aku tak pentingkan diri sendiri

buat orang yang hanya meletakkan diri dalam 'zon selesa'
keluarlah dari tempurung 
jangan duduk bersama katak
hanya menyanyi dan menyanyi
sedang diri sendiri banyak khilaf dan sonsang prinsip diri

p/s: hari ini banyak sungguh aku guna kiasan... tak tahu la korang faham ke tak..
dan aku akan cuba sihatkan juga diri aku hari ini..

Sunday, July 18, 2010

"I dah Bosan dengan Bini I"

29 komen dari pembaca
Kerana jemputan kawan I tahun 2007 dulu..tergatal la plak tangan ni nak buat  satu akaun di TAGGED...
tapi x la aktif sangat..buka pon sekali sekala..
kalau dah bosan dengan Facebook baru jengok..kadang2 x teringat langsung nak buka,,

Sebab I ni comel, ramai la add I.. main approve je la,, pasal x aktif pon dkt site tu.,
mcm2 masuk inbox,, tapi banyak tak penting.. almaklumlah.. social networking.
"hai, nak berkenalan boleh"
"hai, studi lagi ke kerja?"
"slm, dok watpe tu"
namun kerana I ni masih berjiwa remaja,, balas la juga..hehe 

Saturday, July 17, 2010

10 minuman kompem tambah LEMAK!

24 komen dari pembaca
kerana jadi member Readbud, aku jadi rajin membaca..cewah~~... macam2 info tak terpikio ader..ehehe..ini ayat berbau provokasi sekaligus promosi..MySpace


serius cakap la..diri ini x reti la nak pakai nuffnang.. jadi layan readbud la n jadikan rutin 3 kali sehari.. walau dalam BI..sy tetap baca..mana taw..ader ilham ke nak tulis post.. ahahaha pecah rahsia
sekali dalam list dapat artikel tajuk Top 10 Things You Drink Guaranteed To Get You Fat


alamak!! awat omputih ni cakap gitu.. tanpa tunggu sesaat lagi.. terus la buka artikel tu.. warghh..banyak nye..
ader juga yang aku amalkan.. patut la..


"rasa makan okey je.. tapi mana datang lemak2 ni sumer.."
"aku tak makan pun tapi tetap tambah berat gak"


ha..sape rasa camtu.. lagi la jangan stop mahupun pause baca artikel ni..
MySpace
ni nak share coz klu bukan member x ley baca.. sy akan cuba ringkaskan dan interpretnya dlm konteks realiti kehidupan masyarakat M'sia ni.. ceeeewaahh~~ sama2 kita cari kepastian k..


orait,, here we go::


1) Soda
Soda mempunyai kandungan gula yang telah diperhalusi. Bagi perhatian padaperkataan  diperhalusi yang bawak maksud gula ni telah dikilangkan (man-made).Soda tu x salah pape. Gula yang dah diperhalusi ni merupakan bahan no  #1  yang menyumbang kepada lemak2 dalam badan. Kiranya, dia nilah penjenayah yang menambah lemak seantero dunia.


2) Beer
menyebabkan kandungan gula dalam darah naik secara mendadak dan menyebabkan penyimpanan lemak secara abnormal. So ader hikmahnya nape benda ni diharamkan bagi Muslim.


3)Susu.
kenapa? susu merupakan minuman paling beracun yang mengandungi bahan kimia berbahaya (susu yang dikilangkan ye) Contoh macam susu pastur. Susu ini melalui proses penambahbaikan yang ekstrem termasuklah homogenisasi, proses pempasteuran dan penambahan bahan kimia(ion2 berbahaya). Proses2 ni menyebabkan susu yang kita minum tu merendahkan metabolisme sekaligus menggalakkan penyimpanan lemak/tisu adipos.
Acckk~~ bertambah2 la gemuknye... jadi nak minum susu apa ye??


