Saturday, July 24, 2010

Tidur pun jadi masalah!

Tidur di malam hari
Tidur siang
Tidur bila dah penat
Tidur dalam kenderaan
Tak cukup tidur
Tidur terlebih cukup
Tidur-tidur ayam
Tidur yang lena
Tidur berdengkur
Tidur bila sempat
Tidur itu hobi
Tidur bila ada peluang
Tak boleh tidur.

Dengan perkataan tidur sahaja banyak frasa atau ayat yang boleh dibina. Pasti ada dua atau tiga pernyataan di atas yang sinonim dengan kawan2 semua. Pilih2, jangan malu2 dan jangan segan2. Tapi jangan tidur lagi ya~~. Entri ini baru berada di mukaddimahnya.

Tidur yang cukup di waktu malam lazimnya dikaitkan dengan kebaikan yang diperoleh terutamanya dari segi kesihatan. Contohnya:

1) berat badan -bantu kurangkan berat badan dan membuatkan anda jadi lebih kurus. Hasil kajian mendapati orang yang tidur 5 jam sehari mempunyai lebih banyak hormon ghrelin (hormon yang buat kita rasa lapar) berbanding orang yang tidur 7-8 jam sehari. Cubalah praktikkan ini. Mira tidur tak tentu hala,ada hari tidur lambat ada hari tidur awal... jadi siapa mahu cuba?

2) imunisasi - tidur yang cukup akan memulih dan meningkatkan imunisasi badan. Badan akan lebih berperintang terhadap penyakit contohnya selsema. Tidur yang cukup juga boleh menurunkan potensi seseorang itu mendapat penyakit kronik seperti sakit jantung.  Selain itu, tidur malam yang cukup dapat membantu memulih dan membina saraf dan tisu2 badan yang rosak. Kenyataan ini dipetik dari artikel pada 5 Mei 2008, Berita Harian. Rasa lebih bertenaga bila cukup tidur dan bangun pagi2 ..ye dak?



3)mental - tidur juga mengelak depresi terutamanya di kalangan remaja. Kurang tidur juga antara punca remaja menjerumuskan diri dalam dadah atau jenayah yang sewaktu dengannya. Remaja juga mungkin mengambil dadah untuk mengurangkan depresi yang dialami. Penting kan tidur? Pernah tak tidur hanya dua jam sehari dan rasa macam serabut sangat hari itu?  Semua benda nak buat pun rasa macam tak jadi kan.dok bebal sorang diri..Tension je memanjang pastu jadi moody that day seolah2 memang hari itu bad day..

Banyak lagi sebenarnya kebaikan tidur yang cukup di waktu malam ni. Ada juga kajian mengatakan tidur yang cukup juga boleh awet muda. Huhu.. jadi kesimpulannya dapatkanlah tidur yang cukup di waktu malam. 
Lecturer mira pernah kata, kalau tidur biarlah tidur dua hari.

Hoh! Lamanya.. ~~. Sebenarnya tidur dua hari ini bermaksud tidur sebelum jarum jam menjukkan 12.01 pagi. hehe,, hiperbola la pulak doh! Lebih kurang 11.30 mlm or 11.45 mlm tu elok tidur dah..itu kalau ikut teori yang diberi la.

Persoalan:Tidur siang tak elok ke?

Seringkali tidur siang dianggap sebagai simbol orang yang malas.
Namun tidur siang yang sebentar ini sebenarnya merupakan Sunnah Nabi. (Sebelum solat zohor)
 Di dalam kitab 'Misykatul Masabih' disebutkan tentang salah satu amalan sunnah yang pernah dilakukan oleh Nabi: "Tidur yang sedikit di waktu tengahari (qailulah) tidaklah keji. Rasulullah ada melakukannya." Imam Al Ghazali di dalam kitab 'Ihya Ulumuddin' telah berkata: "Hendaklah seseorang tidak meninggalkan tidur di siang hari kerana ianya membantu ibadah di malam hari sebagimana sahur membantu puasa di siang hari. Sebaik-baiknya ialah bangun sebelum gelincir matahari untuk solat zohor."
Bacalah huraian selanjutnya disini.
Tidur siang yang sebentar sebenarnya meningkatkan produktiviti tapi jika tidur hingga ke petang hanya akan meletihkan badan kerana sewaktu tidur, tenaga yang digunakan adalah lebih banyak berbanding ketika berjaga.

ada dua waktu yang makruh hukumnya kalau tidur
  • selepas solat subuh - tidur lepas subuh boleh jadi papa kedana. Waktu ini la rezeki kita untuk hari itu ditulis, kalau tidur telepas le.
  • sebelum solat isyak - boleh ke gerenti bangun untuk solat isyak.. Takot terlajak dan leboh sampai ke subuh!

