Tuesday, December 21, 2010

Buatlah pembaca anda setia bhgn 2

 Terima kasih kepada anda yang memberikan ulasan balas untuk entry Buatlah pembaca anda setia bhgn 1. Diharapkan semua pembaca dapat mengambil faedah dari entry yang mira tulis. Ada juga respon yang advance sebab mira belum lagi masuk bab itu.Walau apa pun respon anda, terima kasih. Sebelum mira menyambung perbincangan ini, mira akan tampilkan dulu format yang baru mira wujudkan untuk entry di bahagian footer entry.


Best Comment From Previous Entry: Buatlah Pembaca Anda Setia bhgn 1


Blogger Tuan Penasihat said...
kadang kadang perkara ni sedikit subjektif. ada yang jadi follower sesuatu blog tu bukan kerana penulisan, tetapi kerana ownernya. ada jugak kerana konsep blog. ada jugak yg berblog sebab nak buat duit jer. jadi camna tu? mungkin kita jugak kena memahami apa sebenarnya fungsi blog dan kenapa kita nak jadi blogger?


Mira setuju. Konsep bagi setiap blog dan genrenya berbeza. Ada yang berbentuk perkongsian maklumat, hiburan, penekanan nilai, panduan dan sebagainya. Tak kurang juga matlamat berupa wang. Namun, tak kiralah anda mengharapkan entri anda dikomen atau tidak.Sekurang-kurangnya respon pembaca boleh memberi koreksi untuk karya seterusnya dan secara tidak lasung sebagai motivasi ekstrinsik untuk terus menulis. Samalah ketika kita bersembang dengan orang lain. Apa rasanya bila bercakap tapi orang itu cuma diam je tak bagi respon..? Seolah-olah tak berminat dengan apa yang mahu kita sampaikan.,,hurm? (maaf kalau perumpamaan macam tiada kaitan)

 Konsep yang berlaianan ini adalah penyumbang kemeriahan dunia blog, kan? Cuma yang penting blogger perlu memilih cara penulisan, penampilan template yang bersesuaian supaya apa sahaja yang anda ingin kongsikan, pembaca akan memberi perhatian kepadanya. Bacalah dan kaut mana-mana yang anda mahu supaya anda dapat faedahnya. Tiada paksaan.

Untuk no 1, 2, 3 sila ke bahagian 1.



4. Masa loading.

Masa loading atau berat blog juga penting untuk menambat hati pembaca. Blog yang senang dibuka lebih mudah untuk dikunjungi. Masing-masing perlu ingat, kelajuan internet setiap pembaca kita tidak sama. Masalah ini mungkin tak terjadi kepada pengguna streamyx contohnya kerana kelajuan akses yang lebih tetap dan tidak terhad . Tapi, bagi pengguna broadband, pada awal kitaran bulannya laju namun akhirnya tetap akan selari dengan larian siput walaupun kononnya unlimited.


Jangan buat pembaca anda menyampah bila terpaksa menunggu blog anda loading. Kalau 2 minit nak tunggu header sahaja yang loading , anda sedang menggalakkan pembaca menekan Ctrl + W pada tab blog anda. Close! Habis cerita. Belum lagi nak tunggu widget dan isi blog. Boleh sasau hanya kerana nak baca entry.

Apa yang boleh anda buat ialah ukur kelajuan loading blog anda dan dapatkan pandangan dari pengunjung tetap blog anda. Analisa semula semua elemen-elemen yang ada di dalam blog supaya ia menggambarkan konsep yang anda mahu ketengahkan dan menjadi tersenarai sebagai blog yang 'convenience' bagi pembaca untuk dilawati. Selalulah minta pandangan dan terima kritikan supaya anda boleh buat penilaian terhadap isi blog anda.

5.  Kepanjangan entry dan perenggan
Kepanjangan entry juga perlu diberi perhatian. Entry yang terlalu panjang dan sarat dengan isi-isi penting sedikit sebanyak akan mencabar kesabaran pembaca untuk terus pembaca. Anda boleh tahu yang pembaca anda sebenarnya tidaklah membaca entry anda yang terlalu panjang itu apabila anda membaca komen yang ditinggalkan.

Cadangan saya ialah untuk memotong entry tersebut kepada beberapa bahagian. Tak rugi pon sebab anda ada modal untuk entry  yang seterusnya.


Gunakan perenggan supaya entry anda nampak kemas apabila dipandang secara keseluruhan sebelum membacanya.

6. Lagu
Sebenarnya mira dah ulas perkara ini di dalam entry Blog Bingit. Respon yang diterima banyak yang positif. Tapi, ada yang tak boleh terima, terus menjauh dari blog mira. Tak kisahlah labu~ Blogger bukannya dia seorang saja, kan?

Jom lihat masalah ini dengan perumpamaan selera makan. Selera makan tiap orang tak sama. Ada yang suka makan masakan kampung tapi ada pula yang hanya boleh telan masakan western. Samalah macam lagu. Genre kesukaan setiap orang tak sama. Kaitan lagu dengan kehidupan setiap orang juga berlainan. Contohnya, blogger A rasa lagu yang dipasang secara automatik  di blognya (tiada button play atau pause) itulah halwa telinganya, namun bagi pembaca B yang singgah benci lagu itu kerana mengingatkannya kepada kekasih lama yang meninggalkannya. Lebih memburukkan situasi, lagu tersebut diulang-ulang sepanjang membuka blog A. Apa agaknya tindakan pembaca B? Tutup sajalah!  