(klik read more k... baca se-kerat2 rugi)



Friday, July 16, 2010

AWAS: Cantik Diluar Hancus di Dalam

15 komen dari pembaca
ahaks!!..title yang seakan2 mahu mengundang kontroversi..
hehe,, sebelum celotehku bermula... anda diingatkan:

bersedia dengan hati dan minda terbuka.. 
berfikir di sebalik kata2 tulusku ini
jadikan sempadan kalau yang buruk.. baik buat pedoman
ok...masing2 ke garisan... sedia.... TTTUUttMySpace

cerita ini mahu la aku kongsi bersama.. x berniat menghina,mengutuk, mengata dan menjatuhkan maruah orang,, tapi niatku yang tulus,suci lagi murni menyuruh jari-jemariku menyingkap kes ini buat pedoman semua,,

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
temanku tadi balik ke sini dengan wajah yang geram.. lorh awat??
rumet aku.. buat parti liar!! bersepah giler bilik..atas katil aku makanan bersepah2.. 
aih?? ye ha.. x sangka plak minah tu cmtu..
anak orang kaya..bese la..x pernah wat kerja rumah
lorh kata dok kat hostel dulu?*R** lagi..
huh,,malas aku.. buat muka x bersalah je
dah la x mintak maaf..

huh,,pelik memang pelik..wujud gak pompuan mcm ni..g kelas tgk lawa je...
bermekap kalah aku.. oo..aku x perlu mekap.. natural beauty..eheh.. x berkenaan..
berpakwe..lagi banyak.. tapi asyik kena sekeh je.. terlalu memberi.,.
duit boleh kasi pinjam gtu2 je.....aku yang cun ni pun xde pakwe
masuk bilik.. lagi la.. alahai.. lagi la... tak sanggup nak cerita..

MySpacecome on la.. lu nak jadi stok pe?? bini? konfem x layak.. awek? boleh la klu lu ader duit.. bankrupt x layan..c)@kG&? ada bakat ke?? stakat speaking.. aku pon boleh la..walau bukan optionist..
sedar diri tu woi.. you are all grown up adult.. xkan tu pun nak kena org suruh.. nak kena orng gtaw..ni sampah kena buang dlam tong sampah.. ni baju kotor kena basuh..
 nak kena belai2 dulu baru nak buat,,LEMAK!!
otak lu sengkek ke ape?? hidup dlm masyarakat..pepandai la jaga hak orng lain..BUSUK2 G DOK DALAM HUTAN LA
 (huhu.. lega melepaskan segala terbuku di hati)

p/s:malas nak bebel bebanyak..nanti lain jadi.. maaf..emosi ni..
buat boys.. siasat dlu korng nyer gf cmne.. stok jenis pe..opps..luckily roommate sy x mcm tu

Peraduan: Copy dan Menang

4 komen dari pembaca
tgh blogwalking kerana terlalulah bosan..(akibat dikuarantin)
ternampak title entri mcm kat atas dkat blog Razis


berdetup jantung nampak hadiah mp3..
teringat mp3 yang dicelupkan ke dalam air gara2 bergaduh dengan adik
waa~~ rindunye mp3..MySpace


mcm mana nak sertai... ok..lihat lagi di bawah..


Copy & Menang : Sungguh mudah, anda perlu copy & paste sahaja untuk memenangi TIGA buah MP3 Player
Untuk maklumat lanjut, layari www.rkurl.com/117hw
Penaja utama : Raja Kamil, www.akuseorangblogger.com



Tarikh tutup penyertaan :
31 Julai 2010
Maklumat Hadiah
MP3 Player ini sangat funky.
Berkapasiti 2 GB
Amat ringan.
Comel.

mp3...mp3...I want mp3

p/s: really hope one of three mp3 will be mine..jom join~~

Parut!! Parut!! ackk~~

2 komen dari pembaca
berjuta bintang menyanyi..
di antara yang satu..

"oh bintang di langit mmg ku mahu tatapi tapi bukan di kulit wajahku mahu seantero anggota yang lain.."
" telah berjuta (hyperbole of course) wangku dihabiskan untuk produk2 nak hilangkan parut jerawat ni.. tapi macam takde kesan pape"
"saya takde duit la nak bli produk2 tu.. semua tu mahal la.."

Adakah saudara saudari sekalian melalui saat2 getir seperti ini.. huhu.. skema la ayat terkeluar nih..
Ok..saya der cara supaya anda semua ley berjimat cermat dengan guna kretiviannku... tapi kena ingat.. bukan satu hari buat.. esok dah hilang..akan ader perubahan sedikit demi sedikit .huk2.. kalau trus hilang bankrut sumer kilang kosmetik gara2 post mantap nih..
MySpace

oke2..dari aku terus membebel... lagi baik ke detail seterusnye ye dak.. huhu

1) lemon
untuk orang yang baru nak mula pakai home remedy ni..gunalah lemon. Lemon ni acidic in nature yang boleh mengurangkan parut jerawat terutamanya parut yang deeper reddish colour. Walaupun dia tak cure parut tu namun dia akan buat warna parut jadi lebih light.

