Tuesday, September 7, 2010

RM20 upah gelintir memakmurkan balang

"mirahhh!!!!!" laung opah dari dalam kereta..kelihatan mak uda di sebelah menjadi driver..
"ada apa opah?" tertanya-tanya la den kenapa namaku dipanggil sebegitu setelah berlari-lari menghampiri kereta..
"nah..kongsi 3 orang..." kata opah sambil menghulurkan 2 not merah..
"untuk apa ni opah?" konon buat tanya.. tapi tangan ambik juga huluran rezeki tersebut..
" penuhkan balang opah tu ye.. kuih2 yang kamu buat tu"... opah senyum sengih2..
" ha... mak uda pun sama..buat kuih banyak2.. isi dalam balang nanti bagi mak uda..." mak uda menokok tambah..

aiseh.. terpaksa di-yes-kan aja larh.. selagi tak melanggar syarak kena turuti insan-insan ini..siap dapat upah lagi.. nak kena buat jugak..
rakan2 semua dah siap kuih raya?
okeh.. kuih tunjuk konfem ada.. tapi kuih buat.. semua ambik yang senang jer... jom tinjau...

1) kuih makmur/biskut makmur/ kuih arab/biskut arab

tak makmur lah takde biskut ni di rumah mira..
tapi tensi kalau buat sebab penat gelintir jadi bulat..semalam buat lepas terawih sampai tak sedar kepala atas meja.. tersengguk!!!

bentuk .. bulat je lah senang~~ ok.. buat pengetahuan anda... kuih makmur mak buat memang best..sampaikan orang suruh mak jual.. tapi mak tak jual sebab tak larat nak gelintir.. ( sapa lagi nak puji jika bukan anak sendiri)

mak buat bancuhan kuih makmur... kalau mira.. er... takot tak sedap~~
kuih makmur yang dah siap.
senang je...pejam mata boleh buat.. hatta yang tak berapa pandai ICT pon boleh..asalkan boleh membaca blog mira ni ..hehe.. gurauan melampau ke..?? harap maaf.. dah nak raya ni..

resepi
bahan2:
a.tepung gandum  1kg
b.minyak sapi      500 g
c.gula castor       250 g (bancuhan tepung)
d. gula yang dikisar ( guna selpas dibakar)

Cara: bancuh je bahan a,b, c... minyak sapi tu kena tengok gak.. takut terlembik sgt..
suhu oven.. kira2 160 darjah celcius
masa: 15 minit...
(dinasihatkan buat percubaan dulu k.. takot tak cikup masak ke,, hangit ke) oh ye...kecoh pasal minyak sapi tak halal..cari la alternatif lain ok.. banyak je jenama orang Islam buat.. cari..cari carilah~~

inovasi... buat bentuk love pulak..
bentuk love pon sodap!

2) biskut mazolla
biskut kedua yang senang..makan ni pon best gak.. x sedar sudah telan 50 biji..hehe

bahan-bahan:
a.1 kg kacang tanah yang telah digoreng dan dikisar
b.1 kg tepung
c. 1/2 kg gula
d.minyak mazolla
e. garam secukup rasa.. (sesudu ke)
f. telur (untuk disapu atasnya
g. sebarang hiasan..cadangan.. manik warna-warni

cara:
1.bahan a-e dibancuh
2.telur disapu setelah bentuk2 yang disukai ditekap
3. hiasan diletak setelah telur disapu
4. bakarlah pada suhu 160 darjah celcius dalam tempoh 12 minit.
berus hikmat untuk sapu lapisan telur
gambar di atas tipu saja ok.. hehe.. nanti semua yang makan keracunan sebab berus tu dah digunakan untuk cat dinding, pagar serta sewaktu dengannya..sila bayangkan..ahaks~~ jangan sekeh plez..

craving tak.. haha.. nak mai la rumah raya ni

3) kacang botak
kacang botak~~ ini satu lagi kacang untuk ngup-ngap bila bosan..lepas berbuka okeh~~

bahan:
a.jintan manis
b. jintan putih
c. lada hitam
d.cabai kering/ cabai burung
e. garam
f. kacang tanah (basuh dan ditos)
g. telur
h. gula halus

cara:
1.bahan a-e ditumbuk hingga halus.
2. 2 cawan gula halus dikisar bersama 2/3 biji telur dan bahan yang dikisar tadi
3. ambil 2-3 sudu bahan yang dikisar tadi dan kacau bersama dengan satu hingga dua genggam kacang tanah.
4. goreng kacang tanah tersebut (jaga2 jangan hangit)

yang ini dah di'hangit'kan oleh adik
*hangit sebab adik mira gorang sambil baca komik lawak kampus.. pastu boleh plak dia gelak.."kik kik kik"
siap rekemen kat mak suruh baca komik tu... (sekeh gak adik aku ni)

hehe.. selamat mencuba resepi-resepi.. selamat menyambut hari raya.. manfaatkan ramadhan yang masih berbaki ini dan  jangan lupa
kalau nak rasa kuih2 tu tadi mai rumah ok..

setelah siap kuih-kuih tersebut dimasukkan ke dalam balang berkenaan
pembantu amal sepuluh minit

4 komen dari pembaca :

Azmi said...

bestnya lau dpt buat kuih macam ni..xberpeluang la...

iqbalsyarie said...

Oh..mcm ni upanya..tahu makan jew,baru tahu nama!hehehe

Entry Baru
-Wajah baru: Bayyinat
-Aku bukan Yusuf!
-Reaksi balas kepada Ramadhan.

Anip™ said...

sedap lak tgk kuih nie..hehe

diana said...

biskut mazola tu
kegemaran akak tu..
bubuh kacang lebih..
sedap!!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template