Tuesday, November 30, 2010

Memaksa itu melemaskan.


Pernah jumpa yang suka paksa-paksa? tak kira lelaki atau perempuan.
Minta tolong, tapi berkali-kali memaksa. Bagi yang tahap kesabaran tinggi mungkin ini perkara remeh,namun bagi orang yang cepat naik darah macam saya , teramatlah rimas diperlakukan sedemikian. Hati yang mula-mula ikhlas pula tercemar dek minda dan emosi yang tersesak.
Sehinggakan 'termarah' lah kepada orang yang meminta pertolongan. Nah, bukankah itu juga satu faktor menyumbang kepada pergaduhan?

Meminta tolong kepada orang  lain bukanlah sesuatu perbuatan yang salah, tapi biar betul caranya. Sabar, itu
yang paling penting. Mungkin orang yang anda ingin minta tolong perlukan masa dan ruang bagi mencari jalan untuk membantu anda. Setiap orang , steps problem solving -nya tak sama. Mungkin juga terdapat beberapa kekangan yang menghalangnya untuk terus menghulurkan bantuan.

Orang yang diminta pertolongannya pula perlu mengukur kemampuannya terhadap permintaan tersebut. Jika permintaan tersebut di luar bidang kuasa mahupun tidak ada cara bagi anda untuk menolong, anda harus berterus-terang. Gunakan perkataan yang lemah-lembut supaya tidak terasa hatinya. Sebaik-baiknya , tolak permintaan dengan jujur supaya tidak pula timbul perselisihan di kemudian hari. Namun, jika kecemasan berlaku, usahakanlah juga untuk cari jalan penyelesaiannya.

Bila rambut sama hitam, tapi hati lain-lain, inilah masanya untuk belajar bersosial dan berkomunikasi. Bukan semua orang boleh tahan dipaksa-paksa.~~


P/s: tolong menolong amalan mulia.

8 komen dari pembaca :

PinQib said...

hehe..
sabar la wehhh

Azmi said...

tu lah dah la mintak tolom pastu paksa2 pulak..
azmi tak paksa kan??
haha..............

little black dress said...

jom lempang laju2 org 2...
hoho..
xde lah,
sabaq na yunk...
bo lyan i2 org if pakse2 kite..

░♥si lampu neon♥░ said...

TERAJANG JER

OrenLimau said...

wehuuuuuuuuu

princeduyong said...

ada mulut...cakap ketidakpuasan itu.... ada tangan...gunakan sebaiknya ada kaki....jangan terajang dia... bil hikmah...

pearl apple said...

tau tak pa..memang pantang aku orang mntak tlg cara paksa2 ni..if nk mntk tlg mntk cara elok..org nk tlg pun senang + ikhlas hati

NICK IRFAN said...

hehe nice entry... tolong menolong..

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template