Sunday, December 19, 2010

Buatlah pembaca anda setia bhgn 1

Blogwalking merupakan satu cara utama untuk tarik trafik. Tak kira lah secara automatik atau manual. Blogger-blogger yang menggunakan nuffnang sebagai pengiklan contohnya amat menitikberatkan satistik UV ke blog masing-masing. Kalau analitik pengunjung tinggi serta performance blog pon bagus, barulah boleh dapat BE, kan?

Tapi, tak boleh disangkal yang setiap blogger inginkan entry mereka dikomen? Ye lah.. penat sahaja menulis. Kalau tiada siapa peduli, kan tak seronok. Untuk menetapkan hati para pembaca membaca entry bukanlah sesuatu yang mudah. Ramai yang berpendapat mereka sudah sehabis baik menulis, tapi masih tidak dapat menarik minat blogger, pembaca atau silence reader yang membaca untuk terus setia.
Setia ke? macam mana ? (CR to google)

Jadi, mira nak bincangkan beberapa faktor yang mungkin buat pengunjung blog susah nak setia dengan blog dalam entry kali ini. Betul atau tidak, kita berbincanglah di ruangan komen ye. Jom ke senarai~



1. Susunan blog.
Template yang terlalu 'meriah' dengan susuan widget yang berterabur boleh membuatkan blog anda kelihatan semak! Jika anda mahukan entry anda dibaca, buanglah elemen-elemen yang tidak diperlukan. Bila blog kemas, nak baca pun tak rasa diganggu. Mudahkan pembaca untuk interpret apakah idea utama yang anda nak sampaikan walaupun anda sedang menulis entry genre humor. Selain itu, warna tempalte pon penting, pandai-pandai lah ye blend warna supaya blog anda selesa pada pandangan mata untuk dilawati.

2. Tulisan.
2.1 Saiz tulisan
Tulisan yang sekejap besar dan sekejap dikecilkan boleh jadi penyebab yang orang menyampah nak baca. Simpan kerajinan itu untuk fikirkan entry akan datang ye. Bukan apa..sebelum ada orang complain:
Ish! sekejap besar, sekejap kecil saiz tulisan! Buat pening kepala orang je.

Ingat, size and color do matter.

2.1 Warna tulisan.
Tulisan tak perlu warna-warni. Ye, warna macam pelangi memanglah cantik. Tapi sebenarnya penggunaan warna yang terlalu banyak di dalam penulisan juga boleh memeningkan orang yang nak membacanya. Daripada nak baca, terus tekan tanda 'x' kat atas tu. Haaaa,,,Jika nak gunakan, gunalah bila ada sesuatu nak ditekankan kepada para pembaca. Warnakan tulisan pada heading atau subheading dapat membantu untuk set otak pembaca.."oooo, ini point seterusnya ni.."Jadi, berpada-padalah bermain dengan warna!

3. Ejaan.
Sejak menggunakan BlogLarian, mira dah tengok macam-macam jenis blog, baca dan komen. Tapi, ada juga yang mira tak komen bila perkataan dan ayat-ayat sengaja dieja secara entah apa-apa. Kalau setakat satu atau dua ayat masih boleh diterima, tapi jika sepanjang entry ditulis sebegitu, tak ke rasa sakit hati nak kena baca dua kali. Contoh:
ari ni ak tataw la nape ak nyer mood mace ape ntah
napew la sumer na sakitkan ati ak
geram tol!

arggghh! mira yang geram balik bila kena baca macam budak pelat tak sekolah tadika lagi. Ish..ish,,ish, penat cikgu kat sekolah tu mengajar.

ok. ini part 1, terpaksa kena kerat-kerat tajuk ini sebab ada urusan lain. Sekian.

Best Comment From Previous Entry: Nasib tiga ekor ikan

Aretikz said... Ala Kassim.. sedih ku liat.. nak nagis pun dah xkuar air mata tu ikan.. yang tingal kuar agaknya minyak ikan kot? haha..

23 komen dari pembaca :

diana said...

kadang2 niat hati nak cantik kan blog..
tapi tak sedar cantik di mata kita
tapi beban di mata orang....
tulisan kecik sangat pun akak tak berapa suka.
sakit kepala nak baca..
yang sedang2 sudah la..

princeduyong said...

bagus kupasan ni mira.. :)

mira_nas said...

diana: yep.. mira sangat setuju dengan akak

princeduyong: thanks~

OrenLimau said...

