Friday, December 31, 2010

Hari ini hari ulang tahun kelahiran saya.

17 komen dari pembaca
Alhamdulillah.. tiba juga tarikh ini. 21 satu tahun yang lalu, saya telah selamat dilahirkan pada pukul 9.48 pagi.

Terima kasih kepada mak dan ayah di atas semua jasa-jasa kalian yang tidak jemu mendidik dan membesarkan diri ini dengan kasih sayang. Syukur tak terhingga kepadaNya kerana menempatkan aku di dunia ini di dalam keluarga yang dilimpahi nikmat Iman dan Islam.
Buat semua rakan-rakan di kehidupan realiti mahupun maya, mira ucapkan terima kasih kerana tanpa anda sunyilah hidup ini. Sekian.

Thursday, December 30, 2010

GiveAway: 100 Blogger TerCeria

3 komen dari pembaca
Sebagai follower ke 144 di blog ShamDiSini, mira terasa terpanggil untuk menyertai giveaway ini. Nasib baik la syaratnya tak banyak. Mira ni tak suka sangat yang remeh-temeh syaratnya. Kalau tengah bersemangat tu, yelah.! 10 syarat pun layan~

ok.. dah tampal semua yang patut. Persoalannya, benarkah mira seorang blogger yang ceria? Kita tunggu je jawapan dari penganjur.

Cikgu matematik menerangkan isu aurat kepada non-muslim

5 komen dari pembaca

Tercengang, terdiam dan termenung sebentar bila mira terbaca status facebook  di bawah. Kita baca dan renungkanlah.

 Suatu ms dhulu.... anak2 muridku sering brtanya.... "cikgu, nape cikgu pakai itu tudung besar2 punya?" oleh krn aku guru matematik dan anak2 muridku mmg org yg suka kpd angka (chineses) maka aku menjawab... "klu awak dpt markah 80, gred A kan?" mrk mjwb "yes...." sy tanya lg... "klu awak dpt markah 100 pun kira gred A ... sy tanya lg... "klu awak dpt markah 100 pun kira gred A juga kan?".. "yes.." iitulah jwpan mrk...lalu sy berkata "klu awak nak A, awak mau markah 80 or 100?" mrk mnjwb," mestilah one hundled (hundred) punya cikgu..., sy pun jwb.."cikgu pun mau markah 100 juga dr Tuhan (Allah)..." sejak itu mrk dh faham dan tak le sibuk... tanya2 lg... MORAL OF THE STORY, pakailah tudung mnutup yg menepati syariat agar kita dpt memahamkan non-muslim dan kta jg dpt pahala mnutup aurat krn ikut perintah Allah dan jgn dicekik2kn tgkuk tu dgn pin, sbb dh menyerupai biarawati kristian... (pringatan buat diriku, anak2 dan sahabat2 yg dikasihi...)

 Mungkin perumpamaan ini kita boleh gunakan untuk menyeru wanita dan lelaki untuk menutup aurat dengan sempurna.

Sunday, December 26, 2010

Segmen Jom Berkenalan.

11 komen dari pembaca

Maaf kerana menghilang tanpa berita. Sebenarnya sekarang mira baru pulang dari rombongan 2 hari ke Kelantan dan Terengganu.  Pengunjung dan  blogger yang sudi menerjah blog ini semasa ketiadaan mira, mira ucapkan terima kasih ye.

Terima kasih Aretikz kerana sudi tag mira untuk Segmen Jom Berkenalan oleh Cikgu Akim. Eh? Cikgu? Kita samalah~ huhu..

Sebenarnya, mira segan juga nak sertai segmen ini. Almaklumlah, mira pun tak selalu tulis tentang diri sendiri. Jadi, ini secara rasminya pertama kali ingin dikongsikan butiran diri. Sesiapa yang nak menyertai segemen ini bolehlah dapatkan maklumat lanjut di blog Cikgu Akim.

Diri Sendiri:

Oh ye, masih ingat entri 43 kotak tu? Haaa,,, nama sebenar mira ialah Amiratul Iqamah Nasution Binti Lukmal Hakim. Gender saya perempuan. 
kena letak gambar macam ni kat sidebar ke?