Caranya mudah, ambil cotton bud dan colek jus lemon tu lepas tu sapu di parut tersebut!senang kan.. perasan x..product Garnier pakai lemon.. huhu.. sama la fungsinye dlm product tu. Parut tu akan kurang kemerah2annya.

Tapi..ader side effect gak.. lemon ni akan buat korang punya kulit lebih sensitif terhadap cahaya matahari. Jadi pakai la sun cream /sun block. huhu..

2)minyak zaitun
macam mana?? mula2 kita perlukan baking soda + air utk mengeluarkan atau membuang kulit mati. Selepas tu, ambik minyak zaitun sebesar biji kacanglah amountnye dan apply la kat tempat parut tu..

Minyak zaitun mempunyai elemen dan nutrient yang boleh melembapkan kulit. Bila parut jerawat ni naik, kita punya kulit akan hilang elasticity (keupayaan untuk bounce back kualiti yang membolehkan kulit untuk sembuh dengan sendirinya) diperlukan.Olive oil bertindak sebagai moisturizer tapi WARNING:

jangan pakai banyak sangat sebab minyak zaitun ni berpotensi untuk menutup liang2 di muka. Jadi guna la hanya sebesar biji kacang saje!!

3) Air
Seperti post aku dulu, air ni memang la penting untuk bab kulit2 ni. Dalam kes ini, kita perlukan air untuk melincirkan proses penyembuhan parut jerawat.. kaedah ni mungkin lagi lambat dari lemon dan minyak zaitun..


yang paling penting::..

bersabar dan konsisten,..natural treatment ni xdela heal parut but untuk reduce kan kejelasan keberadaan parut tu boleh la..huhu.
Keputusan berada di tangan anda.. nak pilih produk2 di pasaran atau pilih yang natural material je..Choose wisely~~

p/s: asyik2 cakap pasal kulit aku ni kan..? heheMySpace

Thursday, July 15, 2010

5 daYs VaCatiOn x 5 FreE MeAlS = 38.8 darjah celcius

9 komen dari pembaca
Huhu..sejak bila aku bermain dengan matematika..

Ha… jangan jeles lagi2 yang “5 FreE MeAlS” di atas….Tak susah nak dapat ini namun bersedialah merasakan kesengsaraan hidup bagai di rantau orang..
 Kenapa aku dapat pakej istimewa macam ni..
Ha.. jeng3..biar aku ungkai rahsia tersulit ni..  
MySpace
+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Alkisah.. 3 hari lepas..
Sesedap rasa menibai air limau ais beserta rambutan (tajaan Maimunah) Malam tu terasa perit dah tekak..aiseh tak boleh jadi ni.. xpe la.. ok kot..

(rugi klu tak tekan read more)

JaNgaN TeRpeDayA: Winning Lottery SCAMS!!

2 komen dari pembaca
nO PaUse in reaDing this evEn Full StOp~~
MySpace


tak sihat lagi bertambah la bebal bila dapat emel macam ni..
nak tipu orang bijak macam kita ni tak dapat la..
sah2 benda ni scams..
MySpace
sy percaya ramai juga yang dapat email2 macam ni..

(klik read more ye..)

Wednesday, July 14, 2010

Letak blog anda pada facebook~~

8 komen dari pembaca

Oleh kerana tak ingat dah sumber mana ambik application ni...
jadi saya mahu mengucapkan jutaan kemaafan kepada blog yang saya baca..
saya tak mencilok idea tapi
kerana ada yang asyik bertanya jadi rasanya elok la saya kongsikan..

ackkkk..jangan tenung aku begitu.. aku tak salah....

Buat semua blogger yang ader facebook...
ini salah satu lagi cara untuk promote korang punya blog and upkan traffic 
nama application ini ialah Mirror Blog

lepas klik link tu akan kuar la page cmni 
n klik button Go to Application ye..


boleh g ke link tersebut untuk menambahkannya pada page profile anda..

