Sunday, December 12, 2010

Cara mengesan blogger gila trafik!

Rasa bengang tak kalau tiap kali klik pada link orang yang tinggalkan URL di shoutbox adalah dari blog yang sama walaupun nama shout yang digunakan adalah berlainan? MESTI BENGANG KAN? haaa.. baru je terjadi kat mira semalam... mira punya shoutbox penuh dengan link.. macam nak banjir! Tapi rupa-rupanya dari blog yang sama.. sampai nama blogwalking mira pun dia guna.. nama blogwalking mira = mira_nas . Lepas ni.. siapa guna lagi.. siap la.. sula nanti.. haha. So, macam mana nak tangani blogger yang macam ni nih.. MAW KASI PELAJARAN SAMA DIA..

mira guna contoh dari shoutbox mira sendiri ye..dan browser yang mira gunakan ialah Mozilla Firefox, tapi rasanya boleh je guna untuk semua browser.. caranya mudah je.. jom!



Sila gunakan kanta pembesar anda/Open in new tab.
Nampak tak yang mira bulat-bulatkan tu? ha... satu link di shoutbox.. satu lagi URLyang akan terpapar bila cursor berada di atas link. Jadi, sebelum klik pada link tu, boleh le check dulu dan sahkan empunya link tu gila trafik ke tak.. hahaha

ok, faham tak murid-murid sekalian? rasanya itu paling ringkas dan padat yang cikgu mira dapat bagi penerangan.
Pengajaran kali ini
1)jangan gila trafik
2)jangan fikir orang lain ni buta bebeno IT sampai tertipu macam tu je.
3)blogwalking lah secara jujur, tinggal komen.. kan seronok, sejuk je jari empunya blog

P/S: kepada orang gila trafik> ingat kau je bijak? ni.. aku lagi bijak taw... arghh..  buat naik blood pressure aku je. sakit tengkuk!

kalau korang korek2 shoutbox kat bawah tu.. mungkin le jumpa siapa gerangan nya.. hehehehehe ><
 geram!

17 komen dari pembaca :

princeduyong said...

hehe...macam ragam manusia kan...

Aretikz said...

Betul2.. benda wajib yang tak boleh lepas kalau tengok url kat shoutbox.. nanti ada yg minta klik xpatut2.. tapi ni lagi sadis.. minta klik banyak kali.. hehe..

ika~~ said...

tak phm knpa org tu buat cmtu..=.=
link to ur blog kaaan?

saiful said...

betul tu, ramai yg terkena. 5-6 link dari IP dan masa yg sama, nickname je lain.

amira said...

princeduyong: haaa.. taw takpe

Aretikz: yep... geram betul

ika~~: tu lah.. bukannya orang tak g site dia

saiful: hurm.. betul3.. bengang kan?

Burp said...

haha pnah gak terkena.. tapi takur tuh ar.. org tuh gune nick orang lain, then spam kita punya shoutbox diret ke blog dier.. hahaha

saya xpernah spam! :P

papabear said...

itu bukan gila traffic... itu memang blogger gila tu... hehe...

touya said...

Perjelasan dari saya

Memang menjadi kebiasannya bagi sesetengah blogger untuk menukar nama . Sebenarnya cara nie adalah untuk mengetahui bilakah kali terakhir kita ke blog seseorang .

Kalau anda perasan , saya sendiri selalu menggunakan nama ditambah dengan beberapa angka selepas itu seperi A1 , A2 , A3 .

Mengenai konsep gila trafik , sebenarnya adalah salah . Sebagai contoh jika saya guna nama Ayam tinggal jejak . Kemudian guna nama Itik tinggal jejak . Dan pihak anda buka sekaligus kedua-dua blog serentak . Saya tidak mendapat dua UV trafik . Masih lagi hanya mendapat satu . Melainkan anda klik blog ayam . Reset IP atau restart atau tunggu IP bertukar kendian klik blog Itik itu barulah betul .

Walaubagaimanapun ia tetap tidak lari dari kenyataan saya adalah blogger gila trafik .

amira said...

burp: geram kan.. kita bw elok2 kat blog dia.. dia wat camtu

papabear: haha.. memang pon

amira said...

touya: well.. yang tambah no kat belakang nama tu tak kesah la.. jangan salah faham pulak.. blogger yang gila trafik ni.. saya maksudkan, dia guna nick name bw orang lain untuk redirect ke blog dia.. hatta terkantoi guna nama bw saya sendiri..saya pon nak tarik trafik.. tapi tak la maksud main tak tik kotor macam tu.. mcm awak kata.. awak letak no kan... ? ha.. tapi 'A' tu still nama awak.. betul tak.. so identiti awak tetap dapat dikenalpasti dan saya tahu kalau saya klik link awak walau itu A1, A2 atau A3 ,,,itu adalah awak.. saya harap awak tak silap faham ok..

Azmi said...

mira azmi dulu pernah kena dan azmi ada buat entri marah kat si gila trafik tu..entah lla nak sgt trafik jadi polis trafik la...
ish3...skrg ni org dah tak main bw tinggal2 jejk mcm tu..better tinggal komen lah...

Encik MT said...

sokong dgn kata2 touya! haha! baru nak tulih camtuh,nsib bek touya dah tulih dulu.haha!

amira said...

Azmi: kau saja yang faham perasaanku ini. huhu

Encik MT: well.. itu tak jadi masalah lah.. sila baca apa yang saya dah tulis betul2 ok

cik miera said...

hmm sy pun pnh dapat gak..nyampah..knp la nk gila traffik sgt..xpaham tol.

Lina_Lin said...

lina pon ader mslh nieh jugak..thnks for the knowledge..

Belalang Hijau said...

arini nmpk mcm ah slow sket dah geng2 tu...bagus la...perjuangan segelintir blogger yg nak berblog secara bersih berjaya...ngee

teratai said...

itulah ragam dunia, dlm dunia cyber pun nak menipu...agak2nya di dunia nyata, kerjanya asyik menipu je kot!

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template