Saturday, July 17, 2010

10 minuman kompem tambah LEMAK!

kerana jadi member Readbud, aku jadi rajin membaca..cewah~~... macam2 info tak terpikio ader..ehehe..ini ayat berbau provokasi sekaligus promosi..MySpace


serius cakap la..diri ini x reti la nak pakai nuffnang.. jadi layan readbud la n jadikan rutin 3 kali sehari.. walau dalam BI..sy tetap baca..mana taw..ader ilham ke nak tulis post.. ahahaha pecah rahsia
sekali dalam list dapat artikel tajuk Top 10 Things You Drink Guaranteed To Get You Fat


alamak!! awat omputih ni cakap gitu.. tanpa tunggu sesaat lagi.. terus la buka artikel tu.. warghh..banyak nye..
ader juga yang aku amalkan.. patut la..


"rasa makan okey je.. tapi mana datang lemak2 ni sumer.."
"aku tak makan pun tapi tetap tambah berat gak"


ha..sape rasa camtu.. lagi la jangan stop mahupun pause baca artikel ni..
MySpace
ni nak share coz klu bukan member x ley baca.. sy akan cuba ringkaskan dan interpretnya dlm konteks realiti kehidupan masyarakat M'sia ni.. ceeeewaahh~~ sama2 kita cari kepastian k..


orait,, here we go::


1) Soda
Soda mempunyai kandungan gula yang telah diperhalusi. Bagi perhatian padaperkataan  diperhalusi yang bawak maksud gula ni telah dikilangkan (man-made).Soda tu x salah pape. Gula yang dah diperhalusi ni merupakan bahan no  #1  yang menyumbang kepada lemak2 dalam badan. Kiranya, dia nilah penjenayah yang menambah lemak seantero dunia.


2) Beer
menyebabkan kandungan gula dalam darah naik secara mendadak dan menyebabkan penyimpanan lemak secara abnormal. So ader hikmahnya nape benda ni diharamkan bagi Muslim.


3)Susu.
kenapa? susu merupakan minuman paling beracun yang mengandungi bahan kimia berbahaya (susu yang dikilangkan ye) Contoh macam susu pastur. Susu ini melalui proses penambahbaikan yang ekstrem termasuklah homogenisasi, proses pempasteuran dan penambahan bahan kimia(ion2 berbahaya). Proses2 ni menyebabkan susu yang kita minum tu merendahkan metabolisme sekaligus menggalakkan penyimpanan lemak/tisu adipos.
Acckk~~ bertambah2 la gemuknye... jadi nak minum susu apa ye??


(klik read more k... baca se-kerat2 rugi)




4)Jus buah.
Jus buah yang terdapat kat pasaran tu pun rupanya penyumbang kegemukan. Kebanyakan orang percaya (termasuklah saya sendiri) yang jus buah tu semuanya 'sihat'. Masalahnye bukan buah tu..tapi penambah perisa tiruan serta kandungan gula tu la yang menambah lemak.. Ohooooo.. patut la sodap!! sememangnya  "devil in disguise".


5)Minuman tenaga.
Biasanya minuman ni mempunyai kandungan gula dan kafein yang tinggi sebab tu la rasa lebih bertenaga. Cuma masalah yang timbul berkaitan lemak ni akan buat korang lapar dengan cepat. Kalau dah lapar??? ha...makan lagi jawabnye..ye dak? ok... penjelasan: This is because they cause sporadic metabolic spikes that zap your energy and leave you susceptible to fat.


6) Diet shakes
Aik?? bukan lagi kurus ke?? ini mungkin misconception yang korang ade. Diet shakes dengan makanan tambahan yang lain mungkin diiklankan sebagai pengurang lemak tapi sebenarnya campuran kimia yang menghasilkan lemak.stop spend money, think wisely!! ok!!



7. Air paip.
Ini adalah pembunuh tersembunyi. Walau bukan air paip tu sendiri tapi kandungan chlorine serta bahan beracun yan lain amatlah berbahaya untuk kesihatan.  Air paip ni la yang bertanggungjawab untuk menambah pelbagai penyakit dan menggalakkan penstoran lemak secara abnormal! jadi pasang la penapis bio aura ke, coway ke supaya boleh jadi air minuman.



