Sunday, September 12, 2010

Lalu je la setan

ini bukan entry emosi ke apa...dan entry ini bukan bertujuan untuk marah sesiapa... sorry, kasar bahasa pulak nampaknya entry kali ini... sebelum nak marah mira balik... sila tengok gambar di bawah dengan teliti

ish..ish ...ish.. anak siapa la 'gatal tangan' buat vandalisme seperti ini.. nasib baik posmen tak sesat nak hantar surat.. tapi
kalau orang tempat lain datang, lalu dan tengok.. malu rasanya mempamerkan perangai ntah hape macam ni.. inilah salah satu faktor industri pelancongan payah nak berkembang...tak boleh tengok benda elok.. semua nak bagi rosak!


dah hari ketiga raya ini.. berapa rumah dah pergi???.. mira harap.. masing-masing ada semangat nak ziarah rumah orang lain.. jangan asyik duduk depan TV je.. tak pergi bersosial(ok.. ada had dan batasnye ye)..waktu inilah nak rapatkan silaturrahim sesama sanak saudara dan rakan taulan...


bila di bulan Ramadhan .. syaitan semuanya diikat, tinggal godaan nafsu sahaja... rasa lebih senang nak beribadat... tenang je.. (baguslah kalau semua rasa macam ini)
tapi sekarang..kita dah raya..syaitan dah lepas bebas,.. 

mampu ke kita cakap pada syaitan-syaitan tu.... "lalu je la setan"
tanpa tunduk pada godaan syaitan.. sedang iman nipis dari sehelai kertas..
mampu ke kita cakap pada syaitan-syaitan tu.... "lalu je la setan"
kalau anda wanita muslimah tapi mendedah aurat seolah-olah memanggil maksiat datang
menjadi rakan subahat syaitan yang bertepuk tangan melihat pendedahan aurat tersebut..
mampu ke kita nak cakap syaitan-syaitan tu... " lalu je la setan" ..
jika kita raya-raya ni, pergi konsert, duduk depan Tv dengan menonoton rancangan yang wanitanya mendedahkan aurat, hiburan tak menjana minda serta lawak jenaka tak berilmiah...membazir masa!

sureDosa atau jomDosa? 
image credit to muhtarsuhaili

rasanya... kita masih lagi tak mampu nak buat "setan tu lalu je"..tak kacau kita
mira tulis ini.. untuk ingatkan diri sendiri juga.. bukan sekadar mahu berkongsi apa yang mira fikir...
papepon.. selamat beraya ye..

2 komen dari pembaca :

touya said...

kuatkan iman , kuatkan iman , kuatkan iman

Azmi said...

wah dah banyak perubahan kat blog mira ni...mira ajar la macammane nak buat menu kat bahagian atas blog tu macam mira buat...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template