Wednesday, September 8, 2010

tikus mondok kepala tobek

IPOH- Tikus mondok telah dikesan pada malam semalam menghendap-hendap di sebalik tirai tempat simpanan kuih raya. Beliau telah ditangkap oleh mak dalam keadaan sedang memegang balang biskut/kuih semperit sambil mulut penuh mengunyah biskut/kuih semperit dengan posisi mencangkung. Kejadian tersebut sempat disaksikan oleh
penulis sendiri. Mak menyatakan perasaan kesal beliau terhadap perbuatan tikus mondok itu. "Habislah takde kuih raya nak jamu orang nampaknya"." Bancuh air je la kalau kawan-kawan dia datang", Mak mengalah pasrah.
Setelah disiasiat, pihak yang tertarik dengan kes ini (sayalah) mendapati tikus mondok yang berkain pelikat itu akan hanya menjalankan operasinya pada waktu malam. Adalah dinasihatkan kepada orang ramai untuk berhati-hati terhadap serangan tikus mondok yang menambah bajet raya anda. Sekian, dimaklumkan.

hanya scene ini dapat dirakamkan
anda ke tikus mondok itu?? hah.. sengih lagi,, sah!!!

8 komen dari pembaca :

Aku Tom.Bukan Jerry. said...

haha sama lah kejadian kt cni! :D

iqbalsyarie said...

Tak paham!tikus ke orang?

diana said...

memang bahaya la
serangan tikus mondok gini..
kalau dia makan sikit je untuk rase tak pe gak..
tak dan nak raye gamak nye..
tak pe..
kalau kawan2 tikus mondok tu
datang nak beraya nanti jamu biskut kering je la..
hehehe..

Wan_hazel said...

salam lebaran...dkesempatan nie wan nak ucapkan salam kemaafan ..selamat hari raya...maaf zahir dan batin..ade ke batin??hhehe..

Wan post kat ruangan komen entri ..so tak kan hilang...salam aidilfitri..

GaDis CoMeL said...

tikus mondok kepala hitam. haha.

Anne Boleyn said...

hakhak. kelakar lah. came tikus mondok ley pakai kain pelekat. kuikuikui. :p lepastu ape jadi kat tikus mondok tersebut? c(:

Aretikz said...

Apa salah si Mondok? Napa bukan Si Belanda? Har3x~

Anip™ said...

hahah..kelakar jer aku bace..

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template