Monday, November 29, 2010

Picture Of My Life Contest


Contest ini Azmi yang tag.. Sori ye..lambat sikit baru boleh join. Contest ini dianjurkan oleh Aretikz. Jadi jangan segan-segan ke sana untuk melihat terma dan syarat-syaratnya.



Hari itu kelam kabut. Tapi Alhamdulillah, dapat juga tiket untuk ke Sungai Petani. Tersandar aku keletihan di kerusi empuk bas Sri Maju. Aku terperasan, ada yang tiba-tiba turun dan pindah ke bas sebelah. Untuk apa? Aku tidak pasti. Seperti perjalanan terdahulu, masa yang diambil mungkin hanya tiga jam sahaja. Aku yang seringkali keseorangan tertidur. Sesekali terjaga untuk melihat pemandangan sambil mengjangkakan durasi perjalanan yang tinggal.Hurm... tak sampai lagi. Lantas..mataku yang kuyu meneruskan hajatnya untuk tidur. Tiba-tiba tersedar... "Eh!.. apasal pelik semacam je jalan ni? Kenapa naik jambatan pulak?" Aku
tertanya-tanya di dalam hati sambil  terjengah-jengah kepala melihat ke hadapan. Selepas dua minit keadaanku begitu, lantas fikiran otak logikku merumuskan..

AKU SALAH NAIK BAS! Aisey,, sememangnya hajat di hati nak pergi ke Pulau Pinang, tapi bukan begini caranya! Aku keseorangan dengan beg-beg berat yang perlu kugalas. Adoi!! Sampai saja di terminal, aku terus bertanya si pemandu bas. " Abang, bas ni tak pergi Sungai Petani ke?" "La,, kan abang dah cakap tadi, siapa yang nak pergi SP naik bas sebelah" Aku terdiam.. SAH! Aku salah naik bas. "Hurm, takpe lah bang, nak g SP camne?" Penerangan abang pemandu tu sebenarnya tak masuk pun ke dalam 'working memory'ku. Aku lebih resah dengan keadaanku yang berseorangan. Yang aku  ingat cuma aku perlu ke jeti, naik feri dan ambil bas dari Butterwoth ke SP. Aku mengucapkan terima kasih kepadanya dan aku keluar ke perhentian bas di luar terminal.

Setelah melepaskan lelah seketika sambil otak ligat berfikir, aku menyeberang jalan. Pada hematku, mungkin di situ aku boleh ambil bas ke jeti. Namun, selepas berkematu kakiku menunggu, rupa-rupanya logik akalku salah bila bas yang aku tahan membetulkan kembali haluan arah tujuku. Lalu, sepantas mungkin, kakiku melangkah kembali ke perhentian bas tadi. Resah, gelisah ditambah pula kerusi besi yang panas menyukarkan aku untuk terus duduk diam. Bas yang lalu di hadapan langsung tidak ku tahan. Buntu. Takut tidak sampai pula ke kampus. Otak kiri dan kananku masih lagi mempertimbangkan... "nak naik bas ke teksi?". Setelah 10 minit berlalu, tanpa berfikir lagi aku terus menahan teksi. Ahhh.. biarlah mahal pon, asalkan sampai. 

Pak cik teksi nampaknya mengetahui keadaanku walaupun dia hanya pandang sekilas. Ya! Aku sedang tersesat dan bersendirian. Pak cik itu berbual denganku membuatkan keresahan yang berdatang berkurang. Alhamdulillah, Allah bantu aku temui orang yang baik untuk aku keluar dari kekusutan ini. Sampai sahaja di jeti, aku mengikut aliran manusia yang semuanya bergegas ke feri. Sebenarnya, ini kali pertama, aku naik feri sebagai pejalan kaki. Sebelum ini, bersama keluarga naik kereta. 

Berpeluh-peluh aku mengangkat beg-beg sambil mataku melilau. "Tak payah beli tiket ke?" Soalan itu cuma berkumandang di benakku. Gasaklah. Ikut sahaja langkah-langkah manusia lain kau akan sampai. Itu kesimpulan akhirku. Aku menelefon ayah kerana teringatkan ayah pernah naik feri sebagai pejalan kaki. "La.. memang tak payah beli tiket pon kalau dari pulau.." Ayat itu buat aku tergelak mengenangkan 'ketidaktahuan' aku. Sampai sahaja di Butterworth, aku terus membeli tiket ke SP. Alhamdulillah, nasib baik ada. Aku meletakkan beg-beg itu betul-betul di hadapan parkir bas. Bahuku tiba-tiba ditepuk.. "Hey, mira.. tak dengar ke aku panggil tadi?" "Ops.. sori. kau panggil ke tadi.. ? Tak dengar la." Rupa-rupanya, teman sekelasku juga dalam perjalan ke SP. Mana nak dengar, aku cemas, panik. Sebab tu , orang panggil pon aku tak hirau dah! Aku kembali menarik nafas lega.Alhamdulillah, aku akhirnya berteman dan sampai juga di kampus.

Setiap kali aku menatap gambar itu, setiap kali itulah aku teringat detik-detik mencemaskan itu. Mungkin itu pengajaran buatku supaya lebih sensitif terhadap keadaan sekelililng. Sekian.

10 komen dari pembaca :

Azmi said...

mira azmi pun pelik masa 1st naik feri sbgai pejalan kaki nak ke pp...
pelik je mmg tambang murah n dari pulau free je
anyway gudlark kontest ni

green yg gorgeous said...

bnyk tol cabaran

OrenLimau said...

hahahaa.Aku tahu pasal cerita ni.Nice one ;)

thanks for tag dear..Nanti da dpt idea,insyaAllah,aku wat eh!btw,Miss u!

Rosliza Roslan said...

dtg jenguk

NICK IRFAN said...

mcm2 dugaan...

Aretikz said...

Weehuu ~ konfom penat gila kan masa tu? ahakz.. Cemas bangat dowh si mira.. Syukur dipermudahkan urusan.. apapapun.. anda lulus syarat wajib.. good.. hehe..

Anip™ said...

rjin lah kw join kontes yer..

1)Bila Isu Bertunang Tanpa Sedar Itu Salah, Harap Maklum !
2)Kilang Al-Quran Dan Bagaimana Al-Quran Dibuat ?
3)Mengumpat! Adakah Ianya Hobi Manusia Zaman Sekarang ?

mario said...

good luck yer

Fyzal said...

wah.. itu memang cemas. takpe, lepas ni kena be more careful.

NuSaNa NoSa 91 said...

fuhhh~ mmg takot klu sorang2 camtu.. ^_^

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template