*Ada yang fikir saya ni lelaki. Haih~
 Berasal dari Ipoh. Berumur 21 tahun (2010) kerana dilahirkan pada 31 Disember 1989. Saya masih belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.

Tentang blog pula:

Saya menulis secara versatile. Tidak tertumpu pada satu genre.  Tulis apa yang saya rasa perlu. Diam bila saya tak tahu apa nak ditulis. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis supaya pembaca dapat ambil sesuatu dari tulisan saya.

Dunia blog:
Dunia blog sekarang makin meriah. Makin ramai yang menggunakan blog sebagai medium meluah rasa dan berkongsi apa sahaja. Terasa semakin banyak lagi mahu belajar dari blogger lain dan semua pembaca.

Thursday, December 23, 2010

Buatlah pembaca anda setia bhgn 3 (akhir)

17 komen dari pembaca
Entry kali ini adalah yang terakhir bagi tajuk Buatlah pembaca anda setia. Semua komen anda telah pon mira respon. Jangan malu dan segan untuk melihat respon-respon tersebut. Jom lihat senarai akhir.

7. ruangan komen 
Mira ambil contoh jenis ruangan komen di blogspot ye. 3 jenis:

1)embedded form
Nampak macam lebih senang untuk tinggalkan komen, tatapi sebenarnya agak menyusahkan kerana terpaksa redirect kepada URL penuh artikel tersebut. Contohnya bagi entri buatlah pembaca anda bhgn 1, untuk komen, anda perlu ke URL:
http://the89dimension.blogspot.com/2010/12/buatlah-pembaca-anda-setia-bhgn-1.html
Di bawah artikel tersebut, barulah ada form komen. Form jenis ini tak praktikal untuk pengunjung yang mengakses internet dengan kelajuan yang rendah kerana terpaksa loading page berulang kali untuk publish comment.


Cadangan saya: semasa blogwalking, copy dan paste URL entry terbaru anda supaya pengunjung dapat terus memberi respon kepada entry anda.

Tuesday, December 21, 2010

Buatlah pembaca anda setia bhgn 2

18 komen dari pembaca
 Terima kasih kepada anda yang memberikan ulasan balas untuk entry Buatlah pembaca anda setia bhgn 1. Diharapkan semua pembaca dapat mengambil faedah dari entry yang mira tulis. Ada juga respon yang advance sebab mira belum lagi masuk bab itu.Walau apa pun respon anda, terima kasih. Sebelum mira menyambung perbincangan ini, mira akan tampilkan dulu format yang baru mira wujudkan untuk entry di bahagian footer entry.


Best Comment From Previous Entry: Buatlah Pembaca Anda Setia bhgn 1


Blogger Tuan Penasihat said...
kadang kadang perkara ni sedikit subjektif. ada yang jadi follower sesuatu blog tu bukan kerana penulisan, tetapi kerana ownernya. ada jugak kerana konsep blog. ada jugak yg berblog sebab nak buat duit jer. jadi camna tu? mungkin kita jugak kena memahami apa sebenarnya fungsi blog dan kenapa kita nak jadi blogger?


Mira setuju. Konsep bagi setiap blog dan genrenya berbeza. Ada yang berbentuk perkongsian maklumat, hiburan, penekanan nilai, panduan dan sebagainya. Tak kurang juga matlamat berupa wang. Namun, tak kiralah anda mengharapkan entri anda dikomen atau tidak.Sekurang-kurangnya respon pembaca boleh memberi koreksi untuk karya seterusnya dan secara tidak lasung sebagai motivasi ekstrinsik untuk terus menulis. Samalah ketika kita bersembang dengan orang lain. Apa rasanya bila bercakap tapi orang itu cuma diam je tak bagi respon..? Seolah-olah tak berminat dengan apa yang mahu kita sampaikan.,,hurm? (maaf kalau perumpamaan macam tiada kaitan)

 Konsep yang berlaianan ini adalah penyumbang kemeriahan dunia blog, kan? Cuma yang penting blogger perlu memilih cara penulisan, penampilan template yang bersesuaian supaya apa sahaja yang anda ingin kongsikan, pembaca akan memberi perhatian kepadanya. Bacalah dan kaut mana-mana yang anda mahu supaya anda dapat faedahnya. Tiada paksaan.

