Thursday, December 23, 2010

Buatlah pembaca anda setia bhgn 3 (akhir)

Entry kali ini adalah yang terakhir bagi tajuk Buatlah pembaca anda setia. Semua komen anda telah pon mira respon. Jangan malu dan segan untuk melihat respon-respon tersebut. Jom lihat senarai akhir.

7. ruangan komen 
Mira ambil contoh jenis ruangan komen di blogspot ye. 3 jenis:

1)embedded form
Nampak macam lebih senang untuk tinggalkan komen, tatapi sebenarnya agak menyusahkan kerana terpaksa redirect kepada URL penuh artikel tersebut. Contohnya bagi entri buatlah pembaca anda bhgn 1, untuk komen, anda perlu ke URL:
http://the89dimension.blogspot.com/2010/12/buatlah-pembaca-anda-setia-bhgn-1.html
Di bawah artikel tersebut, barulah ada form komen. Form jenis ini tak praktikal untuk pengunjung yang mengakses internet dengan kelajuan yang rendah kerana terpaksa loading page berulang kali untuk publish comment.


Cadangan saya: semasa blogwalking, copy dan paste URL entry terbaru anda supaya pengunjung dapat terus memberi respon kepada entry anda.



2) full page form
Jika mahu meninggalkan komen, pengunjung akan di'redirect'kan ke page tersebut. Ini akan mengambil masa sedikit. Lebih menambah masalah kalau internet terlalu perlahan.

3) pop -up form
Ini adalah comment form yang paling mira suka. Selain tak kacau page yang kita lawati, tak perlu tunggu loading page banyak kali.

Bagi blogger yang menggunakan plug-in komen seperti Disqus atau IntenseDebate, jika tiada rungutan, teruskan menggunakannya. Jika ada aduan, mungkin anda patut buang sahaja kerana kemungkinan coding plug-in tersebut tak sesuai dengan template.


Jika tidak keberatan, elakkan menggunakan Security Code. Pengunjung yang rajin komen (seperti saya) akan rasa menyampah pula kerana kena masukkan security code. Bukan apa, elok semangat nak komen jadi malas pula. Macam mana nak buang security code , bolehlah bertanya pada umar.
 
8.Singkatan
Elakkan menggunakan singkatan yang sukar difahami. Jika mahu menggunakannya, definisikan lah perkataan tersebut. Bukan semua pengunjung berasal dari negeri atau tempat yang sama dengan anda. Nak cari dalam Google Translate, lagilah tak ada.

9. Bahasa rojak
Bahasa jiwa bangsa. Seboleh-bolehnya elak merojakkan bahasa contohnya seperti Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Namun, jika ada istilah-istilah yang sukar didefinisikan dalam Bahasa Melayu contohnya, bolehlah menggunakan Bahasa Inggeris. Sekurang-kurangnya, anda dapat memberi keselesaan untuk pengunjung membaca dan secara tidak langsung berlatih membina ayat yang betul menggunakan perkataan yang sesuai.


Itu sahajalah senarainya, ada yang salah, silalah tegur. Mira pon masih bertatih dalam penulisan. moga kawan-kawan dapat ambil faedahnya. Sekian


17 komen dari pembaca :

iAwani said...

Mira, thanks sebab tuliskan entri yang amat berinformasi.. Blog ni ada potensi untuk maju. Keep it up!

mira_nas said...

iAwani: Sebenarnya, mira tulis entry ini pon hasil dari pemerhatian dan pengalaman sepanjang berblog. Doakan saya. Terima kasih.

Balqees Amanda said...

yala nice sharing..pembaca setia ni penting sebenarnya..diaorang selalu baca blog kita..tau tentang kita..dah macam kawan..even tak pernah jumpa kan..=)

diana said...

akak sokong semua yang mira
terangkan kat tiga2 entry ni..
boleh jadikan rujukan uuntuk blogger2 baru macam akak ni..

Aretikz said...

Piwit.. malu2 dia dipuji.. hehe.. sorulah.. wordpress memerlukan anda meloading page.. hehe..

bab singkatan kalau macam UPSR, SPM, STPM, senanglah nak faham.. tapi kalo macam SKT, ISO, hnya certain2 orang jak faham.. huhu..

Erk? Haha.. selalu juga beta macam ni kan? Part dialog lah kebanyakkan.. ahakz..

Keep it up Mira.. bila lagi.. pengalaman orang memang berlainan..

NuSaNa NoSa 91 said...

mira~~ keen pon ske pop-up window utk bhgian komen gk.. senang.. klu blog yg xguna pop-up window, rasa lesu je nk komen.. huk3~ =.="

iqbalsyarie said...

menarik :)
TQ

mira_nas said...

Balqees Amanda: yep.. even tak pernah jumpa. terasa ukhuwah terjalin dari jauh

diana: tq kak. mira pun masih belajar lagi

Aretikz: huhu, nak wat camne kan. dah tak boleh setting lain. Jadi copy paste je lah URL artikel terbaru ke shoutbox bila bw

NuSaNa NoSa91: lebih senang.. tak gitu?

iqbalsyarie: harap memberi manfaat

an-nisa' said...

i tend to use 'bahasa rojak'~haha
oh, terkena batang idung :)

nas said...

yeah..aku suke gak komen dalam bentuk pop up window..yg embeded tu xsesuai kalau intenet slow..yg full page plak xmenarik n nampak buruk serta tak leh sha entri time kita nk komen

NuSaNa NoSa 91 said...

yup2~ pop-up window lg senang.. dan klu bleh, tamau ada verification word.. baru la idop lg best nk komen2.. tehehehe~ ^_^

nora said...

i pun pakai embedded form dulu, pastu ada terbaca kat satu blog ni, dia suggest pakai pop-up lagi user friendly, pastu trus tuka

Burp said...

hahaha~ saye sokonggg~~ :D

Azmi said...

tak paham la kenapa diorang ni masih nak letakkan security code tu??
menyusahkan lar...

mira_nas said...

an-nisa': up to you ..dear~

NuSaNa NoSA 91: yep..setuju tu

nora: huhu.. taw takpe

Burp: terima kasih atas sokongan anda

Azmi: mungkin diorng tak perasan kot.

syafiq said...

mira macamne nak tau kite punye page gne yang mane satu ye?

syafiq said...

gne popup ke. embedded or full page...nak tau camne?...kene tngk ciri2 die ke?

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template