Saturday, August 7, 2010

Jika kau manusia dia pon sama..

Salam.. sebelum ke isi utama
eloklah kiranya topik Ramadhan ini didahulukan
menjelang Ramadhan kali ini.. mira doakan semua rakan2 muslim mahupun non-muslim
sihat untuk menghadapi bulan penuh barakah dan maghfirah...
Bulan yang lebih baik dari seribu bulan.. di dalamnya terkandung rahmat Allah yang luas..
pintu syurga dibuka seluas2nya.. dan pintu neraka ditutup serapat2nya
siksaan kubur pula dihentikan..


tinggal kita.. sebagai manusia yang diberi kesempatan hidup hingga saat ini 
punya hati yang ikhlas atau tidak mahu  melaksanakan tuntutan ini..
ganjaran diberi atas niat dan perlakuan kita..

setiap saat jika pekerjaan itu baik dan diniatkan kerana Allah..
pasti 24 jam sehari 7 hari seminggu.. kita mendapat ganjaran pahala disisiNya..
itulah untungnya Umat Nabi Muhammad S.A.W..
walau hanya berniat namun jika tak dapat laksanakannya kerana halangan tertentu tetap dapat ganjaran dan tidak dikurangi sedikitpun
 betapa Maha Pemurahnya Allah..kan?

setiap zarah amalan kita dicatit oleh malaikat kiri dan kanan..
samada percakapan, perbuatan, lintasan hati mahupun isyarat badan..
dalam entry ini.. mira mahu fokus kepada percakapan...



inspirasi entry adalah sebenarnya dari kehidupan realiti mira.
.namun ada perubahan masa, kedudukan dan tempat.,
tapi plot,isu dan moral yang ingin diketengahkan masih sama untuk
 menjaga identiti watak2 di dalam kisah realiti ini..
-----------------------------------------------------

alamak..!! banyak ni nak siapkan..120 keping nak gunting satu malam...
(lagi2 paper-copter..ini untuk expo Sains)

kami dah bincang buat sembilan pattern berlainan
jadi ada 3 kertas A4 yang berlainan..
kami beli kertas warna sendiri (konon jimat kos.. sama jugak rupanya)
untuk fotostet.. 
itu tugas mira.. jadi

berlari2 anak la mira ke kedai kerana agak lewat dah waktu itu..
macam manapun..nak kena siapkan fotostet malam tu jugak!!!
sampai aje di kedai itu...

"kak nak fotostet 3 helai kertas ini..yang ini guna yang ini, yang ni plak yang ini dan yang ini pulak yang ni.. semuanya 40 keping"

mira dah bahagikan siap2 pattern in untuk kertas2 warna yang telah diserakkan..kononnya nak kepelbagaian... tapi nampaknya agak memang menyusahkan!!

" hurm macam mana ye..."
"adik tulis tiga resit boleh???"

mira terdiam..sistem di kedai ini memang begitu..kena tulis dahulu di resit berwarna kuning itu,,,adeh.. pening mira dibuatnya.. kalau buat macam tu..nak kena buat satu2 la..nak kena kira pulak kertas warna tu kerana dah dibahagikan

"buat satu je tak boleh ke kak?"
"semua ni 40 keping je"

kakak tu terdiam seolah2 berfikir...tiba2

"adik,.. apa masalah adik?"

seorang lagi kakak di kedai itu mampir setelah mendapat firasat ada permasalahan di situ
walaupun suaranya cuba dilunakkan namu terpancar jelas amarah yang terpendam
mira kaget..namun cepat2 mira menerangkan sekali lagi bagaimana lagaknya semua kertas itu difotostet
terketar juga tangan nak serahkan kertas2 itu kepadanya..
namun mira pura-pura cool la,,, 
selesai mira menghabiskan ayat terakhir..

bagai halilintar yang melangkah di depan mata
kakak yang mampir tadi berkata dengan nada suara yang tinggi

"aku dah kata kan... kalau fotostet banyak pon jangan letak atas tu"
"aku dah cakap banyak kali dah"
"apsal kau ni bodoh sangat"
"manusia ni..kalau dah bodoh..sampai ke tua pun bodoh"
"benda senang macam ni pun nak aku yang kena fikir.. kena atur"

mak aih.. sesuka hatinya bercakap macam itu...pandai sangat kah dia..
kerja sama taraf jugak
berkata mira dalam hati.. mungkin kerana tersirap darah mira dengar dan lihat sendiri 
depan mata mira!!! tak malukah perangai buruk itu dilihat orang???
Astagfirullah...

kakak yang diherdik tadi diam..selepas teman sekerjanya itu beredar
dia membalas herdikan itu dengan suara yang perlahan  namun mira dapat mendengarnya..