8) Minuman keras
Alkohol yang terkandung di dalamnya ada efek yang sama dengan refined gula. Ia akan naikkan kadar gula dalam darah serta galakkan pengumpulan lemak. patut la haram pon!!


9. Sports Drinks
Kalau minum sport drink ni waktu training atau workout, lebih baik berhenti. Sebab minuman ni akan menyalahi tujuan kita training dan workout tu. Penghidrat di dalamnya telah ditambah bersama2 refined gula. Jadi.. sia2~ lah berpeluh dan bersukan tu...kerana menambah lemak tanpa kita sedar.


10) Kopi
Kopi ni kalau ambik dalam amount sederhana ok la.. tapi klu yang 4-5 cawan atau lebih tu la jadi masalahnye. Kesannya sama macam minuman tenaga yang akan buat kita rasa cepat lapar dan menambah penstoran lemak..lagi2 klu tambah gula.


kawan2 sume::..kalau perasan dalam artikel saya tulis ni.. banyak perkataan gula..jadi..sebagai pengguna kena la bijak untuk putuskan kalau nak beli sesuatu tu.. 


semua keputusan di tangan anda~~


mari kurangkan gula dalam minuman~~


p/s:ader sesiapa nak share atau debat pasal ni?? sila.. !!

24 komen dari pembaca :

PinQib said...

huhu.. ak x minum beer la mira..

amira said...

ader ku kata hang minum ka??? huhu..

♥xaturen♥ said...

okey.. mari kita sama-sama kurangkan minuman cam tu! harap-harap tak naik le kilo saya ni.. keh3x.. ;)

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

bgs2 makan dan minum le bende yg halal n semulajadi....

tocey3

ajjah said...

alaaa susu tak elok ke? :(

amira said...

@xaturen dan @MissXYZ a.k.a Abaikan:
ye..mari kita bina hidup sihat, aman damai sentosa.. huhu

hiro said...

nk gemuk222,.,nkkkkkkkk

amira said...

nak gemuk ke?? sila..no hal!
jangan kata sy x ingatkan~~
huhu

OrenLimau said...

baguslah...gula pun mahai.
jom order air suma.huahua

amira said...

@OrenLimau: ye,,, kalu ader kes orang sorok gula pun x heran kan?kan? hehe

Norasikin said...

Kesimpulannya kalau nak minum apa2 pun jangan minum air manis. Harga gula pun dah naik. Nak makan apa2pun jangan makan yang manis2. Apa2 bendapun yang nak dimasukkan dalam perut jangan masukkan bahan kimia. Jadi buat sendiri apa2 yang nak dimakan. Dapat la kurangkan gula. Boleh kurangkan bahan kimia. Jom belajar masak kat blog saya supaya tak perlu lagi beli kat kedai

ked :) said...

mak ai..Ked suka minum susu
macam mana tue?? HAHA

wujud lagikah lelaki baik kat dunia ni

Yuki KumikO said...

woooo!!!
bahaye wo!!!

sume jenis minuman ni ade kt keliling kite jer~~
huhu...

kesimpulannyer~~
jgn minum ayo~
haha

amira said...

@Norasikin: ye.. sy sgt sokong~~

naziatul hawa said...

pasni hawa minum ayaq kosong jela kak mira hehe

amira said...

@hawa: apa salahnya kan..
sihat itu nikmat..huhu

Affan Ruslan said...

owh, adi banyak yg berkaitan dgn gula lah ye, terutamanya gula tiruan.
thanks

amira said...

@Affan Ruslan: ye..ingat x dlu ader kempen
"kurangkan gula dalam makanan lebihkan gula dalam senyuman"
huhu

Hamzah Ian said...

gula tiruan mcm mane ek?? die buat dari ape??

amira said...

@Hmzah lan: Soklan tu kena tanya yang pakar la.. huhu,. xpun tanya Mr Google tu

Khairul Azmi said...

wow....rajin membaca rupanya...
haha...

amira said...

@Khairul Azmi: perli ka?? hehe.. tq2

pearl apple said...

wahahaaa...aku pun tak suka sangat minuman bergula nih...x suka3

amira said...

@pearlapple: bagos2!! amalkan gaya hidup sihat!!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template