Thursday, August 12, 2010

saya juga ahli 'kami':jangan salahkan jari jemari yang menulis.

Sila menipu jika kamu mahu tempah tiket ke neraka.

“Susah nak mengenyangkan 2 biji mata dari mengenyangkan 20 biji perut.”

Saya memang sengaja!!! Dengan niat untuk memancing keluar individu tersebut dan sekaligus memberitahu pandangan saya sebagai ahli masyarakat. Saya mahu respons darinya yang hingga sekarang masih menyembunyikan diri. Mungkinkah diranduk rasa bersalah??? Sedang bertaubatkah???

Saya ulang sekali lagi..saya memang sengaja tulis post Berbini Dua, salah ke? Saya bukan mahu menjatuhkan maruah individu terlibat, tetapi saya mahu kamu melihat kes ini dari kaca mata saya sebagai ahli masyarakat generasi pemimpin akan datang. Buktinya; saya tidak menulis nama sebenar mahupun menyelitkan gambar!!!

Mungkin entri itu ada berbaur emosi dan amarah saya namun saya sangat terpanggil untuk membuat entri itu lebih2 lagi bila saya dapat tahu kamu dan saya sebaya!!!

Tak kiralah apa jawapan kamu, tapi kamu harus ingat bukan kamu sahaja yang hidup di dunia ini. Kamu juga khalifah seperti ‘kami’. Kamu khalifah yang ‘tersesat’ jadi saya sebagai ahli ‘kami’ mahu cuba melorongkan kamu ke jalan yang benar. Bukan bermakna ‘kami’ tidak pernah khilaf,cuma kita bersaudara perlulah ingat mengingatkan.Seperti Kalamullah di dalam surah Al-Asr yang menyeru kita supaya berpesan-pesan dengan kesabaran dan kebenaran.

Saya menyeru kepada Siti (bukan nama sebenar), sempena Bulan Ramadhan penuh barakah ini, muhasabahlah diri kamu. Terang-terangan kamu di mata kami, kamulah yang bersalah. Jangan salahkan ibu bapa kamu yang juga bermasalah dalam perkahwinan. Jangan salahkan cinta yang buta kerana kamulah punya mata hati untuk menilai. Jangan salahkah kami yang mengata kerana itulah fitrah kami yang punya mata untuk melihat, punya hati berperasaan, punya akal untuk membezakan.

Jika kamu di pihak yang benar, buktikan kebenaran kata-kata kamu. Pergilah berjumpa dengan mak cik Sarah, mohon maaf padanya atas musibah yang menimpa dia disebabkan kamu. Jangan tuding jari kamu kepada kami yang melihat, menilai dan mengambil berat. Kamu lah yang menyebabkan kesengsaraan yang kamu rasai sekarang (jika ada).
Ingatlah, setiap zarah perbuatan kamu dan ‘kami’ akan dihitung di akhirat kelak. Kamu kononnya mahu menipu ‘kami’ dengan kenyataan kamu.
Bagaimana kami mahu percaya??? Kamu yang berlagak makan garam awal dari kami sebenanya mentah!!! Kamu kata kamu yang benar tapi kamu tak boleh buktikan kebenaran kata-kata kamu. Jika kamu masih mengaku muslim dan mukmin, carilah jalan supaya kamu sendiri yang menyelesaikan kekusutan masalah itu.

“berani buat berani tanggung”

Saya sebagai ahli ‘kami’ mahu menyeru kamu:

Bertaubatlah selagi pintu taubat masih dibuka.
Mohonlah kemaafaan dari isteri pertama suami kamu.

Saya tegur kamu kerana kamu saudara seislam walau kita tiada hubungan darah. Janganlah bermasam muka jika kita sempat bersua. InsyaAllah, moga hari itu akan tiba.
Moga Allah tunjukkan jalan terbaik buat kamu dan kami. Ameen~~
Moga kamu dan ‘kami’ beroleh taqwa. InsyaAllah.

saya tak salahkan poligami; orang yang cetek ilmu berpoligami lah yang salah!!!
p/s: kami = masyarakat. Baca entri itu baru faham entri ini.

11 komen dari pembaca :

NICK IRFAN said...

kenapa ni??? hmm... suspen je entry ni... ape2pun ske gmbr atas tu? hahahah mcm pinokiyo jer...

amira said...

hehe.. suspen ke??memamng sengaja..
yer.. tu pak cik google la bagi.. huhu
sila baca entri terdahulu.. baru faham entri ini.

Berbini dua, salah ke?

iqbalsyarie said...

dah baca dua-dua dan saya faham dan cukup bersetuju dgn kamu.Ya...apa yg kamu tulis tu dah lengkap dah.Tak perlu saya cakap lebih2 lagi.TQ
Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

Khairul Azmi said...

erm bagusla mira...
menegur secara terbuka..itu yg bagus..jgn duk mengata je...
baik kita cakap teruskan???
harap2 org yg ditujukan tu cepat insaf dan bertaubat...

Fyzal said...

I get the message from this entry. very clear and undoubted.

Good advice friend. She should know if she did wrong coz when people did a wrong thing, no one should be blamed except the person him/herself.

amira said...

@iqbalsyarie:ye.. harapnya begitulah..

@Khairul Azmi:sekadar menulis..bercakap depan2 masih tak berani

@Fyzal: really??? great!!!

Hamzah Ian said...

fuhyoo... aku mmg suke gmbar first tu..

S..U..D..@..I..S said...

opps pa cite...suspen ja..tegur menegur elok la tu...selamat berpuasa

mahira oya said...

emo semcm ni entry..
tegur menegur bende yg patut kan..

amirasyraf said...

harap2 orang yang mira nak tujukan mendapat hidayah...hhehehehe...alimnya amir...heheheh,...mira marah ke?FBI sokong kamo!

amira said...

Hamzah Ian: nak frame kan pon boleh..sila2..

S..U..D..@..I..S:ooo.. citenye panjang..

mahira oya: emo?? yeke?? erkkk

amirasyraf: haha.. trima kasih atas sokongan,,,

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template