Untuk no 1, 2, 3 sila ke bahagian 1.

Sunday, December 19, 2010

Buatlah pembaca anda setia bhgn 1

23 komen dari pembaca
Blogwalking merupakan satu cara utama untuk tarik trafik. Tak kira lah secara automatik atau manual. Blogger-blogger yang menggunakan nuffnang sebagai pengiklan contohnya amat menitikberatkan satistik UV ke blog masing-masing. Kalau analitik pengunjung tinggi serta performance blog pon bagus, barulah boleh dapat BE, kan?

Tapi, tak boleh disangkal yang setiap blogger inginkan entry mereka dikomen? Ye lah.. penat sahaja menulis. Kalau tiada siapa peduli, kan tak seronok. Untuk menetapkan hati para pembaca membaca entry bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang berpendapat mereka sudah sehabis baik menulis, tapi masih tidak dapat menarik minat blogger, pembaca atau silence reader yang membaca untuk terus setia.
Setia ke? macam mana ? (CR to google)

Jadi, mira nak bincangkan beberapa faktor yang mungkin buat pengunjung blog susah nak setia dengan blog dalam entry kali ini. Betul atau tidak, kita berbincanglah di ruangan komen ye. Jom ke senarai~

Saturday, December 18, 2010

Nasib tiga ekor ikan

14 komen dari pembaca
Pagi semalam mak dan ayah pergi ke pasar borong untuk membeli segala keperluan bahan mentah. Almaklumlah, cuti-cuti ini ramai  yang ada di rumah. Kalau nak membeli-belah di pasar malam untuk barang-barang sebegitu mestilah mahal untuk 9 orang.

Dipendekkan cerita, setelah sampai di rumah, kami dibahagikan tugas untuk menyiang ikan, sayur dan mengemas apa yang patut. Ikan yang dibeli agak banyak, jadi tugas tersebut diberikan kepada tiga orang adik yang kecil itu. Hurm.. tak la kecil pun sebab umur mereka sudah 13,11 dan 8 tahun. Mak tunjukkan mereka cara-cara siang ikan hampir 2-3 kali. Yelah, pengulangan kan menguatkan rentetan ingatan. Tapi, tak boleh disangkal merka memang kreatif.

Sedang semua orang sibuk dengan tugasan masing-masing, tiba-tiba kedengaran mak menjerit:

Friday, December 17, 2010

Kontest Blog Terkemas

10 komen dari pembaca
Kontest Blog Terkemas

Waktu cuti ni ramai yang buat contest. Baguslah, waktu ni pon mira boleh join, waktu lain rasa macam tak menang tangan nak buat.

Selepas mira tukar template dan edit apa yang patut, rasanya lebih kemas ke?
Entah, mira hanya mencuba nasib je masuk kontest ini.Kalau dah menang, rezeki la kan untuk tahun baru ni ...kan?

Siapa nak join bolehlah terjah link kat atas tu sekarang.Klik je banner!

Tag 4 orang:
Azmi
Pink-ed
Kak Diana
Aretikz

Thursday, December 16, 2010

Buat banner saiz 100X100 dengan pantas

7 komen dari pembaca
Selepas ruangan iklan diwujudkan, timbul pulak masalah nak buat banner ye? Saiznya pulak mesti 100X100.

ada masalah macam dia ni? jangan risau.
Jika anda ada masalah begini jangan risau.. Ada 3 cara segera yang mira dah fikir untuk selesaikannya.
Step pertama bagi semua cara ialah pilih satu gambar untuk dijadikan banner. Lepas edit atau tak nak edit pun takpe.. boleh la nak pilih antara tiga di bawah.

