Wednesday, August 18, 2010

amira's tag:Kita sudah yang 10 ini?>We're with you!!!

"Dan Janganlah kamu (merasa) lemah, dan jangan (pula) bersedih hati, sebab kamu paling tinggi (darjatnya), jika kamu orang beriman." (Ali-Imran 139) 

Alhamdulillah...
hari ketujuh berpuasa..masih diberi nikmat kegembiraan bersahur, berbuka puasa, bertarawikh dsbg..
Bulan Ramadhan  bulan untuk kita tahan lapar dahaga..
di samping menahan diri dari perkara2 yang membatalkan puasa..

kita kat sini senang kan..
malas masak beli je kat bazar..
macam2 ada...cakap je.. kuih, lauk, roti, kurma
tinggal malas dengan rajin je nak pergi..
walaupun tak 'kaya' tapi masih mampu beli makanan sampai tak cukup jari nak sangkut

wah2... bagai tiada esok lagi rasanya
semua nak rasa
semua nak cuba
semua nak makan..
mewah!!!
siap ada list untuk tiap hari nak makan apa..
list untuk Ibadah ader???ahaks!!!
(apa yang 10? jangan tanya ... tekan saja read more)
Umat islam itu bersaudara,, tahu??
mestilah tahu.....dulu lagi dah tahu.. waktu kecik2 dulu
kalau dalam sirah nabi ustaz2 dok citer dulu
persaudaraan bagaikan bersaudaranya kaum muhajirin dan ansar di bawah satu aqidah ketika hijrah
tanpa pertalian darah.. orang2 ansar sanggup korbankan harta mahupun isteri buat saudara muhajirinnya..

itu bukan sekadar sirah.. kita juga ada situsi kita..
di zaman ini yang jauh lebih maju berteknologi
lagi banyak mehnah dan tribulasi
kita tahu dan kita sedar..
cuma.. kita tidak bergerak2 lagi dari kerusi empuk kita..
ye.. sebab kita masih secara fizikalnya di zon selamat
tapi aspek lain????
mungkin ada yang di antara kita
tak mahu ambil tahu pun..
tentang ISU PALESTIN

kita hanya mampu mengutuk..
buktinya yang terbaru..
bila Mavi Marmara diserang
dan kejadian bunuh berlaku..
seluruh dunia bangun mengecam tindakan yahudi laknatullah..
lepas tu.. tak sampai dua bulan...
senyap balik.. macam takde pe berlaku..ke mana hilang semnagat itu..
lemahnya kita ini..
er..setuju dengan kenyataan mira ni???

tak setuju???..terpulanglah.. tepuk dada tanya diri..
apa perlu kita buat.??? kutuk2 je hati Yahudi ni takde guna dah
hati diorang dah keras..
kita sokong Gaza.. jadi tunjuklah dengan cara kita lakukan 10 ini:


1.Ikuti berita yang berlaku di Gaza, Palestin.
ambil tahu!!! kenapa?Nabi Muhammad S.A.W pernah bersabda:

"Barangsiapa yang tidak mengambil berat urusan Umat Islam, makan bukanlah dari kalangan mereka"

nauzubillah,janganlah kita secara automatiknya bukan tergolong dalam umat Islam gara2 tidak mengambil tahu keadaan mereka.

2. Muat turun (download) gambar-gambar kekejaman zionis dan sebarkan.

 

 

kita tak merasai ini.. tapi kita harus ada sensitiviti!!! Sayang Palestin seperti kita sayang negara tanah tumpah darah kita, Malaysia.

3.Ikuti kejayaan-kejayaan ajaib yang dicapai oleh hero-hero gaza.

Sebenarnya ada kejayaan ajaib itu cuma tak dipaparkan oleh akhbar2 di sini.
Lebih2 lagi kejayaan Hamas. contohnya, ada pejuang yang berjaya tembak 5 tentera Yahudi setiap hari.
Pergerakan Hamas telah dari dulu mencapai kata sepakat.
Tiada cara lain untuk menghadapi Yahudi  selain dari memerangi mereka kerana dari zaman nabi dulu lagi kaum inilah yang selalu ingkar dan selalu melanggar perjanjian.
dan MasyALLAH, Ramai barisan remaja yang bersedia mengangkat senjata dan mahu nyawa mereka menjadi galang ganti untuk menempah tiket sebagai syahid. Takbir:Allahu akbar!!!

4.Lekat gambar-gambar palestin di bilik, kereta,laptop dan sebgainya.

Ambil dan lekatlah!, biar kita beringat kerana kita manusia selalu lupa perlu diingatkan selalu.
biar kita tak terus leka, lalai dan lagha serta mensyukuri nikmat yang ada.

5.Sertai aktiviti-aktiviti tentang Palestin.

