Monday, August 30, 2010

"Dahla gemuk!!! sempit!!!"

tak nak kecewakan jemputan kenalan..ayah mengajak kami berbuka puasa di surau berdekatan
sesampai di sana.. ada setengah jam lagi..ayah mula lead jemaah  bertahlil dan berzikir..
duduk melengu je.. tak dapat apa pon.. ye dak???
buka puasa..macam biasa..makan nasi lepas maghrib..serangan yang pertama..kurma!!!


ok lepas kurma teguk air banyak2,..agak-agak nak kenyang baru teringat.. eh ini bukan rumah la,.
anak dara apa la nih..


Surau tu ada dua level..ground level tempat makan2..
level 1 tempat solat.. jadi lepas 10 minit,..semua orang pon naiklah ke atas..
mira pon try la solat dengan khusyuk sementara pak Imam baca surah berlagu2..
syahdu je rasa... padahal lama sangat mahu hilang khusyuk dengar dia melenggok macam nak meleleh aje


seusai baca doa.. adatnya kami bersalaman..mak solat di sebelah kanan mira dan setelah kami bersalam
mak bersalam pula dengan orang di sebelah kanannya

mak: sekolah mana? (mak pegang tanggannya tak bagi lepas)
that girl: er.... (sambil tercengang-cengang menjawab) Sekolah Agama ********
mak: aih takkan tak tahu waktu solat tak boleh cakap2.. nape cakap2?... masa sembahyang mana boleh cakap2

nak pucat naik biru ke hitam muka budak tu..agak2 faham ke bahasa Melayu..pelik aih.. bercakap???.. tengah solat??? sah2 la solatnya tak sah!!..mak cakap that girl dan emaknya bersembang-sembang.. lepas tu asyik mengilas kiri kanan..haih.. konpem la tak sah!!! budak kecik 8 tahun pon tahu..

mira: dia sembang apa mak tengah solat??? bukan 'sembang' dengan Allah je ke sepatutnya ?
mak: ni ha.. budak ni sembang dengan mak dia.. dia cakap kat mak dia" dahla gemuk!!! sempit!!"
mira: aih.. ikut mazhab mana plak dah anak beranak ni..? mak dia pun sembang dengan dia juga??
mak: haah..geram mak dibuatnya.. putus saf la jawabnya tadi..tu yang mak tanya dia sekolah mana.. nak tegur.. 2 dalam 1.

pelik tak pelik..rupa-rupanya mereka memang pelik..mira difahamkan mereka berasal dari negara lain
memng tak fasih bahasa Melayu
tapi  bagi mira walaupun asal lain negara..kita seagama.. dan urusan agama kita sama..
cuma bila ilmu ada tapi tak guna..memang nak kenalah fire dengan mak yang tak boleh tengok benda2 macam ni..tabik kat mak sebab berani tegur..!!! kalau den.. maw terasa panas dulu baru hambur..

p/s: aahh..macam2 masalah la.!! di kampung anda ada yang macam ni???
solat adalah penghubung manusia dengan Allah

0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template