Tuesday, August 3, 2010

check ayak di Yan Day 2 and 3

Kamu bersalah!!! ye,, mira bersalah kerana lambat publish post ini.. maafkan mira~~
Laporan diteruskan...tak larat tulis semua tapi highlight benda best je boleh??tulis sumer bukan best pon ,ye dak??MySpace
nak melepuh jari menaip.. hehe,, tapi semangat berkobar2.. 

Mira dh gitau dalam post sebelum ni pasal ujian kimia, siapa belum baca sila baca ye.... Untuk ujian fizikal, terdapat beberapa aspek yang perlu diperhatikan dengan mata kasar contoh penggunaan tanah, saliran ke dalam sungai, tumbuh-tumbuhan dan lakaran kawasan yang hendak diuji kualiti airnya.

Ujian biologi lebih mencabar sebab kena cari haiwan kecil makroinvertebrata ( haiwan yang tak ada tulang
belakang yang kecik2 tu). Sebabnya, ada haiwan yang tidak boleh hidup dalam air tercemar, ada pula yang hidup dalam air sederhana  tercemar dan ada pula yang boleh hidup dalam air tecemar. So hidupan populasi haiwan ini sebagai salah satu indikator menunjukkan tahap kualiti air di sesuatu kawasan. Penting kan role diorang ni sebenarnya. kita je yang tak nampak.. macam mana sebenarnya.. sapa berminat boleh tanya saya nanti.

Alatan2 untuk tgk kualiti air ni tak la mahal sangat. untuk ujian kimia monitoring water kit nye hanya lebih kurang RM200 je..comel..

sgt cute benda ni.. bagi mira la. (ini kit untuk ujian kima ye)

Lupa pulak mira nak tangkap gambar alatan di dalamnye.. sori stetrawberry.. dalam tu ada 3 tabung uji 10 ml, tabung uji yang kecil untuk ujian DO (Dissolved Oxygen), pil2 untuk test nitrate, phosphate, pH dan DO, termomether dan carta bacaan.

fuh.. memang banyak kan..excited sangat nak buat ujian kimia ni,..
ok.. mira bagi contoh ye.. kalau nak test tahap kekeruhan air sungai just guna bekas tu
bilas, ambil air pada takat yang telah di tanda dan tunggu lima minit...


test kekeruhan, clear je kan airnya.. maksudnya, air sungai ini masih jernih

Kalau simbol tu tak nampak atau kurang jelas tu bermakna air itu keruh, cuma berapa tahap kekeruhannya, kena tengok carta.~~

Bagi ujian pH dan phospahte, langkahnya adalah dengan mengisi tabung uji sebanyak 10 ml, lepas tu masukkan pil mengikut jenis ujian cepat2. Pil2 tersebut tak boleh kena tangan taw.
mira sedang bubuh pil ke dalam tabung uji DO

Bagi ujian nitrate pula, kita hanya perlukan 5 ml air sungai, sama juga macam tadi, ada pil nya untuk dimasukkan ke dalam tabung uji. Selesai masukkan kesemua pil2 itu ke dalam tabung uji masing2, ditutup kemudian hendaklah digoncang. Cara goncangan adalah secara menolak tabung uji itu ke atas dan ke bawah (mira tak taw nak describe ni pakai istilah pe) bukan  macam goncang botol susu tu. Goncang semua tabung uji tu lebih kurang lima minit.
hg citer jap camne nak goncang nih?

Test DO pon sama juga Cuma yang lainnya botolnya lebih kecil dan pilnya ada dua. Selepas 5 minit, hasilnya kena compare kan dengan carta yang diberi dalam kit itu. Secara kimianya, lokasi kajian kami di Sg Batu Hampar Yan masih tidak tercemar lagi..

Selesai kimia, Biologi pula...
pernah sauk ikan??
 kami tak sauk ikan tapi cari makhluk2 kecil tak bertulang, 
memang mencabar ni,
 mira surrender lepas beberapa kali cubaan hehe.. 

tengah menyauk.. pinjam ye  gambo hang.. hehe,,jangan marah nanti kena jual.. =P

caranya ialah, kena sauk bawah2 batu, celah lubang dan tempat2 lain yang difikirkan logik bagi lokasi haiwan2 tersebut.. hehe
lepas tu, hasil saukan tu masukkan ke dalam pinggan untuk tujuan pengasingan, 

lepas sauk..masukkan dalam pinggan ini nak tengok ada ke tak..



