Thursday, December 9, 2010

Ayam gajah pembuli

Mungkin ke ayam gajah tak serasi dengan ayam belanda?
Kami letakkan dia di dalam satu rumah yang sama.
Dah lama juga nampaknya ayam belanda tu kelihatan lemah, tak lalu makan, kurus dan tidak bermaya.
Kami tertanya-tanya apa sebabnya.
Macam-macam juga kami dah buat. Tukar makanan la, bagi waktu outing la, tapi ayam belanda still takde perubahan. Tak macam ayam gajah.. cool..maintain saja..

Rupa-rupanya, si ayam belanda ni dibuli oleh dua ekor ayam gajah ni. Haish, mentang-mentang la ayam belanda ni takde kawan sejenis. Habis dipatuk-patuk hingga berdarah. Kejam betul. Ayam belanda yang sememangnya dah sakit, mula jatuh sakit lebih tenat dan nazak kelmarin. Akhirnya, ayam belanda tu mati selepas menghembuskan nafas yang terakhir.
sedih betul tengok dia macam ni..

ni lah ayam gajah tu.. cepat sikit beso.. aku nak makaannn korang! haha
Untuk mengubat rindu kami kepada ayam belanda itu, ayah beli pulak ayam hutan yang jiran jual. Harapnya self-defense ayam tu tinggi sikit nak hadapi ayam gajah ni.
p/s: kena pergi menimba ilmu tentang macam mana nak bela ayam2 yang tak sejenis ni.

10 komen dari pembaca :

iena farina said...

ciannyer tgk... :( ayam sesama ayam pun nak gaduh2 erk...

osman said...

bela ayam korea plop...ade nuklear..
blh lwn ayam gajah

Burp said...

ksian ayam belanda tuh... maybe kene wat jaring psahkan dorang la kot...

FarhanaFabulous said...

kesian ayam tu T___T

amira said...

iena: haha.. entah.. tak faham jiwa ayam

osman: jauh le nak import

burp:hurm..maybe la

farhana: haah..sedih je rasa..

nora said...

erk ganaz nye ayam gajah tu, patut ar nama pun gajah

amira said...

nora: haha..mungkin kacukan kot

papabear said...

first time dengar ayam gajah... biasa dengar ayam goreng and ayam gulai jer...

Aretikz said...

Ni mesti kes ayam gajah tu penyokong spain.. tu la pasal kena sejibik ayam belanda tu.. ish3x~ xberperikeayaman betul.. dah spain menang pun masih tak puas ati.. haha..

Sitisifir10 said...

saya bela macam2 jenis ayam...tapi takde pulak lagi bela ayam gajah ni tapi kalau nak tau, ayam belanda ni kalau sebesar yang ditunjukkan dalam gambar ni dia tak boleh kene gigitan nyamuk...walaupun sikit2 je...so, jaring reban dia tu make sure tak boleh ditembusi nyamuk...dan, kalau boleh ayam2 ni letakkan dia sama2 saiz, kalau ada yg besar dan kecil, memang lah yang kecil akan dibuli bila nak makan...dan....pastikan anak2 ayam duduk dalam tempat yang panas, iaitu dengan pasang lampu dalam reban tu...ehehehe...terpanjang pulak ek :P

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template