Saturday, December 4, 2010

Kalau sentuh jadi ta**

Di petang hari, nak senang kata lepas Zohor la.. apa yang aktiviti anda? Tidur, baca buku, makan atau tengok TV? oh ye... kalau tengok TV apa ye ceritanya? Kartun? Lagenda.... haaaa... Kalau cerita lagenda dari seberang... mira layan juga kadang-kadang tu kalau dah bosan.

petang-petang, saya pergi menanam.. tipu je! > < (image CR to Google)
Walaupun kebanyakan cerita tak masuk dek akal, unsur-unsur magis yang keterlaluan, namun semua nilai dan pengajaran disampaikan secara santai dan mudah difahami. Mungkin ini kekuatan cerita-cerita begini dari seberang. Contohnya, baru-baru ini mira pernah menonton episod yang anak tiri terpancing  ikan yang boleh tukarkan benda kepada emas.


Ikan tu pula tahu budak tu budak baik dan dikerah macam orang suruhan oleh ibu tirinya. Plot cerita yang skeptikal buat mira boleh agak ibu tiri budak itu akan rampas emas-emas tersebut dan menjualnya di pasar. Haha.. bila layan tengok.. memang betul pun. Sebelum pergi, ibu tiri tersebut menyuruh budak itu mengemas rumah, mencuci pakain, memotong kayu api dan memasak. Kerja-kerja begitu memanglah agak sukar bagi seorang kanak-kanak sepertinya. Dengan pertolongan ikan itu, semua kerja dapat diselesaikan tanpa kudrat yang banyak. ( Kalau ikan ni ada kat rumah mira pun takpe.. hehe.. tak payah gaji orang nak suruh kemas rumah ke ape.. ><) 
ikan oh ikan..goreng pon sodap nih! (CR to Google)

Namun semua itu hanya menimbulkan kecurigaan kepada emak tiri. Yelah, mana dapat duit dok masak makanan yang sedap-sedap tu? Akhirnya, budak tersebut terpaksa memberitahu perkara sebenar bahawa ikan itulah yang menolongnya setelah telinganya dipiat dan dipukul-pukul. (Kejam!) Kerana amarah yang membuak-buak, ibu tiri tersebut menggoreng lalu memakan ikan tersebut. Akibat dari perbuatannya itu, apa yang disentuhnya menjadi emas. Pada mulanya, ibu tiri tersebut gembira namun mula trauma kerana anak kandungnya pula bertukar menjadi emas apabila disentuhnya. Akhirnya, dia menyentuh dirinya sendiri dan kaku menjadi emas. Si anak tiri tersebut mengagihkan emas-emas tersebut tetapi tidak menyerahkan dua patung emas manusia; adik tiri dan ibu tiri , tanda dia sayang akan keduanya. THE END.

Ha... santai je kan ceritanya. Siap dapat balasan cash lagi. Realitinya, memanglah tak macam ni, tapi sekurang-kurangnya kita boleh ambil pengajarannya. Kalaulah kita dapat balasan direct je lepas kita buat dosa macam kaum-kaum terdahulu, mungkin takde la masalah-masalah sosial ke , songsang ke dan sewaktu dengannya. Tapi bayangkan sahaja azab macam mana Allah nak bagi kat kita bila tengok keadaan duania sekarang ni. Mak mira cakap lepas tengok cerita tu>>>>

Ha... Ni sentuh jadi emas.. kalau jadi taik macam mana?

Kalau sentuh jadi taik. busuk la satu dunia ni ha..

P/S: Syiok juga layan Lagenda,, Cerita Putera Katak pon macam best je,,,layan~~

3 komen dari pembaca :

roe233 said...

hye mira,

just to let u know yang ministry of moment ada buat contest and they just extended the deadline till tomorrow at midnight. harap sudi join. :) InsyaAllah kalau menang, winner gets RM2,000 worth of photography package.


detals ada kat blog roe.. jemput join ya? :)

mario said...

tapi terlampau mengarut sgt...tu yg malas nak tengok...

KABAKOGA said...

pasti crite dongeng indon..,

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template