Friday, October 22, 2010

`wanderop`

"mira.. pak uda ko datang cari ko..katanya mak ko ada kat ICU!"
"hah! mana pak uda aku?"
"tu... kat luar tu.."
"ok.. thanks"

ICU?... kalau dengar acrostic tu sekarang ini rasa gerun sikit.. tapi waktu itu form 1.. mira masih mentah erti hidup dan mati.. Waktu itu.. setahu mira.. mak  nak bersalin.. tapi takkan kat ICU? dewan bedah dah penuh ke?
tak fikir panjang dah.. mira terus ikut pak uda balik... 
dah sampai Ipoh.. pak uda suruh tunjuk jalan pergi hospital.. tapi, memandangkan mira ni dulu buta jalan..lagi-lagi duduk kat asrama, perjalanan yang sepatutnya 10 minit jadi setengah jam!


sampai je kat pintu ICU, mira hampir tak dibenarkan masuk.. ye la..yang boleh melawat masuk ICU cuma mereka yang berumur 12 tahun ke atas je.. nasib baik umur waktu tu 13 tahun.. dapat juga masuk.. bukti kukuh? mira pakai baju sekolah putih kain biru tu ha,, hehe.. mungkin dia tak caya sebab mira pendek dan kecik je waktu tu... sekarang? jangan tanya,..

berat langkah terasa nak masuk ICU tu.. takut. kenapa mak ada kat sini? sampai di ruangan mak, mira tengok emak masih pejamkan matanya... panik, kaget, lihat keadaan mak waktu tu,. tapi mira yang naif (waktu tu la) tidak tahu mahu buat apa..hanya terdiam melihat wajah pucat mak...berdoa dalam hati moga mak cepat diberi kesembuhan dan kesihatan

mira cuba panggil dan pegang tangannya... sesekali mak cuba juga membuka matanya di bawah pengaruh ubat..
mak terlantar di situ rupa-rupanya kerana bleeding waktu pendarahan dan doktor terpotong salur kencing..parah! lagi pulak.. bleeding tu teruk sampai terpaksa buang rahim mak..rasa macam nak saman je.. tapi nasib baik hospital tu ambil tindakan pantas,, ye lah,, ini melibatkan nyawa tau!

ayah... walaupun dia risau, tapi dia cool je.. tak caya? sebabnya, dia masih teruskan tanggungjawabnya sebagai guru dan ustaz,.. pergi juga mengajar walau emak sedang sakit-sakitan..
ada yang marah..
orang lain: "isteri dah sakit macam tu ambik je la cuti"
ayah: 'kalau Allah nak ambil juga.. Dia akan ambil walau saya ada di sisi"

mira faham.. itulah konsep tawakkal.. kita sudah sehabis daya.. hanya pada Allah mampu berserah...kata doktor waktu tu.. chances mak hanya 50%-50% je..

adik baru? kesian dia... terpaksalah bawa balik ke rumah,..tak menyusu pun kat mak.. minum susu formula bayi je.. 
kerana mira tak mungkin dapat adik baru lagi.. mungkin sebab tu lah namanya Amirul 'Izzat Nasution bin Lukmal Hakim.. menjadi penutup kepada mira.. Amiratul Iqamah Nasution binti Lukmal Hakim..
______________________________________ 

"Kak!"..."ada duit tak"
lamunanku tercantas,, eh jauh mira mengelamun ye.. padahal tengah shopping ni..
"hah..kenapa..?nak beli apa? " soal mira kepada 'izzat, dah macam polis lagak mira..
sambil bercekak pinggang lagi..
" ala... tu ha.. nak.. wanderop"
"hah? wanderop? ape ke benda yang ijat mintak ni?
" tu...." menjuih mulutnya sambil menunjukkan ke kotak hijau perfume one drop
terasa macam cepat je masa berlalu.. aku yang dah tua ke atau dia cepat belajar..terdetik ayat touching tu dalam hati
ye lah.. dulu dari tak tahu apa-apa.. sampai la kenal perfume one drop tu...
seperti biasa jawapan aku..
"kakak tak bawak duit la izzat..."

p/s: izzat.. kau tahu cerita ni tak?

kakak balik waktu raya haji je la ye.. sob3

3 komen dari pembaca :

diana said...

sedih pulak akak bace cerita ni..
huhu..
amboi..dah pandai nak beli perfume..
ade gepren kat sekolah apa....???
heheh

Aretikz said...

Macam cerpen la pula.. hehe..
Pemikiran makin up kan.. semoga dgn pmikiran kita yg mkin up tidak terpesong dri spatutnya..
Apapapun.. pesanan tuk adik mira.. len kali pesan kat kakakmu bwa duit awal2.. ahakz..

OrenLimau said...

alololo..hahhaah
comel2~!
laaa..x sangka upanya makcik salmah pernah melalui keadaan mcm tuh.
huhu..alhamdulillah semua selamat. :)

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template