PERHATIAN..
  • jangan lupa klik add to profile kalau tak takkan jadi macam profile facebook saya =D
  • lepas update post...tekan refresh supaya Mirror Blog ni boleh update plak kat fb.(application ini tidak menggunakan auto update)




saya dah letak di fb saya...anda bila lagi.. 


SELAMAT MENCUBA~~

p/s: ada masalah buzz ok!add la saya di fb juga~~



Tolong...tolong aku!!

3 komen dari pembaca

stress pluss serabut~~

Sesemak jiwa ragaku sekarang...lagi semak sebab fizikal tak menentu kerana virus2 demam ni nampaknya dh mula nak menyerang aku...
namun tak mahu aku layan...sebab..eh!!
Oh yeee.. melalut2 terlupa plak.. nak mintak cadangan untuk penambahbaikan blog aku ni...
contoh mcm widget ape ke..
layout nak amek kat mana ke..
or recommend aku pape yang aku patut letak kat blog ni n berikan reasonnya..
rasanya mcm blog ni semak n something yang kurang but ntahlah..
I don't know how to describe it..
yang penting simple2 but still sweet,cute and relaks for the blogwalkers..
huhu..demand kan..

p/s: sharing is caring not sexy!

Tuesday, July 13, 2010

Jerawat:X susah~~ minum air je..

7 komen dari pembaca
readbud - get paid to read and rate articlesAiseh.. banyak sangat dah dengar orang sekeliling dok merungut pasal jerawat yang tumbuh kat muka..
tak kira la jerawat nasi ke..jerawat batu ke.. mak jerawat or bapaknye..

Ramai juga yang terpengaruh dengan iklan2 kosmetik yang kononnya dapat clearkan jerawat dari muka..
Tapi..sebenarnya.. produk2 tu do more harm than good..

Dok tampal la muka tu dengan krim yang berbagai..
ada tiga kemungkinan yang akan berlaku:

  • muka clear tapi bila stop jerawat naik balik
  • muka bertambah2 la semak dengan segaala jenis dan saiz jerawat 
  • muka licin dan clear namun menambahkan toksik dalam badan dan sebabkan pelbagai penyakit lain.Contoh organ disfunction.
Bukan tak bley pakai kosmetik tapi yang lebey elok ialah kita buat cleansing dari dalam..
sebab apa naik jerawat ni. Jangan slah faham pulak.. foam cleanser dan scrub memang perlu untuk buang kotoran dan kulit mati lagi2 gurls yang selalu pakai mekap.

Persoalannya: kenapa muka naik jerawat?


jangan picit jerawat..nanti berparut.
credit goes to pc GOOGLE

toksin atau waste dalam badan tu tak boleh keluar secara urinate atau popping.. so jalan lain...keluar ikut kulit..


Cara yang terbaik untuk mengeluarkan toksin dalam badan ialah minum air..
kan kita dah disarankan untuk minum sekurang-kurangnya 2 liter or 8 gelas sehari
so ader kebaikannya di sebalik saranan tu.

Air yang diminum pulak bukan bermaksud air apa sahaja tapi air putih/air mati/air masak atau air mineral. Highly recommend air mineral.. tapi air masak pon bolehlah..
Kurangkan minuman bergula dan minuman sejuk ye..untuk kurangkan potensi obesiti dan penyakit kencing manis.

Selain bertindak sebagai pelawas atau pelincir dalam penghadaman, air menjadi pengakutan kepada toksik2 dalam badan supaya boleh dibuang semasa buang air besar mahupun kecil.

Minum air juga adalah untuk mengelakakan badan dan otak terhidrat supaya badan kekal aktif dan otak sentiasa cerdas.Minum air lebih banyak dari biasa apabila berada dalam kawasan suhu melampau..

Buat gurls yang didatangi haid..waktu ni minum air lagi banyak coz selain menstabilkan emosi dapat mengurangkan chance kulit muka untuk naik jerawat.

Lagipun..air ni sebagai natural moisturizer kepada kulit muka.


Selamat Beramal~~

p/s:amalan saya> saya minum air putih sebelum dan selepas bangun tido. Jangan segan silu bawa bekal air putih ke mana saja.. =D oh ye.. bagi orang yang der kulit bermasalah..boleh cuba detox,..saya boleh rekemen mana yang elok..huhu

hanya 1/3 sahaja: cinta tiga segi melibatkan dua jasad!!

