Tuesday, November 30, 2010

gelak sakan di petang hari~

6 komen dari pembaca
Petang-petang yang hujan kerana merajuknya si awan cumulonimbus..jom layan lagu-lagu lawak kat bawah.. HAHAHA



ada lagi kat bawah nun.. kena tekan READ MORE. (oh tak tahu kenapa dia tak appear kat main.. tekan READ MORE ye..

Memaksa itu melemaskan.

8 komen dari pembaca

Pernah jumpa yang suka paksa-paksa? tak kira lelaki atau perempuan.
Minta tolong, tapi berkali-kali memaksa. Bagi yang tahap kesabaran tinggi mungkin ini perkara remeh,namun bagi orang yang cepat naik darah macam saya , teramatlah rimas diperlakukan sedemikian. Hati yang mula-mula ikhlas pula tercemar dek minda dan emosi yang tersesak.
Sehinggakan 'termarah' lah kepada orang yang meminta pertolongan. Nah, bukankah itu juga satu faktor menyumbang kepada pergaduhan?

Meminta tolong kepada orang  lain bukanlah sesuatu perbuatan yang salah, tapi biar betul caranya. Sabar, itu

Monday, November 29, 2010

Picture Of My Life Contest

10 komen dari pembaca

Contest ini Azmi yang tag.. Sori ye..lambat sikit baru boleh join. Contest ini dianjurkan oleh Aretikz. Jadi jangan segan-segan ke sana untuk melihat terma dan syarat-syaratnya.



Hari itu kelam kabut. Tapi Alhamdulillah, dapat juga tiket untuk ke Sungai Petani. Tersandar aku keletihan di kerusi empuk bas Sri Maju. Aku terperasan, ada yang tiba-tiba turun dan pindah ke bas sebelah. Untuk apa? Aku tidak pasti. Seperti perjalanan terdahulu, masa yang diambil mungkin hanya tiga jam sahaja. Aku yang seringkali keseorangan tertidur. Sesekali terjaga untuk melihat pemandangan sambil mengjangkakan durasi perjalanan yang tinggal.Hurm... tak sampai lagi. Lantas..mataku yang kuyu meneruskan hajatnya untuk tidur. Tiba-tiba tersedar... "Eh!.. apasal pelik semacam je jalan ni? Kenapa naik jambatan pulak?" Aku

Sunday, November 28, 2010

KAWAII GADGET'S CONTEST

6 komen dari pembaca
Cik OrenLimau telah tag saya dengan contest ini..
thank you ye.. nasib baik saya sempat juga buat..
almaklumlah sibuk kononnya.. nak kata ada rumah nak kena jaga tak juga..
mira pon tak tahu kenapa boleh sibuk, eheehe...
ok... di bawah ialah banner contestnya.. come lote.. I like.. hehe
nak tahu macam mana nak masuk serta syarat-syaratnya? sila lah ke sini


Dengan segan silunya saya memilih lagu ini.. auuwwww~~

Saturday, November 27, 2010

Tingginya darjat suami yang minta maaf

10 komen dari pembaca
Entah ribut apa yang adik.. adik keluarkan semua buku-buku dalam almari..
katanya nak susun.. tapi sampai sekarang tak setel lagi..
huhu.. biarlah.. ~~ jadi ..sedang mengemas.. terjumpa majalah Anis yang lama (Ogos 2005)..
mira tertarik dengan artikel yang bertajuk "Tinggi darjat suami yang minta maaf"
so.. mira nak kongsilah kat sini~~
"Tidak jatuh keegoan seorang suami jika sekali-sekala meminta maaf dengan isteri dan mahu menerima pandangan isterinya secara berdepan. Semua ini akan lebih meninggikan darjat suami. " kata Ustazah Datin Hjh Rusmiati Harun.
Katanya, seorang isteri pula akan merasai satu nikmat yang paling besar dalam hidupnya apabila suami tahu menghargai dan menghormati dirinya. "Dia akan lebih bersungguh mencurah bakti kepada suami," jelasnya lagi.
Mira setuju sangat... ye lah.. bila lelaki selalu minta sekali-sekala minta maaf.. perempuan yang nak marah pon paling tidak sejuk hati.. ye dak..? Barulah aman damai rumah tangga...