1) Menggunakan Microsoft Office Picture Manager
Buka image menggunakan Microsoft Office Manager


Beriklan secara percuma selama 5 jam.mai la~

7 komen dari pembaca
Mira dah tambahkan slot untuk beriklan secara FREE selama lima jam.

ada enam ruangan kosong tu..
Anda cuma memerlukan URL banner blog anda yang berukuran 100X100.Lepas tu masukkan je URL blog dan URL banner ke dalam pop-up form setelah memilih kedudukan slot yang berkenan di hati.

sila2~
Untuk perhatian.. ruangan iklan itu cuma untuk blog sahaja. Baner ke  link seperti youthsays atau yang sewaktu dengannya akan saya delete tanpa belas kasihan.
Jika anda berminat untuk meletakkan ruangan iklan sebegini, anda cuma perlu sign up ke Scripter Malaysia untuk mendapatkan codenya.

Setengah dari seribu

2 komen dari pembaca
Ok.. sila scroll sedikit ke bawah,apa yang anda dapat lihat? Nampak tak? Tak nampak? Ala yang dalam box My Friends tu...

Wah~ blog ini dah mencecah 500 orang follower setakat jam 11:13 pm semalam.... Ceh! itu je..? Ye la..mesti la bangga kan? Blog sendiri.
Siapakah gerangan yang bernombor 500th tu? Nasib baik beliau lapor diri di shoutbox. hehe
Beliau ialah:

Wednesday, December 15, 2010

List of awards!

8 komen dari pembaca

Salam semua.. award ini datangya dari
memomomememoceekeen,,,(^_^)
Oh..mekasih dear.. malu-malu kucing nak terima..
tapi.. tajuk kata list of awards? mana yang lain.. ?hurm.. minta maaf mira tak buat sebab adik yang explorer dah terpadam semua bookmark.. jadi.. boleh tolong komen kat bawah yang saya di tag? Sorry for inconveniences.

Tag? siapa sudi ambik la.. mira tak nak pulak kawan-kawan rasa terbeban. Ok, sekian.

Suami Muda Manja

15 komen dari pembaca
"Kakak.. jangan le kahwin lelaki muda" tiba-tiba mak buat statement panas begini.
Apa pasal la pulak mak nih... nasib baik tak tersedak makan nasi goreng. " Apekehalnya, mak?" sengaja bertanya waluapun rasanya tahu apa yang ingin mak perkatakan.
"Yelah.. manja sangat!Tak boleh diusik.. ikut suka hati dia je nak buat apa..tak nak susah sikit pun..! Bini la yang kena uruskan semua hal rumahtangga dan anak-anak..dia duk relaks je"..jawab mak seakan-akan tak puas hati.

" Pagi-pagi baring.. tido macam tu je.Lepas tu, raya pulak. Tak boleh duduk lama-lama kat rumah opah.. mesti nak balik sana raya sorang-sorang!" sambung mak lagi. Panas agaknya melihat perangai suami-suami muda yang manja tak sedar diri dah tua tu.

Tuesday, December 14, 2010

Merokok? Eh, kau makan babilah!

11 komen dari pembaca
Harga rokok naik? ha.. memang patut pon. Elok sangat la perokok-perokok tegar mahupun tak tegar berhenti. Selain dari jimat duit, paling kurang sayanglah diri tu sikit. Tak ke pelik laburkan duit untuk bunuh diri? Fikir kena panjang sikit. Puas tu sekejap je... tapi sakit tu lama. Fatwa pun dah mengatakan tabiat merokok ini HARAM kerana memudaratkan kesihatan. Bertambah geram lagi double kesannya bagi perokok pasif. Haish! Dah la tak merokok, tapi kena pulak lagi teruk!

Yang lebih mengejutkan, rokok mempunyai zat babi! Astagfirullah~ Selama mana mereka-mereka merokok, rupa-rupanya mereka juga makan babi. Non-Muslim memang takde hukum HARAM bagi mereka, tapi macam mana yang MUSLIM. Mungkin ada hikmahnya pengharaman tersebut. Ala... lihat sahaja pada hasil kajian pemakanan babi oleh orang Barat.

Monday, December 13, 2010

SPAM my shoutbox? get banned already.