"dia ni..kalau dah setan memang setan... setan..setan..setan"

haih.. macam dah nak luruh jantung ini.. aku sedang berurusan dengan lelaki ke??
mira kelip2 mata...imej yang terhasil masih perempuan..
bertudung pulak tu..masyaAllah.. Nauzubillah..
minta2 lah keturunanku tiada yang sesuka hatinya mencaci dan menghina orang..
di belakang mahupun di hadapan khalayak ramai..

mira diam...tak mampu nak buat apa2.. lemah sungguh iman ini.. hanya dapat membenci dalam hati..
mira tunggu sampai siap.. bayar dan terus balik.. tawar hati nak pusing2 cuci mata dalam kedai itu..
------------------------------------------------------
Rupa2nya... kakak yang mengherdik itu sebenarnya mengandung..
eh,, bukankah banyak pantang larangnya,,
jangan sepak kucing lah..
jangan itulah..jangan inilah..
nanti bayi terkena badi
kalau tak,.sesuatu yang buruk akan berlaku pada kandungan..
entah,, mungkin kita rasa itu kepercayaan orang dulu2..
tapi mira rasa sebab Allah bayar cash dosa2 dia buat 
 anak dalam kandungan yang tak bersalah jadi mangsa..
yang ini.. mira tak tahu la sejauh mana kebenarannya..
difikir2..logik juga...
namun.. kalau dilihat secara saintifiknya..
makanan, minuman..semuanya direct ikut tali pusat..
jadi.. semestinya juga apa yang dilihat apa yang diperkatakan 
dipelajari oleh bayi dalam kandungan...
sia2 lah doa hari2 "aku mahu anak soleh solehah"
jika mulut sendiri berperangai macam itu..
lancang berkata nista menyebabkan duka kepada orang lain

kakak yang diherdik pulak...
sayang sekali kalau dia bersabar...
pasti ganjaran pahalanya besar..
mira faham dia tension..
pengalaman 8 minit tu pun cukup buat mira rasa tak tahan hidup berbalah dan bercakaran
lagi lah duduk di situ kedai bekerja cari rezeki halal..
macam mana nak berkat rezeki itu??

mira doakan moga kedua2nya sedar akan kesalahan diri sendiri..
ambil kesempatan di bulan Ramadhan ini perbaiki diri..
harap tak dengar lagi maki memaki lepas ini..

kalau mira kena..memang down dah!!

p/s:jom check diri kita.. 

15 komen dari pembaca :

PinQib said...

wah.. tkut nye.. setiap lintasan ati pun diambil kire>
scary''
Sekian. Eh. Ada update la. Jom singgah!

I win a big apple! Yummy!

Anip™ said...

betul tu..aku sokong..
xpyh la maki memaki nie..
x elok..baek bt ibadah lg..
lau kite tesyen pon cube la kawal..

iqbalsyarie said...

Ops...pengalaman yg menakutkan!Hmm...pompuan zaman sekarang(tak termasuk mira) mmg banyak sgt yg jenis mulut mcm tu!sapa kata pompuan mudah masuk syurga?Nabi la kata...dan sapa kata pompuan mudah masuk neraka?Nabi juga yg kata...so,pilihlah...nak jd pompuan yg macam mana.Kerana mulit badan binasa...hmmm..

Saya nak update blog hari-hari.Mind to read? :)

Khairul Azmi said...

ish2...
P nak jDI???
ngandung pun sedap je mulut dok mengata kt orang...
mintak jauh la yer mira dari keturunan kita semua..
amin...

Anne Boleyn said...

salam..

kesimpulannya, dua-dua sama jer. suka di entry ini. penuh pengajaran. si pengherdik tu kita paham lah dia ngandung tp agak2 lah smpai mengeluarkan perktaan bodoh? lepastu yg diherdik pulak makin menambah2 smpai bersetan2. hlang sabar sangat lah tu. huhu


btw, thanx sebab datang belog anne boleyn tinggal komen. keep in touch yaaa. :)

p/s: jom baca entry MTV Worldstage jom. :)

all albout health said...

nice postng ;0)

f a z z y said...

selamat menyambut ramadhan mira cayunk!

S..U..D..@..I..S said...

n3 baik untuk dikongsi..sama2 dpt manafaat

yastro said...

Kenkang yas "terlepas" jugak..tu mmg dah x leh tahan la tuu...he3!!
Ape pun selamat berpuasa..

Aida Ali said...

Selamat Berpuasa

sonata anak kancil said...

selamat menyambut ramadhan al-mubarak

amira said...

salam ramadhan semua..mari jaga setiap perlakuan dan percakapan kita..

Aziati Zolman said...

ish kalau saya pun tergamam macam tu...huhu

fndrocka said...

Pergh...budi bhsa budaya kita..bukan herdik dan carut iye dak.huuhu.

Knpa kau tak azan je depan dorg..settle masalah

mahira oya said...

harus beringat..

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template