Tuesday, September 21, 2010

Malware yang perlu dikenali

Definisi:
Nampaknya masih ada yang tak berapa nak faham apakah malware sebenarnya..
sebenarnya ia adalah singkatan dari malicious software atau
malicious + software = malware


Tujuan:
Just for fun... orang yang study pasal virus ni mungkin sengaja cipta malware nak test power tentang apa yang mereka belajar, sebagai prank atau nak tengok sejauh mana malware ini boleh





tersebar. Contoh waktu 1999,  Melissa Virus tersebar luas tapi tujuan sebenar nak prank je.


Bagaimana ia bertindak?
Malware mempunyai 'malicious code' termasuklah virus,worms, dan Trojan horses. 
Di dalam konteks situasi masalah blogger sekarang, sama ada blog tersebut menjadi direct host yang malware yang menyebarkan virus, worm dan Trojan Horses atau blog tersebut menjadi perantara kepada 'host malware' itu. Pengunjung blog tersebut mungkin akan diserang oleh virus, worm dan Trojan yang sedang disebarkan dan terus menyerang komputer dan menyerang pengkalan data anda.
Malware juga boleh tersebar melalui e-mail. Oleh itu, jangan buka e-mail dari sumber yang anda tidak kenali atau percayainya.


Kerosakan:
Laptop anda akan mengalami 'kecederaan ringan' yang lama-kelamaan bertambah parah atau terus 'serangan maut'.
tambahan info dari malek ku : info-info privasi anda boleh di hack terus dari komputer anda...jadi bertindak sebelum terlambat.


Bagaimana untuk mengesannya?


Browser Google chrome dan mozilla akan keluar page warning dan warna merah dan menyatakan punca malware dari mana malware itu datang. Sebagai pengunjung dinasihatkan untuk 'shout out' supaya tuan blog tahu tentang kehadiran malware tersebut. 


warning bila menggunakan Mozilla
warning bila menggunakan chrome

Langkah-langkah yang perlu anda lakukan:
1)Bagi semua surfer internet yang tegar, adalah dinasihatkan menggunakan anti-virus jenis internet security dan selalu update, serta buat full scan untuk laptop anda. langkah ini adalah bertujuan untuk anti-virus alert dengan list malware yang baru dan cepat bertindak untuk membanteras malware. (so, lebih baik pakai lesen dari free)
ini anti-virus yang sedang mira gunakan
*nak murah.. beli je yang tiga user, mira beli pada senior.. harga boleh tahan la.. (haha.. sempat promote lagi)

2) Bagi blog perantara sumber malware (maksudnya anda bukan host) , sila buang apa-apa element dari blog host tersebut samada banner mahupun link. Jika anda menggunakan master linky widget, hanya log in ke akaun tersebut dan delete link tersebut dari akaun master linky anda (jadi tak perlu buang widget itu). Buang juga link tersebut dari blogroll atau bloglist anda.


 Bagi blog host malware pula (sila buat tambahan rujukan lain juga ye), stepsnya: 



1)Scan PC anda dan pastikan tidak ada Trojan atau virus. Clear save password dalam browser dan tukar semua password anda ke akaun-akaun di internet.

2)Maklumkan kepada  perkhidmatan webhosting anda (blogger, wordpress) yang site anda telah dihack supaya mereka dapat membantu anda menetukan part atau file apa yang dijangkiti. Seterusnya membantu anda untuk membuang malicious code tersebut.

ATAU


3)Anda akan perlu meninjau semua halaman anda untuk membuang kod berbahaya.
Bagi yang mahir tentang code, lihat bahagian yang terakhir yang telah diubah di blog anda dan kenalpasti code tersebut kerana kemungkinan ada malicious code di situ supaya dapat melihat berapa banyak bahagian anda telah dihack.




p/s: harap info-info ini membantu


further reading : source 1
                       source 2
                   source 3


informasi lanjut boleh la google sendiri.. MySpace

15 komen dari pembaca :

FloEllen said...

wah..secara terperinci ni boss...good info..ellen just buat n3 pasal apa yg ellen takut..tak nak bagi tutorial ehh..thks ya

Anip™ said...

baru ku tahu ape itu malware..heheh

Malek Ku said...

malware juga sekarang digunakan oleh havker untuk ambil maklumat dari komputer...hanya dgn menggunakan malware...harap maklum

Adam said...

paling bahaya malware yang menyebabkan data² penting seperti password dan juga no kad kredit.

Atsuko Ichirou said...

jahatnye sape yg wt virus tu...

syafiq.net said...

bagus penerangannya. Act malware banyak pecahan didalamnya antaranya yang mampu untk ambil data macam kata malik.
Tapi kini malware pun boleh buat duit. Adware.

hamzah ian said...

lu mmg bagus woo.. tak mcm gua.. har har har

Mario said...

wah,,,dah complete ni...takyah google lg...thanks yer...

PinQib said...

so x bahaya rr?

Latest entry di:

Manisnya!
Tahi makanan ruji

PinQib said...

ak gune google chrome gaj]k =)

adda said...

thanks ye.. mmg detail abis. tp agak faham n tak brape faham. so farrrrrrrrrrrrrrrrrrdh buang semua kod (hopefully laa..) t tunggu ni sama ada ada lagi malware ke ida

dnoBiz said...

saya pun pakai atv kep gak,
dulu blog penah kena macam ni, biasanya terjadi pada fail css dalam blog,(terdapat scrip pelik yang diletakan dalam file css)
cara mudah nak ngelak benda ni ialah jagan sesekali biarkan window untuk remamber password untuk ke blog atau ftp, dan rajin rajin la ubag password anda, harap membantu

Azmi said...

mira azmi beli laptop dah ada antivirus mc Afee 15 bulan..aritu dah cuba nak install internet security tpi kena uninstall antivirus dulu...so azmi cancel....

.aira. said...

complicated gila. baru tahu malware tu hape. haha, thanks. walau tak brape nak paham, atleast nanti boleh jadik rujukan ! :)

kusut said...

hehe malware ni macam kegatalan pada kulit. bile sikit takpe. bile dah terlalu banyak kene pegi jumpe doktor jugak la. jangan sampai jadik kurap

bagus post ni. *thumbs up

sekarang ni banyak org rekomen utk 'off' kan malware blocker kat browser masing. silap besar tu. jgn jadik selfish dan jadi penyebar malware.. biapun tak merosakkan pc kita, tapi kita mungkin infect server yg kita visit n menyebabkan kerosakan

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template