Thursday, July 22, 2010

Sambutlah..tapi bagaimana?

"Mlm ni pukul 8.30.tolong sebarkan ye"

Baik!! Roger and out Cik Oren..hanya menjawab di dalam hati..
terus teringat satu lagi benda penting..
Camera!! bateri ader lagi ke?? ada kot...
takpe.. bersiap je dulu...
alamak!!tudung tak iron lagi..cepat2..

Kalut kan? sebenarnya nak pergi makan2 untuk menyambut hari lahir seorang sahabat/teman seperjuangan/classmate yang Hari Lahirnya 21hb July..semalam la..

Kami sambut di sebuah restoran eksklusif berdekatan
Beli kek sebiji  untuk makan bersama2
Kek aje tak cukup..
masing2 order nak makan ape..
oleh kerana nak jimat..
saya order nasi goreng kampung je..
hehe... biasa la.. MR Elaun tak hantar lagi Nombor Bebunga Cintanya..

Buat Mohd Farizan bin Alias:

Saya dah cari Poket Ajaib yang kamu minta di merata-rata tempat
di pasar raya, di pasar malam, di pasar tani, shopping mall
namun tak ketemu..(kena minta kat Doraemon la)
Oleh itu,
Terimalah ini sebagai PENGGANTINYA


========================================

Selesai sesi ucap selamat!
Ringkas je kan.. ?? Asalkan sambut tanda kita mengingati hari lahir untuk menghargai
kehadiran orang tersebut dalam hidup kita

Kebanyakan kita sambut hari jadi selalunya:

  • beli kek
  • letak lilin, menyanyi dan tiup lilin tu
  • mungkin lebih dari itu.. buat majlis yang grand dan sebagainya
Sedarkah kita sebenarnya automatiknya menjadi orang kafir yang terkeluar dari Islam dengan acara2 yang selalu kita lakukan tu? Nauzubillah!!

Sebenarnya takde orang sambut hari jadi semasa Zaman Rasullullah dan Para Sahabat..
jadi Ulama Muta'akhirin (ulama yang terkini) mengkelaskan sambutan harijadi adalah
Bida'atun Jaizatun > perkara bida'ah yang harus


tak salah beli kek dan makan ramai2..
yang salahnye menyanyi dan tiup lilin kerana hukumnya HARAM


eh? macam mana pulak boleh hukumnye begitu.. nyanyi dan tiup lilin je pon..
ye..memang HARAM kerana menyanyi dan tiup lilin itu adalah cara orang Kristian menyambut hari lahir dalam ajaran mereka...
Rasullullah pernah melarang di dalam sabdanya:::

"Barang siapa meniru suatu kaum, maka ia termasuk dari kaum tersebut." (HR. At-Tirmidzi).

Lepas tu, apa yang moleknya?

  • Ganti lah menyanyi itu dengan selawat 10 kali -jika kita selawat sepuluh kali Allah ampunkan dosa kita 100 kali.


  • Tukarkan tiup lilin itu dengan bacaan doa selamat -lagi bagus.. kita mendoakan orang yang sambut hari lahirnya.. lebih bernilai~~
Bukan bermakna Islam ni asyik menghalang ummatnya berseronok ye..
Sebab macam2 cara lagi sebenarnya sambut hari jadi..
Buatlah..asalkan tidak bercanggah dengan syariat!
dan tidak terkeluar dari Islam/ Murtad.


Biarlah bertambah umur, bertambah lagi iman dan taqwa kita..ye dak?
Bukan dok hu ha hu ha.. bila tua baru nak buat bekal ke akhirat.. tak sempat dan tak cukup punya!!


Hadis itu juga menjadi jawapan kepada perayaan2 keagamaan yang lain.
Contoh paling dekat dengan kita remaja ialah Valentine.. jangan semberono je sambut..
Hukumnya juga HARAM..

Rakan yang saya tag:

p/s: hari lahir saya lambat lagi.. hehe

15 komen dari pembaca :

pu3mas89 said...

slamat hari tua kawan mira..... =)

Khairul Azmi said...

bagus la mira ni..
betul tu mira..ramai yg suka sgt ikut budaya barat sekarang ni...

Hamzah Ian said...

hehe... bagus gak care nye

amira said...

@pu3mas89: ye dia kata "terima kasih"
@Kahirul Azmi: hurm.. harap dapat kikis dari kehidupan
@Hamzah lan:sila cuba try test amalkan.. hehe

little black dress said...

hurm, kami tgu elaun nak bli kek...
sambut besday gurl klaz y lahir bln 5 till bln 7 nih@ 8
cpt le MR ELAUN masuk ke akaun kite.....
xsabo tgu 'kamu'
=)

amira said...

@little black dress: bagus2..jangan membazir sudah~~

OrenLimau said...

muahhahaa.
seronok kan?
dapat makan ice cream cake.heeeeeeee

amira said...

@OrenLimau: ye sangat seronok!!
sampai sakit perot semalam..

PinQib said...

selamat hr jd kepada classmate mu itu .. OK

amira said...

@PinQib: he said:arigato gozaimas!

Anne Boleyn said...

selamat hari lahir untuk kawan tu.. moga dia dipanjangkan umur and dimurahkan rezeki serta bahagi selalu. :)

amira said...

@Anne Boleyn: akan saya sampaikan..

Aida Ali said...

Selamat Hari Lahir buat 'dia'. Mira bila pulak?

amira said...

@Aida Ali: saya..lambat lagi 31/12

touya said...

saya difahamkan Nabi Muhammad menyambut ulang tahun kelahirannya dengan berpuasa sunat

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template