Thursday, July 8, 2010

Ketularan Otak Tua...

salam sedunia dan pertama dan selamanya...
huu.. bila sempat ku tulis tak sempat buat kunjungn ke blog rakan2..

oh ya,, elok dulu saya definisikan apa itu otak..
B.M = otak
B.I = brain
Arab = دماغ
Chinese(simplified) = 脑

*rujukan definisi dari segi bahasa credit to mr google translator.


dari perspektif ahli kognitif mengkklasifikasi otak ni kepada dua hemisfera; hemisfera kanan dan kiri..
kalau dari segi sains plak ada tiga; cerebrum , cerebellum dan medulla oblongata,,, kenapa bahagi camtu... boelh tanya kat pak cik Google..

tu la sedikit sebanyak pengenalannya...

Tapi kenapa tajuk entry kali ni mcm takde kaitan je ek??
haha...sabo2... teman ni sambil menulis sambil memikir ni..
biasa kan korang mesti tgk belambak2 dah iklan anti penuaan untuk muka terutamanya,,,
tu memang belamabak la kan.. mula la wanita2 yang cantik2 ni dieksploitasi..
macam-macam janji yang ditawarkan..




walau tua tapi hati muda~~ lalala

Kulit je dok jaga.. macam mana pulak dengan otak yang merupakan komponen utama ni..
Kita tengok je kat Malaysia ni kan.. amalan kehidupan seharian macam mana...
Oleh kerana kita dah banyak dibantu oleh teknologi.. memang buat kerja pon tak payah susah2 sangat..
semua dah ada,,,

Selain dari teknologi, habit kita makan pon mempengaruhi.. Malaysia memang kaya dengan makanan...
nak makan pe.. cakap je,..semua ada...dah makanan banyak... makan pun banyak...bila makan banyak...jadi malas, mengantuk dan letih...lepas tu.?? TIDO... so bila aktiviti yang menggunakan otak nye.. kalau ader pon nisbah nye terlalu la sikit...


tido salah satu aktivitiku juga!! haha~~


Penggunaan otak ni pon jugak tengok la pekerjaan kan..klu yang banyak buat keputusan tu kena cepat berfikir.. kalau yang guna tenaga hanya tertumpu pada kuasa motor kasar dan halus..
To put in the nutshell x semua la tak guna otak kan.. cuma kita guna terlalu lah minimum....

Otak ni pun akan cepat tua gak kalau kita tak amalkan beberapa langkah untuk buat otak kita awet muda,,
nampak macam remeh... tapi tak rugi pon kalau amalkan.

Okeh... aku dah kutip dari artikel2 yang aku baca dan dah  buat kesimpulan untuk korang ape langkah2nye..
  1. Maksimumkan penggunaan otak - cabar otak dengan melakukan aktiviti- aktiviti yang memerlukan kita berfikir. Jangan tolak cabaran sebaliknya terima sebagai satu landasan untuk kita asah otak kita.. Contoh aktiviti,. jawab saoalan Math ke..atau permainan lain yang memerlukan kecepatan kita berfikir,
  2. Bagi makan otak kamu - tentunya kita harus jaga pemakanan kerana nutrisi yang kita dapat dari makanan akan sampai ke otak. Oleh itu kita perlu makan lebih buah-buahan ,sayur-sayuran,kekacang gandum dan rempah2 yang mempunyai antioksidan. Selain membantu perkembangan otak, ia juga sebagai pencegah kanser.  Selalu minum air,sebab kajian menunjukkan jika otak dan badan terhidrasi akan melambatkan proses  berfikir dan merendahkan keupayaan kognitif kita.
  3. Sentiasa Positif - kalau kita selalu berfikiran positif, kita akan menggalakkan penghasilan hormon yang seimbang dan stabil serta otak pon tak rasa serabut.

    It’s simple really – our thoughts (which are non-physical) can and do impact the physical structure of our brains. Let me repeat that: Our thoughts impact and change the physical structure of our brains. Here’s something a little more strange – if one continues to think negative thoughts versus positive thoughts, the chemistry of the brain physically changes! Again, your thoughts can and do effect the physical world.


  4. Sentiasa Aktif secara Fizikal - jangan duduk sahaja seharian di hadapan komputer. Lakukan senaman, parking kereta jauh sikit dari destinasi supaya kita dapat berjalan. Naik lah guna tangga... jangan selalu manjakan diri naik lift. 
badan cergas minda pon cergas
  1. Tidur cukup - dah penat seharian.. tidur tu perlu. Waktu ni la otak nak proses semua maklumat yang kita dapat. Simpan mana perlu dan buang mana yang kurang penting. Salah satu cara mengingat yang berkesan adalah membaca sebelum tidur.. Tidur kena cukup , jangan terlebih mahupun kurang seba selain baik untuk otak baik juga untuk kesihatan. Jika betul amalannya;tidur yang cukup pun boleh membantu kurangkan berat badan, mencegah anti penuaan selain dari menjaga kesihatan otak tersebut.
amacam?? orait???

kalau tak mula dari sekarang , kita akan berpotensi untuk mudah lupa start umo kita masuk 30-an...
jangan jadikan amalan kita seharian sebagai faktor kita nyanyuk waktu tua...
so...selamat beramal~~

p/s: maaf klu ayt aku mcm kureng je.. harap korang paham... aku just tulis ikut suka jari-jemariku ini... oh ya...sekalung akreditasi buat pak cik Google keran bagi aku men'copy' gambo2nye...
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template