haiwan2 tak boleh diambil menggunakan jari tangan tapi pakai sudu atau dropper ok!!
jika jumpa dimasukkan dalam petri dish untuk sesi pengecaman


seorang tengok haiwan tu.. seorang lagi tengok carta.

pengecaman pula dilakukan dengan merujuk kepada carta yang diberi untuk mendapat nama haiwan tersebut yang spesifik di bawah kanta pembesar.. menarik kan?
haiwan yang dijumpai ada skor masing2 untuk kira index sungai itu Index yang kami dapat adalah 5.6 menunjukkan sungai itu agak bersih..
selesai sudah semua test2 tu...
kami menunggu tengah hari.. nak pi panjat Gunung Jerai pulak..

pemandangan hijau yang indah... sejuk mata memandang

hehe.. tak la sampai ke atas.. tapi kaki bukit je..
itu pun dah macam nak semput

Kat sini mira dapat dugaan.
tangan mira terkena gegata dan terjatuh pulak sambil tangan menahan terkena batu,.
rasa macam tertikam.. adeh~~sakit dong!!
hurm.. jiwa mira kental.. tak nangis ok..
hehe...

balik tu dapat excuse dari satu aktiviti yang memang best
mira jadi tukang kacau kat situ..hehe
aktivitinya.. setiap orang menutup mata dengan kain yang diberi lepas tu berjalan dalam kumpulan masing2..
boleh berkomunikasi dengan hanya bunyi binatang yang dipilih..bahasa manusia x boleh pakai ha.. haaiiip~~
hehe.. mira yang tak ikut serta tolong tarik2 kumpulan bawa ke point2 tertentu..
last2 kena jugak.. ader fasilitator tarik saya..diorang buaka air paip..
suruh saya duduk untuk dimandikan..
ingat nak bagi mandi bunga..
tapi mandi kulit rambutan..hampeh..
nasib baik tak suruh terjun kolam..
klu kena tolak ke dalam kolam ni.. Mira kompem tenggelam.. hehe

lepas tu sambung tengok diorang balik.. 
memang lawak pun ada..
tapi moral yang nak disampaikan kat sini :

bila Allah tarik satu nikmat seperti mata.. tak tentu arah kita dibuatnye.. 
tak percaya try tutup mata dengan kain untuk satu hari..??
apa jadi.. habaq mai kat mira..

sama juga halnya kepada ekosistem kita.. jika kita musnahkan satu dari rantaiannya, kesan pada bumi
 kita ini sangat besar..

nak ke kalau

2015 nanti kita kehabisan Air Jernih jika pencemaran air tak dibendung
air minum kena beli..
jangka hayat hidup hanya hingga umur 35 tahun
dan penyakit2 merebak dengan luas
kerana kekurangan air
takde lagi istilah mandi sungai dan laut

tak nak kan?? jadi 

jangan buang sampah ke dalam sungai
jangan buang sisa toksik ke dalam sungai
jangan buang sisa domestik
dsbg.. banyak lagi actually ..tanya pakcik Google untuk maklumat lanjut..


kita tak nampak kesannya sekarang.. tapi kita kena fikir.. alam ini hanyalah pinjaman untuk dipulangkan kepada generasi akan datang...
jangan kerana tangan kita, 
alam ini rosak..

oh ye.. satu lagi.. siapa yang duduk Kedah mungkin tahu pasal ini.
Puncak Janing ditutup sebab ada wabak kencing tikus..
jadi selagi papan tanda amaran tak diturunkan oleh JAS
amtlah berbahaya untuk mandi-manda di sana..

nampak tak ikan kat situ???
jagalah sungai kita... kalau tak.. tiada lagi keindahan begini

p/s: hari ini:satu lagi hari menarik tercatat dalam sejarah hidup mira.. nantikan post akan datang..

5 komen dari pembaca :

Khairul Azmi said...

wah..bestnya....
mmg mira boleh jadi karam singh walia la...
haha...bagus2 mira

ASSOYFINGER67 said...

Teruskan usaha anda dalam menyedarkan manusia tentang bahaya dan ancaman terhadap air...pastikan mesej sampai 100% K!SYABAS MIRA ..!

diana said...

dulu suke betui mandi sungai..
sekarang tak mau dah..
banayk sangat tempat yang kotor..
nak bawak anak pun rase tak selamat..

PinQib said...

yan.. em not so good. hehe.. lebam di kaki masih berbekasss


Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

Boys never grow up


I’m no good in having relationship

armouris said...

info tentang kualiti air di SIHAT SELALU - Kualiti Air Bergantung Kepada Proses Penulenan

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template