Tuesday, August 31, 2010

derr... wa merdeka aper.???

seawal jam 4 pagi.. deruman motor memecah kesunyian
terdengar laungan anak remaja "merdeka! merdeka! merdeka!" sambil mengibarkan bendera dengan penuh semangat
anak kecil tak kurang hebatnya...sambil berbasikal 'tayar satu' dengan bendera diikat di belakang
di dalam perjalanan itu, kelihatan pegawai JPJ membuat "roadblock" untuk memeriksa road tax
meriah juga ye pagi2 ni

tak kurang juga ada yang ter'eksiden'
satu remuk di bahagian depan
satu lagi terbabas naik divider

kalau countdown merdeka pula macam mana ye..???
_____________________________________
Alhamdulillah.. ada juga yang ambil kesempatan cuti untuk ber'qiamullail' dan bersahur bersama

kata ustaz yang beri kuliah subuh:
merdeka hanya boleh dicapai apabila
"Allah dan rasul menjadi pemimpin bagi orang yang beriman
serta sesebuah negara menggunakan sistem yang telah diberi oleh Allah untuk mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya serta menjauhi TAGHUT"

mendalam maksud ustaz nih..
beliau menjelaskan lagi dengan hujah berdasarkan ayat al-Quran dari surah at-Taubah ayat 24

kita masih 'terjajah' bila agenda yang diperjuangkan merupakan tujuh golongan yang tidak perlu kita nyatakan betapa sayangnya kita kepada golongan ini:

1) bapa
2) anak
3) isteri
4) saudara/puak/ kaum/ bangsa
5) harta
6) perniagaan
7)tempat tinggal


sumber ayat dan terjemahan dari: farizfansuri

"Katakanlah (wahai Muhammad): "Jika bapa-bapa kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan isteri-isteri (atau suami-suami) kamu, dan kaum keluarga kamu, dan harta benda yang kamu usahakan, dan perniagaan yang kamu bimbang akan merosot, dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, - (jika semuanya itu) menjadi perkara-perkara yang kamu cintai lebih daripada Allah dan RasulNya dan (daripada) berjihad untuk ugamaNya, maka tunggulah sehingga Allah mendatangkan keputusanNya (azab seksaNya); kerana Allah tidak akan memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik (derhaka). "(At Taubah:24)


kita masih 'terjajah'? fikirkan..

p/s:entry ekspress merdeka

2 komen dari pembaca :

Anne Boleyn said...

merdeka kat budak2 skang ni dah lain maknanya. tengok lah camne cara diorang celebrate. huhu merdeka ke tu.

Anne Boleyn said...

p/s : jom join slot Bingkisan Salam Syawal kat Redmummy.com jom? Anne Boleyn dah join.. check my latest entry kay.. :)

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template