14 komen dari pembaca
Seems like my shoutbox spammer doesn't care that I don't like the way him/her gain your tragic.  You are caught red-handed! Thanks to my friends that suggest me to ban the URL.  I successfully ban it. Yeah!
So, for those who want to spam my shoutbox to gain traffic like that, I'll just ban your URL. That's it, no more turning back!

You guys got same problem? just log in to your shotbox account and ban it already~
p/s: no more flooding links, using others nickname and spam my shoutbox to gain traaaaaaficcc. ok guys.. off to shop till drop~

Sunday, December 12, 2010

Cara mengesan blogger gila trafik!

17 komen dari pembaca
Rasa bengang tak kalau tiap kali klik pada link orang yang tinggalkan URL di shoutbox adalah dari blog yang sama walaupun nama shout yang digunakan adalah berlainan? MESTI BENGANG KAN? haaa.. baru je terjadi kat mira semalam... mira punya shoutbox penuh dengan link.. macam nak banjir! Tapi rupa-rupanya dari blog yang sama.. sampai nama blogwalking mira pun dia guna.. nama blogwalking mira = mira_nas . Lepas ni.. siapa guna lagi.. siap la.. sula nanti.. haha. So, macam mana nak tangani blogger yang macam ni nih.. MAW KASI PELAJARAN SAMA DIA..

mira guna contoh dari shoutbox mira sendiri ye..dan browser yang mira gunakan ialah Mozilla Firefox, tapi rasanya boleh je guna untuk semua browser.. caranya mudah je.. jom!

Friday, December 10, 2010

Give Away Akhir Tahun 2010

3 komen dari pembaca
Nampak banner tu? mira nak join GA yang Tok Kesah anjurkan. Kalau nak tahu syarat dan semua tentang GA ini, silalah ke blog Tok Kesah..

Ok, mira nak penuhi syarat utama iaitu lengkapkan slogan:
"Azam saya tahun 2011 ialah untuk mengubah cara saya belajar, belajar kemahiran-kemahiran yang diperlukan sebagai seorang bakal guru dan menguasai subjek yang saya akan ajar. Di samping itu, saya juga mahu berusaha untuk melengkapkan diri dengan ilmu untuk menempuh alam perkahwinan"

Sertailah sekarang sebelum:

Tarikh Tutup:
1/1/2011, jam 11.11pm 

 Mira tag 3 orang:
..MisH LolLyPurp.. 
A retarded kitty
All AbOuT LiFe

TAMAT!

Thursday, December 9, 2010

Ayam gajah pembuli

10 komen dari pembaca
Mungkin ke ayam gajah tak serasi dengan ayam belanda?
Kami letakkan dia di dalam satu rumah yang sama.
Dah lama juga nampaknya ayam belanda tu kelihatan lemah, tak lalu makan, kurus dan tidak bermaya.
Kami tertanya-tanya apa sebabnya.
Macam-macam juga kami dah buat. Tukar makanan la, bagi waktu outing la, tapi ayam belanda still takde perubahan. Tak macam ayam gajah.. cool..maintain saja..

Rupa-rupanya, si ayam belanda ni dibuli oleh dua ekor ayam gajah ni. Haish, mentang-mentang la ayam belanda ni takde kawan sejenis. Habis dipatuk-patuk hingga berdarah. Kejam betul. Ayam belanda yang sememangnya dah sakit, mula jatuh sakit lebih tenat dan nazak kelmarin. Akhirnya, ayam belanda tu mati selepas menghembuskan nafas yang terakhir.
sedih betul tengok dia macam ni..

ni lah ayam gajah tu.. cepat sikit beso.. aku nak makaannn korang! haha
Untuk mengubat rindu kami kepada ayam belanda itu, ayah beli pulak ayam hutan yang jiran jual. Harapnya self-defense ayam tu tinggi sikit nak hadapi ayam gajah ni.
p/s: kena pergi menimba ilmu tentang macam mana nak bela ayam2 yang tak sejenis ni.

