Sunday, December 26, 2010

Segmen Jom Berkenalan.


Maaf kerana menghilang tanpa berita. Sebenarnya sekarang mira baru pulang dari rombongan 2 hari ke Kelantan dan Terengganu.  Pengunjung dan  blogger yang sudi menerjah blog ini semasa ketiadaan mira, mira ucapkan terima kasih ye.

Terima kasih Aretikz kerana sudi tag mira untuk Segmen Jom Berkenalan oleh Cikgu Akim. Eh? Cikgu? Kita samalah~ huhu..

Sebenarnya, mira segan juga nak sertai segmen ini. Almaklumlah, mira pun tak selalu tulis tentang diri sendiri. Jadi, ini secara rasminya pertama kali ingin dikongsikan butiran diri. Sesiapa yang nak menyertai segemen ini bolehlah dapatkan maklumat lanjut di blog Cikgu Akim.

Diri Sendiri:

Oh ye, masih ingat entri 43 kotak tu? Haaa,,, nama sebenar mira ialah Amiratul Iqamah Nasution Binti Lukmal Hakim. Gender saya perempuan. 
kena letak gambar macam ni kat sidebar ke?

*Ada yang fikir saya ni lelaki. Haih~
 Berasal dari Ipoh. Berumur 21 tahun (2010) kerana dilahirkan pada 31 Disember 1989. Saya masih belajar di Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani Kedah.

Tentang blog pula:

Saya menulis secara versatile. Tidak tertumpu pada satu genre.  Tulis apa yang saya rasa perlu. Diam bila saya tak tahu apa nak ditulis. Saya akan cuba sedaya upaya untuk menulis supaya pembaca dapat ambil sesuatu dari tulisan saya.

Dunia blog:
Dunia blog sekarang makin meriah. Makin ramai yang menggunakan blog sebagai medium meluah rasa dan berkongsi apa sahaja. Terasa semakin banyak lagi mahu belajar dari blogger lain dan semua pembaca.


Nasihat kepada Newbie:

1) Rujuklah tips dari blogger yang telah lama menceburi dunia blog.
2) Mintalah pandangan orang lain mengenai blog anda terutamnya pengunjung tetap.
3) Terimalah kritikan dari orang lain

Membina blog bukanlah hanya dalam sehari. Jika anda cuma ingin tahu atau hanya hangat-hangat tahi ayam, lebih baik berhenti kerana anda akan terasa terbeban.

Keunikan blog ini:
Anda baca dan nilailah. Setakat yang saya tulis, itu sahajalah kemampuan saya.

Sampai bila berblog?
 Persoalan ini sukar untuk dijawab. Saya dan anda tidak tahu apa yang mendatang di hadapan. InsyaAllah, setakat yang termampu. Saya akan terus menulis.

4 rakan yang di tag:
Bambam's Story
Ayie's Life
Sweet Memories
Reen


Best Comments from previous entries:


OrenLimau said... hurmm.betul2..
tulis sebab suka tulis blog.
bukan sebab nak kejar ape2 pon..
kdg2 blogwalking pun bukan semua yg datang baca entry kita..just tempel nama jek..apa2 pon..terpulang pada selera masing2

2.  Buatlah pembaca anda setia bhgn 3 (akhir)


nas said... yeah..aku suke gak komen dalam bentuk pop up window..yg embeded tu xsesuai kalau intenet slow..yg full page plak xmenarik n nampak buruk serta tak leh sha entri time kita nk komen

p/s: alamak...cuti dah nak habis la!

11 komen dari pembaca :

:Cikgu Akim: said...

suka baca sumer jawapan..nice story!semoga berjaya capai segala impian dihati~

kalau ada masa sudilah melawat rakan2 yg join segmen ni kat blog saya tau...

salam perkenalan dri saya bakal guru SP n Biology~

pss:nama ayah mira ngn saya lebih kurang la..peaceee

mira_nas said...

:Cikgu Akim: thanks ye. InsyaAllah jika tiada kekangan masa..saya akan datang melawat~huhu.. selama belajar dan jadi cikgu Bio..

hurm..dah perasan dah nama awk mcm nama ayah saya .. huhu

hiro said...

heee..meriah ye..

dayanadarmawi said...

heyy , nice blogg ! rjen2 la dtg jenguk my blog . dontforget to follow me keyh hee :)

alif said...

br je blk dr tgganu gak....

♥ Teacher Rinz ♥ said...

hye teacher!
kt mn saye ditag?:)

Aretikz said...

Weehuu ~ selalu gmbar separuh.. ni baru gambr penuh.. hehe..

Mr.Z said...

walaupun kita menganggap blog sebagai medium meluah rasa tapi kita kena fikir juga, ada batasannya.. :)

OrenLimau said...

hey...cool!hahhaa
keep it up,friend.
see u soon.
hope u miss me ;)

HaNTwO said...

1st time nakmpak muka mira ni hahahahah...

♥WEIYDAWEINGWAFFA♥ said...

Nice!!

jom singgah my new blog n being my followers too...tq

http://mummylovepink-lovely.blogspot.com/


and

jom singgah my shop blog...tq

http://mummylovepink-shoppaholicblogspot.blogspot.com/

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template