Hahhaha...bagus ko tulis pasal ni.aku x sampai hati sebenonye nak tegur esp yang Ada lagu2.malas oh.aku selalu jadik silent reader ja kalau baca artikel yg best.hehe..ala2 setia dalam diam.hehe.tapi komen2 la jugak kan

aisya arifin said...

ya ya ya . ejaan amat lah dititikberat kan.suke betul gune bahasa mesej.ingat kiter nie bacer mesej die ker? no comment

Abun said...

Good entry,kadang-kadang pewnat je kita cuba nk bagi mudah untuk orang baca entry kita dan share info.Tapi ada jugak yang xkomen.Nway,kita komen kat blog orang xkira la topik apa.Bca dlu then komen...nikmati style penulisan diorg.any pendapat sila la kongsi bersama...k

apih el nino said...

Yang pasal lagu tu aku pun perasan. Cari button Pause tak jumpa.

Aretikz said...

1st.. trimas lah.. komen aku jadi bset pula.. haha..
Pergh ~ semua beta setuju.. part tulisan yang sekejap besar kecik tu yang wat pening.. dan warna yang colourful tu lagilah.. huhu..

mira_nas said...

OrenLimau: tu lah.. harap yang terbuat benda-benda macam ni dapat buat pilihan yang tepat

aisya ariffin: huhu.. bahasa kan jiwa bangsa~

apih el nino: haha.. entah lahh

Aretikz: haha.. itu reward la.. awk komen dengan baik.. tq for the support~

mira_nas said...

OrenLimau: tu lah.. harap yang terbuat benda-benda macam ni dapat buat pilihan yang tepat

aisya ariffin: huhu.. bahasa kan jiwa bangsa~

apih el nino: haha.. entah lahh

Aretikz: haha.. itu reward la.. awk komen dengan baik.. tq for the support~

Burp said...

hahaha! sabo ehh~ haha. jangan la marew2 :P hahahaha

Dark Chocolate said...

tme kasih mira. ni tips yg sgt berguna. btw, kalo u ade bce2 entry i u komen2 la okeh. i nk kene buat penambahbaikan nanti. huuuuuuuuu

fizz said...

Menarik tajuk entri membuatkan saya terpanggil2 untuk mmberi komen. Saya jenis yang suka baca dan hanya meninggalkan komen bila terasa perlu. Jadi oleh sebab itu saya tak berapa kisah kalau entry tak dikomen asalkan kita tahu ada orang baca blog kita.

Berkenaan dngn blog, ada sstgh blog yang mggunakan kata singkatan yg ssh otak SAYA nak proses, cnthnya korunk, taw, dye..aish mahu hang otak memikir apa yang dia nk cerita sbnrnya...

Syamil Hafiy said...

selalu masa blogwalking off je speaker . malas nak layan lagu-lagu pebende ...

Kembang Perawan 3288 said...

saya ngaku saya silent reader.hihihi

Tuan Penasihat said...

kadang kadang perkara ni sedikit subjektif. ada yang jadi follower sesuatu blog tu bukan kerana penulisan, tetapi kerana ownernya. ada jugak kerana konsep blog. ada jugak yg berblog sebab nak buat duit jer. jadi camna tu? mungkin kita jugak kena memahami apa sebenarnya fungsi blog dan kenapa kita nak jadi blogger?

lavender harum wangi said...

pening bila masuk blog yg ada lagu.. kalau music dumper okie lagi, boleh pause kan.. dpt yg automatik tu... grrrr,,,

anamizu said...

betol tu mira..
cik ana sokong..
tambah2 yg jns pelat tu...
rase nak je tlg putar2 lidah dorang tu..ngeee~~

Azmi said...

erm nak mira komen la sikit pasal blog azmi bagi pendapat ke ape ke...

adi_tau8605 said...

em, satu idea yg still gua praktiskan walaupun da lebih 4 tahun berblogging, still cetek ngn ilmu. apa pun thanks :)

mira_nas said...

Burp: bukan marah.. sekadar perkongsian

Dark Chocolate: moga memberi manfaat~

fizz:huhu, pakai saja ejaan penuh.. kan lebih senang difahami.. ye dak?

Syamil Hafiy: sama la kita~

mira_nas said...

Kembang Perawan 3288: huhu.. silent reader? janji awak membaca..

Tuan Penasihat: huhu.. terfikir pula tentang ni

lavendar harum wangi: kalau berani, tegurlah

anamizu: kebudak-budakan yang keterlaluan buat orang menyampah nak baca, ye dak?

Azmi: mira tak de la pandai sangat nak buat review

adi_tau8605: huhu.. saya pun budak yang masih mentah dalam dunia blog ni la..

NuSaNa NoSa 91 said...

tetibe nk suh mira komen blog keen plak.. aci x?? he3~ ^_^

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template