Sunday, October 17, 2010

Pameran lagi dan jumpa kembar si adik!


SK Kampong Setar sudah menjadi sekolah angkat kepada kampus mira ni..
Jadi..buat julung-julung kalinya, sekolah tersebut mengadakan Minggu Sains.. kelas mira diminta untuk buat pameran di sekolah tersebut. Sekolah itu adalah sekolah kurang murid.. mungkin sebab lokasinya yang jauuuuuuuuhhhhhh nunnn ke dalam tu hah! Bas yang bawa kami pagi tu tak boleh masuk.. jalannya kecik je.. Kalau jalan kaki.. mungkin boleh kurus sikit..tapi kami tak jalan kaki, ada juga yang ambil kami dengan kereta
untuk bawa kami ke dalam..tak sanggup lah.. nanti tinggal tulang je pulak.. susah..! haha..
 Seriau rasanya walaupun duduk dalam kereta.. kalau ketepi seinci dah masuk bendang.. fuhh!! Memang tarik nafas legalah bila dah sampai sekolah..

Dah masuk je sekolah.. kami terus ke tapak pameran (dalam kelas) Siap-siapkan apa yang patut…
Hari tu mira ada cerita yang kami buat paper-copter kan? Ha… tak buat yang tu dah..bosan pulak rasanya.. mira dan seorang lagi rakan (namanya Sakinah) team up buat table lain untuk pameran kali ini..
Ada dua aktiviti yang bertajuk  “TELUR SI PENERJUN” dan satu lagi “SAYA TERSEPIT” (haaa.. yang ni mira yang handle) tak larat pula nak cerita banyak-banyak.. jom tengok gambar!

Aktiviti pertama.."TELUR SI PENERJUN"
 
Rubber eggnya tak masuk frame la pulak! tak siap set-up lagi sebenanya..
macam mana aktiviti ni sebenarnya?ok jom tengok video

Dan ini yan lagi satu... "SAYA TERKEPIT"
lupa nak kepit duit tu.. heh!
 caranya~~

Ramai ooo yang datang,. Bukan   budak sekolah tu aja.. tapi ramai lagilah! Orang-orang kampong, cikgu-cikgu kat situ, ibu bapa semuanya datang memeriahkan booth kami.. nak ambil gambar banyak memang tak sempat sebab melayan pengunjung yang datang.,. lagi-lagi anak-anak sekolah yang seronok mencuba…siapa yang mai cuba, untuk kanak-kanak kami beri gula-gula.. untuk dewasa pulak.. kami beri penanda buku.. ok lah kan? Yang umur tengah-tengah datang tengok sajalah! Hehe.. tak la.. bagi gula-gula jugak la..

Tengah syok melayan kerenah pengunjung..Tiba-tiba ada seorang murid ni datang dengan suara serak-serak basah 

“cikgu, saya nak cuba”                               
Tanpa pandang pun muka dia, den jawab,” ha…. mai adik..mai,mai cuba mai..tak jatuh botol tu.. cikgu bagi hadiah” dan.. den angkat muka den untuk tengok pemilik suara tersebut…

Sekali pandang..eh.. pandang sekali lagi..terbeliak biji mata den..
Nasib baik tak terpacul soalan..”hoi.. apa ijat buat kat sini..”cepat-cepat kesedaran bawah normalku datang balik.. bila masa pulak adik aku sekolah kat sini.. tang! Tang! Ketuk kepala sendiri.. huhu
kembar adikku.

adikku yang sebenar dan sah bukan klon lagi


Muka diorang sama tak..
Ke terperasan sendiri sebab penyakit rindu dah datang ni…
Alahai hati yang meronta mencari damai.. bertabahlah!
p/s: dalam pertimbangan.. nak balik ke tak ye minggu ni? Exam dah dekat ni..
er...tutorial tu tak siap juga lagi.. banyak sangat gambar nak bubuh rasanya.. akan cuba siapkan selewatnya hari Rabu..insyaAllah,,

16 komen dari pembaca :

Mario said...

mcm nak sama jgk tapi klu gambar adik tak pakai kopiah mungkin bole bandingkan dgn lbh tepat lagi...hehe

sonata anak kancil said...

nampak sama !

amira said...

@ Mario: huhu.. akde la gmabo takde kopiah..

@sonata anak kancil: sama kan?? huhu.. saya terkejut sgt hari tu

Azmi said...

memang sama la..kan kat dunia ni ada 7 org yg sma..betul ke??

Aretikz said...

Pergh.. Memang lebih kurang.. Nasib baik naluri kakaknya berjaya mengawal keadaan.. hehe..

hiro said...

back to school.

OrenLimau said...

Miahaha..celah mana dia pi jumpa pulak..neway,kepok lekor mmg best kt sana.haa

diana said...

subahanallah...
same la mira...
cuma dagu ijat je panjang sikit..

nur.sa said...

hampir sama dah. cuma tang kening, pic adik kat atas tuh lagi nipis..

krole said...

wuahhhh same r wak~heee...besa r dalam dunia ni ade 7 org yg sme ngan muke kta...wuahhh best2~

kyuubi said...

yelah.. mcm sebiji je.. tapi tak sgt kot.. huhu

Amirrah Zawani said...

ada jgk lah iras sikit2 :)

Un Phat Lee said...

tetiba je gua rase homesick.damn2.ehe XD

dnoBiz said...

betul la bro sebijik, nasik baik tak g pelok je terus kalau tak kes naya

iqbalsyarie said...

aktiviti2 tu saya mcm pernah buat juga.ingat2 lupa.hehee

btw, adik kamu comel :)

Mari menjadi manusia

PinQib said...

samer gilo...

Check out on these:!

Latest entry di:
Present
Lagu Nangis
Ciri bini idaman

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template