Monday, October 25, 2010

sudahlah aqidah sesat... tak mengaku sesat! nak menyesatkan orang pulak!

geram! itu yang mira rasa lepas tengok poster yang kononya 'berdakwah' tapi sebenarnya tak nak mengaku mahu meyesatkan orang lain...berleluasa pulak tu kat facebook.. siap buat blog lagi..ada ramai admin ye..? nampaknya ramai aja yang sesat nih!
apa posternya...? ni ha tengok kat bawah...
Edit Posts


Astaghfirullah..sudahlah belajar tentang aqidah.. tapi mahu menyesatkan aqidah orang lain dengan pandangan songsang... Tahukan anda tentang mu'tazilah? apa salah poster itu?
secara ringkasnya ini adalah fahaman aqidah yang songsang dari ahli sunnah waljamaah.. anda boleh baca bacaan berkaitan mu'tazilah di sini atau sini.

antara petikan artikel:
"Landasan Pertama: At-Tauhid
Yang mereka maksud dengan At-Tauhid adalah mengingkari dan meniadakan sifat-sifat Allah, dengan dalil bahwa menetapkan sifat-sifat tersebut berarti telah menetapkan untuk masing-masingnya tuhan, dan ini suatu kesyirikan kepada Allah, menurut mereka (Firaq Mu’ashirah, 2/832). Oleh karena itu mereka menamakan diri dengan Ahlut-Tauhid atau Al-Munazihuuna lillah (orang-orang yang mensucikan Allah)."
jadi secara jelasnya,mu'tazillah menolak sifat-sifat 20 itu.. 

ada juga komen seorang rakan di facebook mengatakan:

Imam Ibnu Asakir, Imam al-Khatib dan Imam al-Hafiz al-Mizzi meriwayatkan sebuah hadis yang berbunyi:

"Apabila akhir umat ini melaknat (generasi) awalnya, maka hendaklah orang-orang yang mempunyai ilmu pada ketika itu menzahirkan ilmunya, ses...unggunya orang yang menyembunyikan ilmu pada waktu tersebut seumpama seseorang yang menyembunyikan apa yang telah diwahyukan kepada (Sayyidina) Muhmammad SAW!!!"
Maka apabila lahir golongan yang mencaci dan melaknat para ulama' empat mazhab terdahulu yang mengikut generasi Salafus Soleh, apakah yang telah kita lakukan???
satu lagi perkara.. 'orang' itu mendakwa.. politik itu haram dalam Islam.. tidakkah beliau kaji..Nabi Muhammad S.A.W pelopor politik di Madinah dan membangunkan bandar itu..
bukan politik ke? so asasnya.. politik tu tak haram.. tapi bila agama tak jadi agenda.. sebab tu politik dipandang BUSUK!

mira nak nasihatkan.. jaga-jaga jangan taqlid aqidah semata-mata.. kaji dulu dan bertanya pada yang ulama yang benar-benar ahli sunnah waljamaah!
sekian~~

p/s hari in ke Yan lagi.

7 komen dari pembaca :

kusut said...

ish bahaya nye org yg rasa diri dia 'berkelayakan'. harap2 org yg baca blog/fb dia tu bleh bezakan yg betul and yg salah. bukan semua benda kat internet ni fakta yg betul

GaDis CoMeL said...

eee..takutnya dgn benda2 camni..senang2 je boleh pesongkan akidah

diana said...

akak percaya yang adminnye trdiri dari orang2 yang belajarnye tinggi..
tapi bila dah terlampau pandai dan terlalu banyak mengkaji benda yang salah ini lah jadinye..
fahaman nye bercampur antara betul dan salah..
lepas tu benda bercampur tu di sebarkan pulak pada orang ramai..
sangat bahaya..

Mario said...

oh...takde fb but thanks yer dgn maklumat ni...

Tina Farhana said...

macam2 dah jadi sekarang. umat akhir zaman...

Aretikz said...

Apa link Fb nya mira? Nak kono dorang ni.. ahakz.. Fahaman muktazilah.. fahaman yg berbahaya sekali.. mengeksploitasi isu bukan akidah dgn hebatnya.. lum lg isu lain.. huhu..

PinQib said...

astaghfirullah@
Latest entry di:
Happy Birthday, Angel
5 BE sekaligus? Wow, thanks nuffnang!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template