Wednesday, December 8, 2010

49 di BlogLarian

5 komen dari pembaca
Dengan rasminya blog ini telah pon tersenarai di BlogLarian setelah memenuhi syarat-syarat penyertaannya, Alhamdulillah.
seee..ini buktinya
                                                                           Senarai Blog ke-49
Jadi sesiap yang blum join, cerpatlah join, boleh kita blogwalking sama-sama.
BlogLarian

tidak lagi blogwalking..tapi blogrunning~

[PROMO] MINYAK WANGI TERAPI AL-QURAN

0 komen dari pembaca
Tak tahulah kalau rakan-rakan pernah jumpa minyak wangi ini, tapi mira nak buat promo juga kat sini.
Ini kawan mak yang jual, mira saja-saja promo kat sini.
Ok. kita tengok dulu apa ke bendanya nih kan...

Di dalam kitab perubatan Islam berbahasa Arab; "al Minhajul Qurani lii'laji as Sihri wal massi as Syaithani" karya Sheikh Usamah Muhammad al Audi, Mesir menyatakan satu teknik perubatan menggunakan kaedah penggunaan minyak wangi.
Kebanyakan jin benci kepada bau yang wangi kerana jin sangat menyukai bau yang busuk. Bau yang busuk sangat 'menyegarkan' jiwa dan secocok dengan naluri kejinnan mereka.
Oleh itu,teknik yang amat praktikal ini sangat mujarab untuk semua jenis gangguan sepertiterutamanya jin 'asyiq'. Jin asyiq adalah jin yang berdamping dengan seseorang kerana jatuh cinta dengan manusia tersebut bahkan ada mendakwa telah berkahwin dengan pesakit!

Tuesday, December 7, 2010

Tukar kulit~

4 komen dari pembaca
Setelah berpening lalat berkurun lamanya...akhirnya, jumpa juga template yang berkenan di hati..
jajaaaannngg..
sudah berwajah baru.
even tak cute, sila puji di ruangan komen... kalau nak kutuk, dalam hati jelah =p *eh dosa jugak,,ok*
tapi, nak minta maaf sebab tak ley buat dah autohide shoutbox tu =(
code auto hide shout box tu tak compatible la plak dengan design ni ..cari ye..memang ada..~
jangan tak tinggal link plak.. komen2 juga lah ye..
header plak.. ha... jangan cakap.. nanti la minta tolong pada yang pakar.. boleh kan wan?
p/s:berpinar dah mata ni.. tunggu spek siap hari khamis.

Blog Larian bukan setakat jalan-jalan

0 komen dari pembaca
Thanks to Merul sebab perkenalkan Blog Larian pada mira.Blog Larian merupakan satu alternatif baru bagi blogger-blogger yang rajin blogwalking. Ini bukan software atau tool yang reach shoutbox tapi tak pergi pon  page blog tersebut.. *itu sungguh tak adil!*
Jadi blog larian ni macam mana sebenarnya? Silalah tengok sendiri...



Saya suka berblogwalking kerana saya dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru di samping menambah ilmu pengetahuan dan bertukar-tukar pandangan.
sesiapa yang nak join, tapi tak tahu macam mana nak buat, sila lah ke blog  paDel

mira tag orang-orang ini..

Monday, December 6, 2010

Kerang sebelah!

5 komen dari pembaca
Bila tiga anak dara ada kat rumah..macam-macam resepi nak cuba..
tapi ada dua kemungkinan.. sedap ke, tak sedap je~ haha..hari ni, mira in charge masak kerang sebelah
nama sebenarnya resepi tu Kerang Kak Tom..tengok resepi kat internet je.... tak la pandai sangat memasak mira ni sebenarnya.. hehe

Adik plak, duk buat kuih makmur bahagia tu, sambil asyik tersengih...bahagia sangat nampaknya.. hehe
Mak pula buat sambal kelapa+ulam raja+pucuk kaduk+pegaga ..hoho.. kalau ada kacang sayap lagi sedap mak~..rangup gitu..krap... krup..krap!

ha.. jom tengok apa  hasilnya..
pegaga+pucuk kaduk+ulam raja+sambal kelapa... ohh masyuk~

