Sunday, July 11, 2010

Fuhhh~~ sembur ayat ni~~



Teringat kisah bagaimana syaitan masuk ke dalam darah dan badan manusia
Biar ku ringkaskan sikit..
Semasa nabi Adam tak de kat rumah..mak iblis datang bawa anak minta Hawa tolong jadi babysitter,,
Nabi Adam balik dan terkejut.. lalu terus diambil anak iblis tu tadi.. dibunuh, dipotong dan dibakar.

Keesokan hari.. waktu nabi Adam keluar, mak iblis ni datang lagi,, bawa anak dia.. mintak jadi babysitter lagi.. Hawa menolak berkali-kali namun akhirnya ambik juga anak dia..Seperti hari sebelumnya.. nabi Adam ambik, bunuh, potong dan bakar!!

Namun, ibu syaitan ni tetap datang juga esoknya bawa anak dia..merayu2 minta Hawa jaga anak dia ni.. Oleh kerana lembut hati seorang wanita ni.. dia pun terima juga tanpa berfikir panjang..Namun, bila nabi Adam balik.. dan Nampak ada lagi nak Iblis ni..

Nabi Adam pun ambik, bunuh, potong dan bahagi dua..
Nabi Adam beri kepada Hawa sebahagiannya dan dia ambil sebahagiannya..

Lebih kurang ginilah conversation antara mereka

“Nah Hawa..kau makan yang separuh itu aku makan yang ini”



Bila datang ibu iblis ni tadi dan bertanyakan keberadaan anaknya, nabi Adam pun menjawab yang diorang dah makan anak dia…
Mak Iblis tu tersenyum puas.. Sebenarnya itulah objektif dan misi utama iblis ni.,.
Macam mana nak masuk ke dalam tubuh nabi Adam dan Hawa serta generasi seterusnya~~

Kita dikurniakan akal dan nafsu
Namun sedikit dari kita yang biarkan akal memandu nafsu..
Dengan power up lagi dari hasutan syaitan..
Individu tu jadi sesat dan menyesatkan orang lain plak..
Namun, kita ada sesuatu yang Allah beri sebagai senjata kita..
Untuk kawal kedua-duanya
Yang penting yakin dengan kekuasaanNya dan hanya bergantung harap padaNya..



Ayat Kursi sebagai augerah..buat mereka yang benar2 memahami, menyelidiki serta mengamalkan ayat ini..

Bukan bila mahu sembur untuk halau jin hantu mahupun setan sahaja baru nak baca ayat ini

Ayat Kursi senilai dengan seperempat Al-quran yang sepatutnya jadi amalan kerana ketika penurunan ayat ini.. syaitan dan iblis laknatullah bertempiaran lari atas penurunan ayat yang begitu agung ini,,

Namun kali ini, saya mahu ketengahkan PENGARUH AYAT KURSI TERHADAP ORGAN TUBUH DAN SUSUNAN SARAF OTAK:
1.    
Mengurangi ketegangan saraf otak
a.    Ketegangan saraf akan menyebabkan organ tubuh tidak berfungsi dengan sepatutnya. Oleh itu, bacaan ayat kursi dapat mengurangkan ketegangan ini dan menstabilkan kembali stamina tubuh serta menghalau pelbagai penyakit atau mengubatinya contoh penyakit: kanser dan tumor.
b.    Hasil kajian juga menunjukkan bacaan Al-quran berpengaruh dalam fungsi fisiologi terhadap ketegangan organ tubuh secara langsung hanya dengan membacanya,namu lebih lagi jika ketahui maknanya.
2.    Mencerdaskan otak dan membuka hijab.
a.    Cerdaskan minda dengan membaca ayat kursi + Yaasin dan Al-Kahfi.
b.    Selain itu, dapat membuka hijab antara hati manusia dengan Allah yang terutup oleh “nafsu” yang dikawal syaitan.

MasyaAllah,, betapa Allah sayang kepada umatnya sampai begitu sekali dicipta kebaikannya pada kita..
Selalu dengar kan..bacalah quran walau seayat sehari..
Tapi kalau baca ayat Kursi ni pun tak lepas…. Malu kita nak berhadapan dengan Allah nanti..

Apa yang kita buat dengan segala nikmat yang Dia dah beri??
Masih lagi mahu menentang semua yang disuruhNya?
Layakkah kita mahu menetapkan hidup sendiri dan hidup secara sesuka hati walaupun semua bukan milik kita..

Jadi.. mana milik kita?
 Biar kumpulan Rabbani jawab:
Mana milik kita
Tidak ada milik kita 
Semua yang ada 
Allah yang punya

Tidak ada kita punya 
Kita hanya mengusahakan saja 
Apa yang kita dapat 
Allah sudah sediakannya

Kita Allah punya 
Dunia ini ciptaan-Nya

Miliklah apa saja 
Tidak terlepas dari ciptaan-Nya

Mana kita punya 
Tidak ada kepunyaan kita

Kita hanya mengusahakan 
Apa yang telah ada

Mengapa kita sombong 
Memiliki Allah punya

Mengapa tidak malu 
Kepada Allah yang empunya

Patut bersyukur kepada Allah 
Yang memberi segalanya

Malulah kepada Allah 
Kerana milik Ia punya

Janganlah berbangga 
Apa yang ada pada kita 
Kalau Allah tidak beri 
Kita tidak punya apa-apa

Janganlah mengungkit 
Mengungkit jasa kita 
Jasa kita di sisi-Nya 
Yang sebenarnya Allah punya

Marilah kita bersyukur 
Bukan berbangga

Bersyukur kepada Allah 
Bukan mengungkit jasa

Gunakanlah nikmat Allah itu 
Untuk khidmat kepada-Nya 
Selepas itu lupakan saja 
Agar tidak mengungkit-ungkitnya

p/s: mungkin entry ni agak tersasar dari objektif sebenar.. namun.. itulah yang dapat kucoretkan sekarang..moga anda ambik manfaat darinya,,, ada yang salah gitaw eaaa~~ 

8 komen dari pembaca :

NICK IRFAN said...

akhir sekali mcm mne?? asyik ambik lps tu bunuh jer??? hehhehhe

amira said...
This comment has been removed by the author.
amira said...
This comment has been removed by the author.
amira said...

huhu...baca betol2... nabi adam ambik anak setan tu..bunuh potong2 bahagi dua dan makan dengan Hawa

amira said...
This comment has been removed by the author.
amira said...
This comment has been removed by the author.
NICK IRFAN said...

eh! la...ade read more rupanya kt entry awk ni? ptutlah sy baca x phm... hahaha adoi... sory2 x perasan plak? sory2....

amira said...

xpe2... huhu.. saya pon dlm process nak susun balik blog ni..
ader site x nak rekemen blogger punya layout...huhu

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template