2 komen dari pembaca
ye...hanya satu pertiga sahaja yang sempat ku baca buku omputih ni.. bila la nak abeskan buku ni..dah nama pun buku dalam bahasa omputih kan..nak translate satu.. nak guna imiginasi lagi satu..

tapi camna pun...aku nak ucap thanks bebanyak la kat owner novel ni coz x bising2 nak2 balik buku ni
tq.. arigato..
macam mana pun akan cari masa gak habeskan buku ini..

walaubagaimanapun.. dengan minda terbuka dan perasaan bangga diri tak bertempat ni... hehe..nak buat review sket...ala2 reflection gitu..
Buku yang ku maksudkan..

the host 
written by STEPHENIE MEYER


mula2 pening juga baca buku ni.. mungkin level BI aku tak mencapai tahap lagi jadi dua tiga kali jugak la baca beberapa helaian yang pertama ni..ye la...nak amik feel la konon..

Citer ni ader dua heroine n satu hero..

Watak2 Utama::..

Wanderer  -nak kata dia ni heroin..ye kot... tapi actually dia ni soul yang akan pergi ke setiap planet dan melengkapkan cycle bila masuk ke dalam sesuatu jasad.. jadi kat Bumi ni.. dia invade ke dalam jasad Melaine

Melaine Stryder - host atau jasad yang dihuni oleh Wanderer tapi dia ni persistent dalam menetang Wanderer

Jared - Lelaki yang ditemui oleh Melaine sebelum ditangkap. Ader la perasaan cinta antara mereka.


tanpa membuang2 waktu:
SINOPSIS


 Dunia tak menyedari yang manusia telah diserang oleh soul yang mendiami badan manusia. Apabila jasad manusi diimplankan dengan Soul, ia kan menakluki minda, pemikiran, mental dan semua fungsi jasad yang lain. Katika hampir semua manusia telah menyerah, Melaine telah ditangkap dan jasadnya telah diimplankan dengan soul yang diberi nama Wanderer. 


Namun, Melaine tidak mahu berundur dan menyerah kalah. Dia tidak mahu melepaskan memorinya kepada Wanderer.

Wanderer pula selalu mencari jalan untuk mengetahui maklumat keberadaan manusia lain namun Melaine tidak menyerah kalah demi insan2 yang disayangi:Jerad dan adiknya.

Sebaliknya, Melanie  mengisi fikiran
Wanderer dengan vision mengenai orang  yang Melanie cintai-Jared, seorang manusia yang masih hidup dalam persembunyian. Wanderer akhirnya tidak dapat memisahkan dirinya dari keinginan tubuhnya. Wanderer mula merindukan lelaki itu. Ketika Melaine dan Wanderer telah bersekutu, mereka berangkat ke perjalanan yang berbahaya dan tidak pasti demi insan yang disayangi.

Begitulah sedikit sebanyak review tentang buku ini.
nak tahu kesudahannya..
singgahlah di kedai2 buku berhampiran dan dapatkan senaskah novel ini..
tak rugi: 
  • dapat tambah kosa kata dalam BI
  • tingkat ketajaman minda berimiginasi
  • tambah pengetahuan literasi bahasa inggeris.
Sekian..harap review buku ni berguna~~
p/s: mari kita bersama2 jayakan kempen membaca =D


Sunday, July 11, 2010

Fuhhh~~ sembur ayat ni~~

8 komen dari pembaca


Teringat kisah bagaimana syaitan masuk ke dalam darah dan badan manusia
Biar ku ringkaskan sikit..
Semasa nabi Adam tak de kat rumah..mak iblis datang bawa anak minta Hawa tolong jadi babysitter,,
Nabi Adam balik dan terkejut.. lalu terus diambil anak iblis tu tadi.. dibunuh, dipotong dan dibakar.

Keesokan hari.. waktu nabi Adam keluar, mak iblis ni datang lagi,, bawa anak dia.. mintak jadi babysitter lagi.. Hawa menolak berkali-kali namun akhirnya ambik juga anak dia..Seperti hari sebelumnya.. nabi Adam ambik, bunuh, potong dan bakar!!