Thursday, November 25, 2010

Terlalu Berterus Terang

8 komen dari pembaca
Berterus terang dalam segala hal mungkin majoriti orang akan anggap ini perkara yang baik..
tapi bagi mira.. itu satu beban..
sebab pe.. mira tak pernah tinggalkan first impression yang baik kepada orang lain..
haha.. entah kenapa..muka segini cun dianggap sombong dan garang hehe..
entah,.. mungkin disebakan terlalu berterus terang dengan apa yang suka dan tak suka.. ..
itu jadi penyebabnya..
kalau bukan verbally pun.. tengok mimik muka pon dah cukup..
adoi~~

Wednesday, November 24, 2010

Rahsia orang dulu kala

3 komen dari pembaca
Hairan kan orang dulu-dulu.. takde hospital dan klinik..
tapi ada je cara diorang untuk cari ubatnya..
rupa-rupanya banyak ubat diorang sumbernya dari alam semula jadi..

pagi tadi mira pergi melawat Taman Herba,Simpang Pulai..
tiket masuk berharga RM 2 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak 13 tahun ke atas.

Taman Herba

5 komen dari pembaca
Menghilang lagi.. huhu.. sori sangat.. pagi tadi baru pergi Taman Herba..
Taman Herba tu dekat Simpang Pulai..
bila masuk kena bayar RM2 untuk dewasa
dan RM1 untuk kanak-kanak 13 tahun ke bawah..
keluasannya fuh..... 22 hektar..
tapi kami tak sempat la nak jalan semua..
cuma sempat pergi ke Laman Warisan 1& 2
dengan laman  aromatik..
banyak yang kami belajar kat sana..
kadang-kadang tak sedar pun tumbuhan tu sebenarnya boleh buat ubat..
padahal tepi pagar je...

mira sempat la capture beberapa gambar...huhu.. jom tengok

Wednesday, November 17, 2010

slowmation video

6 komen dari pembaca
Kurikulum akan datang bakal menyaksikan perubahan dalam pengajaran dan mediumnya..
penggunaan teknologi tak dapat dinafikan lagi.. power point, word, excel itu sudah semestinya dikuasai..
Jadi tidak hairanlah jika slowmation video nanti akan diterapkan dalam kurikulum sekolah rendah.


Apa slowmation video ini sebenarnya?

Slowmation merupakan satu kaedah untuk mempersembahkan idea yang difahami dari segi video yang tempoh masanya antara 15-30 saat sahaja.
Di dalam pengajaran..penggunaan slowmation boleh melibatkan tiga fasa

Tuesday, November 16, 2010

menghilang secara misteri

6 komen dari pembaca
secara tidak sengaja saya telah menghilang secara misteri..
maafkan saya kawan-kawan..
saya bukannya sakit fizikal.. tapi TELAH berperang dengan bersungguh-sungguhnya
di dewan peperiksaan..
InsyaAllah.. saya akan mula mewarnai lagi dunia blogging ni..

p/s: rindu kat saya tak?

Saturday, November 6, 2010

pom! pom! pom!

15 komen dari pembaca
Sungai Petani, dua hari lepas- dua hari lepas dalam sejarah. Kedangaran bunyi mercum berdentum-dentum..
lepas satu.. satu.. tak berhenti-henti.. sehinggakan aku yang diulit mimpi indah terjaga dek dentuman ala-ala ada pertandingan gitu.. isk , biar betul.. raya Deepa pun main mercun ke?
nak halau apa... bukan tengah malam je.. tengah pagi pun bunyi.. ish3...
tak sayang duit betul..
Pom! meletup RM30
Pom! meletup RM100
Pom! meletup RM50 x RM10

Bagi duit tu kat aku pun takpe.. boleh buat kenduri arwah kucing yang mati semalam...


Friday, November 5, 2010

BE dan ME

6 komen dari pembaca

Lama tak update pasal nuffnang.. dan ini setakat yang ada... sekian

Thursday, November 4, 2010

anak merantau

5 komen dari pembaca
seawal umur 13 tahun, mira dah mula merantau ke tempat orang..*ala sekolah asrama je* semenjak tu.. tak pernah dapat tempat belajar yang dekat dengan rumah.. 
waktu sekolah menengah dulu tak la jauh sangat.. sejam je perjalanan.. 
duduk asrama la.. tu pun dah rasa macam
duduk kat negeri orang..
sambung belajar pulak.. pergi ke KL... last-last tercampak ke Kedah.. 
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template