Tuesday, October 5, 2010

Malu pada kucing kotak itu...

Dato' Dr Hj Mohd. Fadzilah Kamsah pernah kata...
kalau you all stress.. salah satu cara ialah bela binatang..
sebab apa? binatang senantiasa berzikir memuji Allah tak kira siang mahupun malam...
seperti dalam firman Allah

”Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.” (Ar Ra’d : 28)


tapi kalau bela binatang, kita tak berzikir pun kita tenang?
itulah.. malu kita kat makhluk Allah ni.. dia berzikir.. tapi kita 'tumpang' je zikir dia..perasan tak, hati kita akan tenang gembira bila bermain dengan haiwan peliharaan kita? 



sedar tak sedar.. kita pandang haiwan sebagai haiwan.. 
namun merekalah unsur alam yang kita boleh pelajari darinya..
mereka tok guru.. tapi kita tak berfikir... 


tadi ada seekor kucing naik ke aras saya.. di mulutnya.. dia menggonggong anaknya.. nampaknya anak kucing itu baru je beberapa hari dilahirkan.. mat masih tak buka.. kaki masih tak kuat untuk berjalan.. bila kucing itu nampak je saya.. dia meletakkan anaknya..lalu terus bergegas ke arah saya mengiau meminta makanan.. mungkin lapar sebab letih bersalin..
namun saya rasa bersalah kerana tiada makanan sesuai dalam simpanan saya untuk diberikan kepadanya.., saya tiada, tapi mungkin kawan saya ada.. lalu saya pun memanggil rakan saya yang sukakan kucing..


hampa.. mereka juga tiada stok makanan yang sesuai.. tapi ibu kucing itu seolah-olah faham situasi kami.. kucing itu baru melahirkan tiga ekor anak..
sebab ke-tiga2-nya masih belum boleh berjalan, rakan saya meletakkan 3 ekor anak kucing itu dalam sebuah kotak kasut...
saiz kotak kasut itu tentunya hanya muat untuk anak-anak kucing.. ibu kucing hanya duduk di luar...


kotak kecil itu tak jadi halangan untuknya menyusukan anak.. seboleh mungkin dia 'memuatkan' dirinya dalam kotak itu.. demi anak-anak kucing tercinta..

cramped in the small box

Pengorbanan kucing itu buat ku terfikir.. aku mampukah berkorban keselesaan aku demi insan yang kusayangi, demi tanggungjawab dan amanahku kepada negara dan bangsa tanah air tercinta.. apa pun.. tabik spring kat kau ibu kucing...!!!!








5 komen dari pembaca :

Aretikz said...

Tidaklah Allah menjadikan sesuatu yang sia-sia melainkan untuk kita berfikir (^_^)

~qiFFara~ said...

ak pon terase insaf seketike tgk mak kucing tu...

d_tieah said...

Yup..
Kalo kita baik dgn binatang, binatang tu akn doa utk kite gak..
Aku x sk sgt kuching..
So, aku pelihara ikan..

diana said...

akak baru nak ilangkan sedih pasal
kucing ni..
bace entry mira ni
lagi la buat akak sedih..
semalam ade kucing liar beranak...
dia tumpang tepi rumah akak..
tapi dia tak bagi tengok anak dia..
akak dah tertengok la..'dia bawak lari..
petang semalam anak dia tu mati..
dia tunggu je anak dia tu.menangis mungkin....
nak ambik tanam dia marah..
sedih betul sampai maisara tanye..
ibu,,awak sedih ke???

Mario said...

nnt dah jadi ibu nnt...tau le...pastikan akan berkorban jiwa raga...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template