Tidur juga masalah.
Kenapa?
Lihat artikel di bawah.

++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hampir digantung kerana tidur

IPOH - Seorang pelajar baru-baru ini hampir digantung sekolah selama seminggu kerana terlewat keluar dari pintu pagar sekolah asramanya. Oleh kerana sekolah tersebut mengamalkan sistem merit, kesalahan yang sama berulang sebanyak enam kali itu telah membuatkan pihak sekolah menelefon pihak ibu bapa pelajar tersebut untuk memberi notis amaran gantung sekolah jika kesalahan diulang lagi.

Apabila pelajar itu disiasat, didapati faktor kelewatannya adalah disebabkan pelajar tersebut tidur lewat dan bangun pun lewat. Selain itu, hasil temuramah dengan ibu beliau mendapati satu lagi faktor unik kepada masalah ini. "Dia lah anak mak cik yang paling senang nak bela.. bawa je buaian ke mana-mana, tidurlah dia,"" Sampai sekarang pun macam tu, kita leka sikit, dia dah tidur. Bila senyap je, kami boleh agak dia sedang tidur". Nampaknya, kemahiran 'cepat-lena' ini telah diperoleh dan dipraktik sejak dari kelahiran lagi. Ibu bapa pelajar tersebut telah guna pelbagai cara untuk anak mereka untuk tidur pada kadar normal termasuklah minum kopi dan ubat-ubatan tradisional lain.
sumber- MF&C Ptd Ltd
++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Artikel di atas adalah kisah benar bukan rekaan semata-mata..
Hah! sape kata tidur tak jadi masalah? hehe..yang itu hanya selingan..
 tamat sudah entri kali ini..

p/s: lama dah tak tulis entri panjang2 ni.. 
 sedang suka hati: BE readbud = USD 30.58..lagi USD 19.42..hohoho. terlalu banyak selingan..
MySpace

25 komen dari pembaca :

hiro said...

ngntukkk,,

amira said...

@hiro: jangan tidor petang.. nanti mereng dan lampi..

♥xaturen♥ said...

tidor awal.. bangun awal untuk kesihatan! tul ke.. hu. hu..

Derus said...

tido best time tengahhari..lepas makan..hehe..mata mmg takleh tahan..

amira said...

@xaturen: yep2...itu yg betulnye..
@Derus: hoho..memang..tgh hari waktu kritikal..!

OrenLimau said...

nak tidur!!!maleh nak wta tutorial.hehehe.buleh?

sugar2 kapas strawberry said...

kekurangan tido mmg mbawa kpd byk masalah! ;DD

naziatul hawa said...

jom tdo kak mira mlm dh ne hehe....

amira said...

@ORrenLimau: bagi siap dulu la haih..~~

@sugar2 kapas strawberry:
sgt setuju..

@naziatul hawa: mai tulun buat tutorial ni ha..

::AnEp:: said...

tido lebih 12 jam lg best..haha..
jom tido!!

amira said...

@AnEp: hoho.. nanti urat liat!!

Un Phat Lee said...

"tidur tak boleh blah".haa cmne tu?
haha. XD

amira said...

@Un Phat Lee: rasanye cmne?? haha

armouris said...

info tentang kurang tidur di SIHAT SELALU - Kanser Angkara Kurang Tidur

arifadela said...

aku penah dengar orng2 agame ckp...
tido lepas subuh mewarisi kepapaan...
tido lepas asar mewarisi kegilaan..
tp sebelum zuhur tu sunat...

amacam sis...

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

tak mau tdo lg... nk BW hahaha

amira said...

@arifadela: betul3..
@MissXYZ a.k.a Abaikan: hoho..suke hatimu la dear..

Yuki KumikO said...

aku pon de masalah CEPAT LENA gak ni!!
huhu
dlm kls slalu je tdo dr jage!
heh!!

Hamzah Ian said...

gua terlebih tidur la pulak.. haha

amira said...

@Yuki KumikO: huhu.. lagi2 klu dgr sore lecturer yang lembut sgt.. huhu.. rasa mcm didodoi je..

amira said...

@Hamzah Lan: bawa batang mancis ke mana2.hoho

Linglung said...

gua pilih tidur bila penat dan ada peluang ...hehe

Fyzal said...

tidor dalam kelas paling best sekali :D

amira said...

@Fyzal: hehe..memang siap ada kemahiran tido dgn mata terbuka,,,

AMIR KOMENG said...

Tidoq-tidoq..balaiiiii.........

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template