Sunday, August 1, 2010

check ayak di Yan Day 1

Wah~~ penantian  itu satu penyiksaan. Akhirnya,laptop,internet dan mira sudah dapat bertemu kembali dan beraksi di dunia blogging yang dirindui.hehehe.. rindu tak kalian dengan saya?jawab saja jangan malu2 segan2..saya terima je..hehe..MySpace

Cuti 3 hari dah habes pon..eh bukan bercuti tapi pergi menimba ilmu..diri ini

telah dengan relanya dan tak malunya menyertai Program Kajian Tindakan Kualiti Air anjuran dan sponsor sepenuhnya oleh Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Kedah. Ini bermakna kompem la mira makan free 3 hari 2 malam. Yezzaa.. itu yang penting. Duit poket….. saaaaaaafffeeeeee!!!

MySpace

Ok..nak share la sikit apa kami (kerana yang perginya 90 orang) buat kat Yan, bukan setakat makan free mengenyangkan perot sendiri tetapi sebenarnya setiap saat, minit dan waktu kami menimba seberapa banyak ilmu yang kami boleh dengan pengisisan yang cukup bermakna.Teruskan membaca~~


==========================
First day, Khamis, 29 July 2009

Dalam jadual kami akan bertolak ke Yan lebih kurang pukul 8 pg. Tot tet to tet tot tet kami berjalan mengendong beg kiri dan kanan dari asrama. Sesaujana mata memandang, tak disangka dua bas oren yang kelihatan. Sejak dari kecik dulu jeles tengok orang lain naik bas ni tapi mira dulu naik van je jadi merasa jugak la walau dah besar pon. Terasa sungguh nostalgia..hehe

tercapai jugak cita2 mira nak naik bas ni

Selepas verification untuk kehadiran selesai, kami pon bertolak pada pukul 8.30 pg. Terasa excited jer nak sampai ke sana. Kepala asyik terjengah2 nak tengok jalan..(almaklumlah, mira kemetot je) dah sampai ke belum? Asyik tertanya dalam hati. Kira- kira sejam sampai la kami ke Putri Ayu Chalet, Yan, Kedah. Oleh sebab chalet tersebut agak jauh ke dalam dan jalannya sempit, bas hanya berhenti di simpang dan kami menggunakan kuasa kekuda kaki kami untuk berjalan ke dalam.

Oh ye..Kami ada penyambut tetamu yang bergaya. Beliau berbaju pink, tetap tegak berdiri sambil mendepangkan tangannya yang berkilau.

Nasib baik kami sampai waktu siang, kalau tak.. heeee~~

Bila sampai ke dalam kawasan chalet, kami tak terasa letih mengendong beg sebab terpana dengan keindahan tempat tu. Susun atur landscape yang comel, cantik dan menarik menambat hati kami yang berada di situ.

cute kan? hehe..suka tengok~~

Bertambah teruja bila ternampak air sungai yang mengalir jernih berdekatan kawasan chalet tersebut. Ikan-ikan yang berenang seolah-olah sedang mencuri hati kami untuk terus menatap keindahan ciptaan Ilahi di sekeliling kami. Amacam?? ayat boleh pakai buat iklankah?



ini bannernye.. menarik tak?hehe

Setelah pendaftaran, kami mendengar taklimat kem dari aspek keselamatan dan pengurusan masa.  Then, kami warming up dulu sebelum masuk ke part seterusnya dengan Ice Breaking Jelajah Identiti. Menerusi aktiviti ini kami dapat berkenalan dengan rakan2 baru sebab tak semua peserta kami kenal. Dapat juga release tension dari tekanan tugasan di kampus… Yeah!!

 Jadual hari pertama selepas dua sesi tersebut ada banyak pengisian teori. Teori maksudnya duduk dan dengar, duduk pula lama2 mengantuk,, hehe.. nak mengaku ni : saya juga sempat tersengguk waktu dengar ceramah.. aiseh~~.

Ceramah dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) sendiri menerangkan tentang fungsi dan peranan jabatan bersangkut paut dengan sungai sendiri. Banyak contoh2 yang diambil tentang sungai berdekatan tempat kami sendiri iaitu Sg. Petani. 

Saya pasti rakan2 blogger tahu tentang kewujudan JPS dan Jabatan Alam Sekitar kan?

JAS – penguasaan undang2, saman dan aduan rakyat mengenai pencemaran, dsbg

JPS – bahagian teknikal, pengumpulan data, penyelenggaraan sungai , dsbg

Jadi jika rakan2 blogger nak laporkan pencemaran air boleh la hubungi JAS ye..Ceramah Pendidikan Alam Sekitar pon tak kurang hebat dan menariknya. Bertepatan dengan sasaran peserta iaitu kami sebagai guru pelatih telah diberi pendedahan mengenai tugas kami sebagai bakal guru untuk meracun minda anak2 bangsa supaya cintakan alam sekitar.


 Wah, berat juga nampaknya tugas kami nanti! Bukan setakat mengajar subjek tetapi juga menerapkan semua nilai2 murni kerana gurulah yang bertidak membentuk acuan masyarakat. Benarlah kata pepatah:

“melentur buluh biarlah dari rebungnya”

Bahagian yang paling mira nantikan ialah Taklimat Sampling sebab itu yang paling penting untuk praktikal keesokan hari. Kualiti air dapat dikaji dengan menggunakan tiga ujian; fizikal, kimia dan biologi.


Satu cara yang menarik minat mira ialah ujian kimia, tapi tak bermakana dua ujian lagi tak penting ye..
Ada tujuh aspek atau parameter yang untuk menentukan tahap pencemaran air

  1. Temperature/suhu
  2. Kekeruhan
  3. Dissolved Oxygen/DO (Oksigen terlarut) 
  4. pH
  5. nitrate
  6. Phosphate
Setiap komponen dalam parameter mempunyai kesan terhadap hidupan makroinvertebrata yang hidup di situ.. setiap satu aspek dari parameter tu ada banyak kesannya.. sila kaji lanjut dengan Pak Cik Google ye!! 

hurm..banyak lagi sebenarnya nak kongsi tapi panjang sangat nanti tak larat pulak nak baca,,ye dak? Sikit2 lama2 jadi bukit..nanti mira habiskan untuk Day 2 dan 3 sekaligus.. ok!!

p/s: kejar banyak nak kejar.. dok hutang tag kat orang.. waaa..tapi priority tetap priority..biar lambat asal post semua..setuju?MySpace

7 komen dari pembaca :

Khairul Azmi said...

seyes terasa pemergian mira ke sana..bukan ape..sebab selalu mira jenguk blog azmi..tpi bila mira xde..sunyi je blog azmi

amira said...

@Khairul Azmi:jgn sedey2..mira sudah kembali..

Khairul Azmi said...

dah x sedih dah...
haha...

iqbalsyarie said...

Wah...kamu menuntut ilmu apa?persilatan?hehe...tapi saya pun glad,sbb saya tak miss banyak entry kamu sepeninggalan saya ke pulau~hehehe..Latest post:Inikah pujian?

amira said...

@iqbalsyarie: ilmu menilik air.. hehe.. xlahh.. nak uji kualiti air je..sy juga glad x banyak tertinggal baca entry kamu..

NARDtheNERD said...

saya winduuu kamu.

hehehe~

♥xaturen♥ said...

catatan perjalanan yang menarik!

;p dibesarkan dikaki G.Jerai!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template