Namun, ibu syaitan ni tetap datang juga esoknya bawa anak dia..merayu2 minta Hawa jaga anak dia ni.. Oleh kerana lembut hati seorang wanita ni.. dia pun terima juga tanpa berfikir panjang..Namun, bila nabi Adam balik.. dan Nampak ada lagi nak Iblis ni..

Nabi Adam pun ambik, bunuh, potong dan bahagi dua..
Nabi Adam beri kepada Hawa sebahagiannya dan dia ambil sebahagiannya..

Lebih kurang ginilah conversation antara mereka

“Nah Hawa..kau makan yang separuh itu aku makan yang ini”



nenoneno~~ t-shirt labuh muslimah available..

0 komen dari pembaca
salam
kesempatan balik ke rumah memang aku tunggu2...
selain dari relakskan minda.. dan kurangkan stress.. sambil kutip pahala > tgk muka mak ayah
aku  g amek stok T-shirt Labuh Muslimah.. dkat 20 minute nak decide nak ambik yang mana...
buka lipat punggah.. dapat la 15 helai yang rasa boleh di hot market kan...
hehe..ader kawan kata site ni dah ala2 cam ahli perniagaan punya.. yeke? ye kot... huhu.. ok la kan
ada la rupa sket...

ok..skang nak display design pe ader dlm collection aku..tp sebelum tu nak pesan sesuatu..
fokus je kat tshirt eaa...
xde duit nak sewa studio untuk tangkap gambo2 ni.. mungkin tak lawa sangat cara tangkap
but still i did the best..
ok the first presenting... dududududum...

1. the first eye candy...
bright yellow shining under the light,,
seems daring but yet polite..
berfesyen but still sopan
dihiasi sulaman dan feature yang comel: poket bertali di kedua2 sisi..
available size: L

jom tengok close up sulaman baju ni:

sulaman yang ringkas namun menjadi highlight yang penting untuk 
tampak feminin

sulaman di bahagian tangan

poket bertali menjadi feature yang menarik
serta menanmbahkan lagi kecomelan baju ini..


2. second design
smart still style
the pink colour emits the feminity
although it simple but still 
menawan 
available size : M
jom tgk close up nye..
sulaman bunga ringkas namun cukup menyerlah 

poket di kedua belah tshirt

3. third design
blue shirt with two cute pocket and sulaman
looks so cool and bright
cheering up your day with the calm wavelength emmited
available size: M

the close up
the cute pockets

sulaman antara dua poket


4. fourth design..



warna ungu yang lembut mennyerlahkan lagi
kelembutan si pemakai..
lalu menyejukkan mata yang memandang
available saiz : L

close up
sulaman berbunga pink

baju ini tidak ketinggalan mempunyai feature 
poket yang comel ini

5. fifth design
more light purple shirt is shining with different feature
simpler but still girlish
with the pocket and sulaman in front 
available size: XL
close up
sulaman yang menghiasi bawah poket
simple namun menarik

6. sixth design

the dark purple glowing with all the lighting
diserikan dengan sulaman serta poket2 yang comel di kedua2 sisi
available size : XXL dan XXXL

let's do some close up again..
sulaman light purple ni menyerikan lagi tshirt ini

tak ketinggalan highlight feature keluaran koleksi ini
poket comel bertali

7. seventh design


omo~~ more purplish tshirt coming in sight
simple yet feeling like a corporate
available size : L and XXXL

close up..huhu..penting
 
sulaman jadi elemen penting


macam tak sangka ni poket kan.. 
hidden space..huhu

8. Last but not least


maroon shirt with simple style but feminine
available size: XXXL

let's close up

pocket dan sulaman

kesemua tshirt di atas skrang available dalam simpanan saya.. 
cepat bertindak kerana setiap satu design hanya mempunyai satu atau dua unit sahaja
sasaran pasaran: pelajar IPG KSAH
harga bagi saiz M,L dan XL ialah RM38
manakala saiz XXL dan XXXL ialah RM40
Cepat2...while stock last..
oh yeaa...awal post tadi sy ckp sy amek stok 15 kan..
tapi ada 4 dah sold out..so x sempat nak display kat sni...
so jangan tunggu lama2...

p/s: bagi pelajar IPG KSAH.. pertimbangan bayaran diberi selepas elaun..
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template