Jangan culas. Ambil bahagian jika ada program bertemakan Palestin. 
"Jangan tanya apa sumbangan Islam kepada anda, tanyalah apa sumbangan diri pada Islam"

"amalan sebesar zarah yang dilakukan akan dibalas jua"

6.Anjurkan aktiviti-aktiviti kesedaran Palestin untuk jiran, mahallah sepert Qiamullail dan solat hajat berkumpulan.

Jika mampu anjurkanlah, moga usaha kita itu diberkati oleh-Nya. Biar jadi bukti di akhirat nanti yang kita ada usaha untuk menolong mereka di Palestin.

7.Boikot! Boikot! Boikot! Barangan Israel dan Amerika dengan mencari alternatif produk buatan ummah.
sebahagian brand yang patut kita boikot.
oh ini banyak isunya~~ contoh la ye.. kalau ditutup company A. habis la semua pekerja jadi penganggur.
Sedangkan company A ini salurkan dana buat Yahudi untuk membedil peluru kepada Umat Islam di Palestin.
mana yang bernilai ni? HILANG KERJA ATAU HILANG NYAWA? fikir2kanlah!

Info: Di Ipoh ada kedai KOHALAL yang menjual barangan yang dibuat orang Islam. Lokasinya berdekatan dengan stesen bas Medan Gopeng.

8.Ingat Palestin dalam doa dan solat.

doalah, moga Allah makbulkan doa kita. ambil  masa 1 minit setiap waktu 5 kali sehari itu untuk mendoakan kemenangan Umat Islam di sana. Ini, semua orang pon terlebih mampu!!! ayo

9.bacakan Qunut nazilah untuk Israel.

Tahu bagaimana nak baca? ini bacaannya:
Baca qunut nazilah sebagai bantuan terpantas kita kepada mereka, serta doa buat Umat Islam Palestin dan kehancuran tentera Israel. Moga2 Allah makbulkan. Ameen~~

10. Sumbang  USD 1 setahun.

ini permintaan dari wakil mereka yang tulis surat kepada semua warga Malaysia. Berapalah sangat  USD 1, kita ini mampu lebih dari itu. (USD 1 lebih kurang RM3.50)

jom kempen untuk menyeru masyarkat laksanakan 10 ini.. Post entry sebegini di blog anda tanda anda juga 'care' isu ini.Mira mahu tag 10 orang untuk entry ini. Jika anda ditag, anda mahu tag rakan lebih dari sepuluh pun takpe..lagi ramai lagi bagus.  Entry ikut gaya penulisan masing2 dan cara anda menghuraikannya.. tapi 10 peranan kita itu WAJIB ada ye.!!
ok.. rakan2 blogger yang mira mahu tag:


mari beramai-ramai sahut seruan ini!!!

sumber: amanpalestin
             badasipsah

inspirasi dari entry: FOR THE REST OF MY LIFE

p/s: sesiapa yang tidak ditag tapu mahu ambil bahagian dalam kempen ini, silakan ye. amatlah dialu-alukan.

11 komen dari pembaca :

dak eina (◕‿◕) said...

thnx sbb tag dak eina..nnt dak eina post k ;)

amira said...

@dak eina: sesama,,mari jalankan kempen ini ye..

HiJaBViOLet said...

subhanallah..!!

perasaan benci meluap luap tengok perangai yahudi ni. entah, tak faham kenapa mesti ada perjanjian damai dengan orang macam ni. memang akan dimungkiri. ini ALLAH da nyatakan! bangsa yahudi ni memang tak leh pegang janji. semakin banyak perjanjian, semakin ramai mati...darah da jadi macam air biasa. ada di mana mana. ya allah...sakit hati, nak menangis nak marah semua ada.. mcm gamba yang mira tunjuk tu, kesian sangat sangat..tolongla semua..boikot lah...hanya itu yang kita mampu..tolonglah!! sanggupkah kita senang atas kematian mereka??

Khairul Azmi said...

tq mira..nti azmi cuba...

Fyzal said...

even I'm not been tagged in this entry, but I'm looking forward to blog on this one.

Hamas memang banyak mencapai kejayaan. Jika saudari ada membaca satu buku berkenaan Hamas, kita akan dapat melihat kronologi dan roh perjuangan Hamas.

tajuk buku nya - "Hamas: Dari Underground Ke Parti Pemerintah".

Fyzal's Latest Entry
First Match Motivation

DaRa MaNiskU said...

nnti cik dara cobe buat..cari sumber2 dulu..

♥xaturen♥ said...

Yahudi Israel tu memang jahat dan zalim!..

MissXYZ a.k.a Abaikan said...

jihad tu kne la berterusan jgn kjap2 je ade dlm hati... ho3

soal mknan pon da xleh bg alasan skg. byk alternatif da nk elak produk yahudi =)

amirasyraf said...

Thanks For the tag nanti FBI buat k :) Nanti Bila FBI dah siap,kita sama2 lebarkan Entri ini diseluruh negara agar negara palestin tidak lagi ditawan oleh pemberotak "Israel"

Hamzah Ian said...

ooooo

diana said...

nak ikut sama!!!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template