Sunday, August 29, 2010

Sentiasa waspada terhadap golongan sesat


Rasulullah ada menegaskan dalam sebuah hadisnya yang bermaksud: “Apabila seorang yang belajar (ilmu agama), dia akan menghadapi tiga jenis golongan yang berusaha agar dia tidak menjadi orang yang mampu bertindak tegas terhadap mereka.”

“Mereka adalah (1)golongan menyeleweng daripada kebenaran (Islam) lagi melampaui
batas, (2)golongan yang mencipta agama baru, dan (2)golongan yang mentafsirkan Islam dalam keadaan diri mereka jahil tentangnya

Ia tidak terhenti setakat itu sahaja, malah golongan sesat pada hari ini semakin bercambah bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan, termasuklah golongan mat rempit di mana mereka seolah-olah satu aliran pegangan baru di kalangan remaja.

Mereka memberi taat setia dan berjanji mempertahankan nasib sesama mereka dan sanggup lakukan apa sahaja yang mencabar kewibawaan mereka, khususnya yang datang dari pihak luar.

Mana-mana pihak luar yang bukan daripada kalangan mereka yang cuba menasihati atau mengingatkan mereka tentang kelakuan yang tidak baik yang dilakukan, mereka akan bertindak sehingga sanggup membelasah malah ada yang sanggup membunuh!!!
Maka saya menyeru anda semua, berhati-hatilah selalu, bertanya dan mendalami ilmu agama supaya tidak menjadi orang yang sesat. Jika tidak.. tiadalah peribahasa..

“malu bertanya sesat jalan”

p/s: jauhi diri dari menjadi orang yang sesat lagi menyesatkan.

0 komen dari pembaca :

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template