Sunday, December 5, 2010

Operator tak bertauliah

3 komen dari pembaca

Kami jolok limau bali alang-alang pergi kenduri kat Kuak semalam.
Kami dah pilih yang agak-agak dah dah masak. Kalau dah masak, kulit limau bali tu warna kuning. Mak kata, orang tak panggil limau tu limau bali, tapi limau kampong sebab kalau limau bali duduk kat bali lah.. bukan duduk kat kampong (haha.. ye la tu mak ooii). Lagi satu, bezanya, isinya merah..tak macam limau bali biasa yang jual kat tepi jalan tu. Isinya putih.
ni la rupanya.. (CR to Google)
*oppss ..sori.. tak sempat nak snap pic sendiri*

Opah juga ada berpesan dan tanyakan pasal limau bali setiap kali ada pasar malam. Yelah.. Limau bali kan elok untuk orang sakit darah tinggi. Jadi kami beri dua biji. Bukan main seronok lagi.
Tapi, mak tak ikut waktu mira dan adik-adik ke rumah opah. Jadi, mak telefon saja.

Mak: Hello.

Saturday, December 4, 2010

Kalau sentuh jadi ta**

3 komen dari pembaca
Di petang hari, nak senang kata lepas Zohor la.. apa yang aktiviti anda? Tidur, baca buku, makan atau tengok TV? oh ye... kalau tengok TV apa ye ceritanya? Kartun? Lagenda.... haaaa... Kalau cerita lagenda dari seberang... mira layan juga kadang-kadang tu kalau dah bosan.

petang-petang, saya pergi menanam.. tipu je! > < (image CR to Google)
Walaupun kebanyakan cerita tak masuk dek akal, unsur-unsur magis yang keterlaluan, namun semua nilai dan pengajaran disampaikan secara santai dan mudah difahami. Mungkin ini kekuatan cerita-cerita begini dari seberang. Contohnya, baru-baru ini mira pernah menonton episod yang anak tiri terpancing  ikan yang boleh tukarkan benda kepada emas.

Friday, December 3, 2010

Link di profile > penting taw!

5 komen dari pembaca
Siapa tak seronok bilangan follower bertambah kan? Ada yang akan shout : I follow you dah.. you follow I balik ok... cuma minoriti yang akan mendiamkan diri konon-konon tuan blog tu 'pandai' le nak follow balik..
Bagi mira.. ini masalah juga.. ye lah,, nak tahu juga blognya untuk di follow tapi takde pon linknya.. Mira ni kadang-kadang out-offline, jadinya bila dah banyak link tak  tahu yang mana satu dah! haaaaa... kan...
Bila tekan kat follower punya icon tu kan selalu akan keluar macam ni..

v
v
opss ..eifa sorry yea,, pinjam sat
ok.. cuba pulak tengok yang kat bawah ni...(sila tekan READ MORE.. eheh!)

Thursday, December 2, 2010

Tag berlagu -tajuk sahaja!

6 komen dari pembaca

Mira baru berkenalan dengan aen . Dia bagi mira hadiah tag ni.. first time mira buat tag sambil berkerut-kerut dahi.. huhu.. pening dibuatnya..
tagnya adalah seperti di bawah.

v
v
v

You are required to answer each questions below by using the song title. No matter how silly it sounds. When your done tag people in this note , and makes sure to tag the person who send you this

1. If someone says , " is this okay ? " you says
Whatever – Elliott Smith



2. How you describe yourself ?
Snow – red hot chili peppers



3. What do you like in guy/girl ?
Eye – The smashing pumpinks



4. How do you feel today ?
I feel good – James Brown


Wednesday, December 1, 2010

Asuhan awal pembentuk personaliti

3 komen dari pembaca


Teori Humanistik dari Abraham Maslow mengatakan  hierarki tahap keperluan individu yang perlu dicapai bermula dengan fisiologi,keselamatan, kasih sayang, pengharagaan kendiri, penyempurnaan kendiri dan aktualisasi kendiri. Bagi kanak-kanak yang baru ingin mengenal dunia, amat pening baginya keperluan fisiologi, keselamatan dan kasih sayang.

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template