Sunday, December 5, 2010

Operator tak bertauliah


Kami jolok limau bali alang-alang pergi kenduri kat Kuak semalam.
Kami dah pilih yang agak-agak dah dah masak. Kalau dah masak, kulit limau bali tu warna kuning. Mak kata, orang tak panggil limau tu limau bali, tapi limau kampong sebab kalau limau bali duduk kat bali lah.. bukan duduk kat kampong (haha.. ye la tu mak ooii). Lagi satu, bezanya, isinya merah..tak macam limau bali biasa yang jual kat tepi jalan tu. Isinya putih.
ni la rupanya.. (CR to Google)
*oppss ..sori.. tak sempat nak snap pic sendiri*

Opah juga ada berpesan dan tanyakan pasal limau bali setiap kali ada pasar malam. Yelah.. Limau bali kan elok untuk orang sakit darah tinggi. Jadi kami beri dua biji. Bukan main seronok lagi.
Tapi, mak tak ikut waktu mira dan adik-adik ke rumah opah. Jadi, mak telefon saja.

Mak: Hello.


?: Hello.

Mak: Boleh saya bercakap dengan Hajah Hamidah, ni Puan Salma… (mak aku saja bergurau ke?)

?: Hello, ini siapa?

Mak: Hello, ni mesti tak reti jawab telefon la ni. Panggil opah jap.

?: Hello, nak cakap dengan siapa…..

Mak: alamak… lepas sorang-sorang dok hello.. hello..panggil le opah sat..

?:* tuuuuuutttttttt*

Mak: la.. letak telefon pulak.. hurm. … kena telefon hp opah le jawabnya..

Itu la operator kat rumah opah bila dah ramai-ramai tu sepupu yang kecik-kecik. Mira rasa la.. kat rumah sepupu-sepupu mira tu takde telefon rumah.. sebab itu excited nak jawab telefon. Bila cerita kat ayah , ayah kata:
“ tu lah… siapa suruh tak bagi briefing dulu”

Macam mana nak briefing? Faham ke budak-budak tu?

"cakap la, kalau telefon ni bunyi, panggil opah taw"

oooo.. gitu ke.. nanti mira test kat anak sendiri.. haha =p

Sepupu mira ramai.. dalam 50 lebih.. tak ingat pun nama-nama mereka.. lagi-lagi yang kecik-kecik tu… haha.

p/s: macam ada yang tak kena je hari ni,,,, =(

3 komen dari pembaca :

Un Phat Lee said...

mak aih sampai 50.mesti meriah en bila raya.

Azmi said...

banyaknya sepupu...wow!!!
eh apa yg tak kenanya???

amira said...

ramai sepupu sampai tak tau nak tido kat mana rumah tu bila raya..

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template