Wednesday, November 24, 2010

Rahsia orang dulu kala

Hairan kan orang dulu-dulu.. takde hospital dan klinik..
tapi ada je cara diorang untuk cari ubatnya..
rupa-rupanya banyak ubat diorang sumbernya dari alam semula jadi..

pagi tadi mira pergi melawat Taman Herba,Simpang Pulai..
tiket masuk berharga RM 2 dewasa dan RM1 bagi kanak-kanak 13 tahun ke atas.

pada mulanya kami diberi taklimat dan muqaddimah menganai taman herba dan
kami juga diperkenalkan dengan beberapa tanaman yang menjadi ubat buat penyakit tertentu

Banyak sebenarnya bahagian-bahagian dalam Taman Herba ni.. tapi tadi yang sempat cuma tiga bahagian je
iaitu Laman Warisan 1&2 serta Laman Aromatik (huhu.. tak sempat nak peri ke Laman Kosmetik tadi)

Jom tengok antara pokok-pokok di sekeliling kita tapi kita tak sedar pon sebenarnya pokok tu adalah pokok herba...

Bunga Kertas
Kegunaan: Melancarkan perjalanan haid, penyakit keputihan dan mengubati hepatitis.
Cara guna: Keringkan bunga dan batangnya dan dibuat teh untuk diminum.
Kiambang
1) merawat bengkak, buasir,radang, gonorea dan sifilis : hancurkan daun dan tampal
2) merawat batuk berdarah dan kencing manis: minum air rebusan daun
3)merawat asma dan batuk: minum air rebusan daun yang dicampur gula dan air ros
4)memudahkan pembuangan air besar : minum air rebusan akar
Lidah Jin
 Merangsang pertumbuhan rambut dan membunuh kutu kepala. Cara guna; lendir lidah jin disapukan di kepala.
Nenas Kerang
Mencuci dan melancarkan perjalanan darah, mengindari paru-paru dari sebarang penyakit akut dan menghilangkan kahak. Gunakan bunga atau daun yang segar atau telah dikeringkan, rebus dan minum.
Teh Pagar
Teh pagar ni kalau kat kampung buat pagar rumah ye dak.. huhu
1) Lemah badan, sifilis, penawar ibu selepas bersalin : minum air rebusan akar.
2) Batuk, cirit, sakit perut, merangsang peluh, merawat demam panas: rendam daun dalam air mendidih dan minum apabila telah suam.
Kucai
1)merawat sakit gigi: pokok ditumbuk lumat dan ditampal pada gigi yang sakit
2)merawat sakit usus, tumor : rebus pokok kucai, minum air dan makan rebusan pokok

Rasanya.. cukup la kot.. sebanarnya banyak lagi nak kongsi.. yang saya tunjuk ni semua dari Laman Warisan 1... ha.. belum masuk yang Laman Warisan 2 dengan Laman Aromatik lagi..
huhu.. kalau nak tahu lebih lanjut.. datanglah ke Taman Herba kat Perak ni~~
berkelah sambil melihat pemandangan~~

3 komen dari pembaca :

little black dress said...

hoho...
rase mo g ja time cti nih..tp jauh..
huhu
wah, byk kmpul ilmu ye cik mira..
=)

diana said...

akak nak try la letak
lendir lidah jin tu.
rambut makin sikit ni.asik gugur je..

Azmi said...

mira nanti boleh buat ubat sendiri la..
haha.......

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template