Bagi mira, mungkin mula-mula je rasa ok. Tapi bila sampai tahap mira rasa..'I'm annoyed!'. Secara automatik mira akan tekan Ctrl + W selepas tinggal link di shoutbox. Hah! Padan muka. Lebih bertambah tak berkenan bila blogwalking buka tab dengan banyak, mulalah semua lagu pun nak keluar, sampai rasanya kena buat satu 'traffic light' pada speaker ni.

Ala.. bukan susah pon nak buang lagu tu. Kalau nak sangat dengar selalu, play sahajalah 24/7 di komputer sendiri. Tiada siapa yang nak marah la~ Percayalah~

Alternatif:
mute je untuk browser tu~
Setakat ini dulu. Nantikan bahagian 3.

p/s: Maaf tak dapat habiskan terus. Mira menulis entry ini semasa terlepas sebentar dari kesibukan. Trafik? jangan tanyalah..

18 komen dari pembaca :

diana said...

loading lambat..
tu la masalah paling teruk sekali.
tambah2 macam akak yang pakai brodband ni..macam mana tk lambat kalau kiri kanan side bar penuh dengan gambar dan banner kontest..
header je sebesar page ni..
aduhai..

Tuan Penasihat said...

uiks... terpilih untuk komen terbaik?
terima kasih. itu cuma pandangan peribadi TP sahaja. TP pun ada buat satu entry masa start berblog ni. ada masa bacalah.
http://sayasalahka.blogspot.com/2010/11/kenapa-jadi-blogger.html

mira_nas said...

diana: huhu.. itu pun biasa berlaku pada mira... lagi2 nak hujung bulan nih

Tuan Penasihat: huhu.. saya pun masih belajar~

mr_mrs mikko said...

betul2...
hihi...
kdg2 ada yg folo,
tp sekadar tekan button folo ja..

aku pn still in learning process

iqbalsyarie said...

hoho... saya sedikit terasa walau saya tahu tiada sedikit pun yang dituju kepada saya. Saya terasa tentang kepanjangan artikel, kerana memang artikel saya panjang2. hehe.. ketagihan menulis, barangkali (?)

Annie said...

Susah nak cari pembaca yang betul2 minat entry kita. Kalau ada pun maybe kita tak tau. Tapi kalau penulisan original, pasti ada pembaca yang minat.

Salam Ziarah.

OrenLimau said...

hurmm.betul2..
tulis sebab suka tulis blog.
bukan sebab nak kejar ape2 pon..
kdg2 blogwalking pun bukan semua yg datang baca entry kita..just tempel nama jek..apa2 pon..terpulang pada selera masing2

Adem and Cats said...

betul tu kena bykkan enrti so pembaca x bosan topik yg sama

Adem n cats meowww

aisya arifin said...

HAHAHA betul2.kenaper kener letak lagu ? macam mana nak baca+sambil dengar lagu ? dapat catch up ker?

hahahahah.

Aretikz said...

Mira.. loading page beta or8 tak? hehe..
Entry saya pun ada panjang.. huhu.. inilah namanya syok sendiri kot? hehe..
Part lagu tu nasib saya ni jenis penyabar.. selagi boleh sabar.. maka diriku bersabar.. cewah.. hehe..

Azmi said...

erm...kita kena tahu apa niat kita nak buat blog kalau setakat nak dapatkan duit..lama2 kita akan bosan dan semuanya jadi hangat2 tahik ayam...sebaliknya kita jadikan lah duit tu sebagai semangat utk kita terus berblogging bukan jadikan semangat berblogging utk kita terus dpt duit...
pasal lagu memang annoyed...azmi mutekan terus speaker laptop.

Kamil ace said...

sori ea slh tajuk kejap, kamil tag sini http://kamilace.com/2010/12/pencarian-blogger-peramah-2011.html

mira_nas said...

mr mrs_ mikko: sebab tu lah blog tak tepat diukur dari bilnagan followernye

iqbalsyarie:terasa?haha.. entry awak memang panjang tapi penyampaian awak mudah.. senang faham. ok je..

OrenLimau: yep..setuju.. lain orang..lain carnya

Adem and Cats: hihi..membaca kan jambatan ilmu..

mira_nas said...

aisya arifin: huhu... diorang terer boleh le buat macam tu

Aretikz: cepat je loading page awk.. sebab background putih~ entry panjang yang menarik tapi santai.. considered ok.. lagu tu.. hurm..entahlah..kebanyakan yang bubuh maybe newbie lagi~

Azmi: itulah yang sepatutnya

Kamil ace: ok.. tq kamil

nora said...

aku setuju ar ngan ko

aku sebenabya suka je baca entry tu panjang ke pendek ke

as long as ayat dia tak bosan n leh buat aku utk terus mambaca ar

Aretikz said...

Weehuu ~ kaler memainkan peranan loading juga yek? hehe..

Tag untukmu : http://segalaceritera.com/atik/2010/12/22/thats-me-segmen-jom-berkenalan/

mira_nas said...

nora: well.. ikut selera gak la kan

aretikz: yep..warna putih memang cepat loading

NuSaNa NoSa 91 said...

erkk..?? blog keen lmt x?? huk3~ =.=

lagu?? mmg xske pon.. nk2 yg xbleh nk pause / stop tuh.. terpaksa silentkn speaker.. hu3~ T__T

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template