Wednesday, August 11, 2010

solat sunat tarawikh vs tazkirah : eh cik kak..nak ke mana tu???

solat tarawikh
     
vs

tazkirah
Assalamualaikum.. alhamdulillah..
bertemu juga kita dengan bulan Ramadhan...
hari ini hari pertama puasa..... !!!jadi.. berniatlah~~
 jangan lupa berniat di malam hari ye...
macam mana nak niat.. tahu kan?? kan?? kan??

oleh sebab kita dah mula berpuasa..
dari semalam lagi sudah mula solat sunat tarawikh..
buka je pintu surau.. woahh..
ramainya orang.. Alhamdulillah..
almaklumlah... malam pertama solat sunat tarawikh...(semalam)
penuh surau ini..
semangat la katakan...
bagus2!! harapnya sampai akhir Ramadhan pun begini la keadaannya..
harapnya tak berhenti mengunjungi surau dan masjid bila habisnya bulan barakah ini..
biarlah hati yang selalu mahu memakmurkan masjid dan surau ketika Ramadhan
terus istiqimah melakukannya di bulan lain..

Macam mana solat sunat tarawikh di tempat anda?
20 rakaat?? 8 rakaat??
tak kira lah 20 atau 8 rakaat.. jika kita sembahyang habis mengikut imam
InsyaAllah..(solat sunat tarawikh sahaja, solat sunat witir tidak termasuk) pahalanya sama seperti bangun untuk solat malam (qiamullail)
Di bulan Ramadhan, pahala solat sunat adalah sama seperti solat fardhu
jadi jom kita berebut tunaikan solat sunat dan tunaikan solat fardhu di awal waktu..

Di tempat anda mungkin ada tazkirah
sama ada diselangkan contohnya selepas 4 rakaat tarawikh
atau selepas habis solat sunat tarawikh
namun ada mentaliti dan pemahaman masyarakat
yang salah mengenai tazkirah dan tarawikh ni

tazkirah itu maksudnya 'peringatan'
walaupun kandungannya kadang2 kita dah tahu lama dah..
tetap dikira ilmu.. kita manusia selalu lupa.. sebab itu perlu ada peringatan
menuntut ilmu itu wajib
banyak dalil2 aqli mahupun naqli yang membuktikan bahawa menuntut ilmu itu
fardhu atau wajib bagi setiap muslim

contohnya:

"menuntut ilmu adalah kefardhuan bagi setiap muslim"

"tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad"

"tuntutlah ilmu hingga ke negeri China"

solat sunat tarawikh pula walaupun hukumnya sunat..
tapi banyak fadhilatnya..
jangan tertipu ye dengan fadhilat2 palsu yang dikemukan..
check kesahihan fadhilat tersebut pada yang lebih tahu..
jangan percaya semberono je..

sengaja mira boldkan solat sunat tarawikh dan besarkan tulisan tazkirah
ada mesej yang simbolik sebenarnya..
mira mahu menegur 'mereka' yang mengganggap mendengar tazkirah 
itu tak perlu dan hanya solat sunat tarawikh je yang perlu dikerjakan di bulan penuh barakah ini.

walhal, mendengar tazkirah itu lebih besar ganjaran pahalanya  berbanding solat sunat tarawikh kerana mendengar tazkirah adalah salah satu cara menuntut ilmu yang mana hukumnya WAJIB.





Jadi duduk, tunggu dan dengarlah tazkirah!!!



solat tarawikh boleh buat di rumah, tazkirah siapa nak bagi???

bagi wanita tak perlu tergesa-gesa lipat telekung
untuk tapau moreh yang tinggal
InsyaAllah ada rezeki masing2
bagi lelaki buat apa cepat2 balik ke rumah
capai kunci motor dan blah..
lelaki kan pemimpin bagi wanita..
perlu lah isi ilmu di dada
moga dapat memimpin keluarga supaya tehindar dari api neraka..

p/s: selamat berpuasa, moga hasilan lelah berpuasa dan menambah amalan dapat
menjadikan diri kita seorang hamba yang bertaqwa, Ameen~~

11 komen dari pembaca :

PinQib said...

wau.. nasib ak dengar tazkirah td. alhamdulillah.. :):)

iqbalsyarie said...

Yeaaayyyyhhh..saya baru teringat mahu bercakap benda yg sama.Tapi kamu dah tulis..tersangat bagus!!!TQ,,bagus sgt2!!

Benda wajib dan benda sunat,jauh bezanya..utamakan yg wajib ;)

Bulan puasa kita perlukan makanan rohani,kan?Mind to eat? :)

OrenLimau said...

i like this~!
betul..tazkirah adalah penting.
Hati kita perlukan perkara-perkara macam ni

Anip™ said...

huh!..bawa maksud yang mendalam..
tp x semua tmpt ade tazkirah kn..
aku rse yg sebok moreh budak kcik..hahah..mcm aku kcik2 dulu..heh

Fyzal said...

at my place, tazkirah selepas solat isyak before mula teraweh. :)

HiJaBViOLet said...

saya juga setuju!! time tazkirah jgan nak lari..walaupun bukan ustaz fevret. tak gitu oren?? hehe
selamat beribadah semua

Khairul Azmi said...

bagus3...
sama2 tingkatkan maal ibadah di bulan ini....

モハマヅ ブッカリ said...

nak dua2 sekali..!!!!

selepas solat terawih 8 rakaat ader tazkirah kite ptt dgr buknnye lari balik..
kite ptt smbung smpi 20 rakaat(^^;)

kalo rajin wt la tadarus (^^:)

amira said...

ye.. semua.. thanks for your comment.. jangan melebihkan yang sunat dan membuang yang wajib.. pandai2 lah beza.. huhu

f a z z y said...

selamat berpuasa dear ~

amira said...

@fazzy: selamat berpuasa~~

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template