Wednesday, August 4, 2010

go! go! PaPeR-CoPteR~~

"Exhibition is part of the evaluation"

Kyaaa~~ pameran ka???... terbayang suasana membosankan sebab tak banyak kunjungan.. duduk melangu sambil tunggu orang,,, tambah bebal bila suasana dalam lab makin panas sebab tak boleh pasang kipas...
kena lalui semua itukah??? oh sungguh tak best..


Tapi nak buat macam mana.. dh benda ni wajib.. ok fine... jom belasah jer.. hehehe..
Pergi taklimat dengan muka toya.. 
pebenda la nak kena buat ni

"ok kamu bernasib baik sebab kamu punya pameran senang sahaja, cuma sediakan bahan,,, tak payah buat jemputan dan persiapan majlis persmian"
"barang2 pon murah dan senang didapati"
"tempat pameran adalah di Dewan Munsyi"

oh.. yeah!!! chanteks la..MySpace
rupa2nya pameran kali ini adalah gabungan pameran Jabatan Alam Sekitar, The Lion Club dan kami..
jadi terhasillah satu nama..

Ekspo Sains dan Alam Sekitar

selain tu MOSTI juga datang buat pameran dan ceramah
Wah~~ ada sedikit kelainan nampaknya tahun ini...

dalam taklimat nampaknya diputuskan mira dan tiga lagi rakan kena jaga booth Paper-Copter
hurm..senang je tu..hehe

Siapa tak pernah tengok kipas helikopter, kelip mata anda!!! hehe..kamu yang sedang kelip mata..angkat tangan!!!

Dugaan juga walaupun senang je sebenarnya nak buat benda ni..
Mula2 kami dah potong 222 keping printed design paper-copter ni..
bersepah lantai bilik den dengan kertas ni

tapi..tengah2 pameran berlangsung.. 
stok dah nak habes....alamak!!! lagi ramai murid2 sekolah datang setiap setengah minit
..panik dibuatnya..
dan masing2 mintak seorang satu paper-copter tu,..
sebab nak tambah stok baru mira terpaksa pergi print dan fotostet lain..
nasib baik soft copy ada dalam pendrive..kena print dulu
nak tambah stok jadi supaya jadi lebih banyak.. jadi fotostet 60 keping..
dalam sekeping kertas A4 tu boleh dapat 3 keping.
so 300 keping la..


lepas tu..nak potong pulak satu hal..
tak larat nak potong satu2..
terus lambakkan sekali lima helai kertas dan potong..
tak cara dah..asal ada bentuk jadi la...

Sedang mira dan rakan seorang lagi gunting untuk tambah stok..
terasa meja booth kami makin ke belakang..padahal jarak asal lebih kurang setengah meter dengan kami yang menggunting ni
rakan saya yang sedang  bagi instruction dan procedure pon makin lama ke belakang 
dan akhirnya terlanggar 'kilang pembuatan' paper- copter
antara murid yang hadir..

Rupanya murid2 yang datang ramai sangat sampai menolak2 meja tu ke belakang
Seronok layan kerenah murid2
walaupun terasa tekak perit menjerit guide murid2 tu..
Alhamdullillah..bukan murid sahaja yang berminat tentang paper-copter ni..
ada juga pensyarah,guru sekolah dan guru pelatih meramaikan booth kami..
walaupun benda ini nampak simple tapi terasa sangat bermakna

begitu juga booth rakan2 lain
yang tak kurang hebat dari segi persiapan dan dekorasi
masing2 bersemangat melayan pengunjung tak kira peringkat umur
terasa puas hati walau pun kami punya pameran ringkas je..

booth magical science
stesen rocket launching
booth tentang jenis plastik dalam industri
nak cam mana satu telur ayam yang sudah direbus atau belum datanglah sini
mereka jaga booth bersama.. x ingat booth apa..
booth paper-copter
 kami sangat terharu kerana sentiasa mendapat sokongan dari Mr. Lay, pensyarah kami
jasa dan pengorbanan dari segi masa dan wang ringgit beliau memang kami ingat sampai bila2
tak ada la yang serupa macam beliau..
ucapan terima kasih macam tak cukup pula..
esok beliau nak belanja kami makan..
terasa segan...malu tapi mahu...
makan free..hehe.. belasah je lah!!!

oh ye.. macam mana nak buat paper -copter ni?
mari mira terangkan cara2 nya..

Anda hanya perlukan:  (macam nak memasak pulak)
  1. printed paper with the helicopter design
  2. Klip Kertas
  3. Gunting
Perhatian: garisan hitam yang penuh adalah garisan menggunting manakala garisan dot2 adalah garisan melipat.


1. gunting garisan antara a dan b

 
2.gunting pula garisan bahagian atas c dan d

3.lipat a dan b secara berlawanan

 
4.lipat pula bahagian c dan d ke belakang

5.lipat bahagian bawah ke belakang

6. akhir sekali, selitkan klip kertas pada bahagian bawah yang dilipat tadi
now, you are ready to play..!!
angkat paper-copter anda tinggi2 dan lepaskannya
jika paper-copter anda terbang ke bawah secara berpusing bermakna anda telah berjaya membuat satu paper-copter!!!
    p/s:sangat best rasanya hari ini..berkobar2 semangat nak jadi cikgu.. hehe

    di pintu masuk Dewan Munsyi

    dari cikgu mira (in the making) siapa nak mintak soft copy leave your email in comment form..okieess!!

    18 komen dari pembaca :

    Khairul Azmi said...

    WAH cm best la plak...
    anyway taahnih la coz dpt handle pameran dgn jayanya...

    amira said...

    @Khairul Azmi: thanks ye.. nak soft copy boleh je.. bagi email..

    Chybee said...

    hehehe...menariknya ada pameran. if dekat sini jaga booth mesti sebab ada pameran psl msia je.

    amira said...

    @Chybee: oh yeke? ala... ok what.. yang jaga booth tu kena leave good impression about Msia

    sarina izryn said...

    Mira..email kat akak satu copy okey...huhu..bes ni main2 dgn mirul

    email : izrin46@yahoo.com

    Fyzal said...

    takpe.. mesti banyak kunjungan nye nanti :)

    NICK IRFAN said...

    pameran? wah! msti best ni...

    Khairul Azmi said...

    ok mira...ni email azmi
    azmikhairul1991@gmail.com

    Khairul Azmi said...

    tenkiu mira...

    sonata anak kancil said...

    sambil jaga pameran...baik berbelog aje !

    amira said...

    thanks semua.. huhu..

    ♥xaturen♥ said...

    cam best sangat je.. bagi satu tengok.. cewahh..

    ;p readbud USD10.70

    akka said...

    hehehehe

    iqbalsyarie said...

    Wahhh...tahniah mira sbb diberi peluang ini~hehe

    Hamzah Ian said...

    fuyooo.. best2..

    MissXYZ a.k.a Abaikan said...

    wah3 dok kt pameran plak hik3

    apesal tukar mira_nas plak?

    p/s: sje je bz body

    amira said...

    @MissXYZ a.k.a Abaikan: ada blogger lain nama mira juga.. huuhu~~ sebab tu tukar..

    PinQib said...

    congratz to budak sains untuk ekspo hari rabu ritu.. best2222


    Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

    Boys never grow up


    I’m no good in having relationship

     

    Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template