Wednesday, December 15, 2010

Suami Muda Manja

"Kakak.. jangan le kahwin lelaki muda" tiba-tiba mak buat statement panas begini.
Apa pasal la pulak mak nih... nasib baik tak tersedak makan nasi goreng. " Apekehalnya, mak?" sengaja bertanya waluapun rasanya tahu apa yang ingin mak perkatakan.
"Yelah.. manja sangat!Tak boleh diusik.. ikut suka hati dia je nak buat apa..tak nak susah sikit pun..! Bini la yang kena uruskan semua hal rumahtangga dan anak-anak..dia duk relaks je"..jawab mak seakan-akan tak puas hati.

" Pagi-pagi baring.. tido macam tu je.Lepas tu, raya pulak. Tak boleh duduk lama-lama kat rumah opah.. mesti nak balik sana raya sorang-sorang!" sambung mak lagi. Panas agaknya melihat perangai suami-suami muda yang manja tak sedar diri dah tua tu.

"Biarlah mak.. orang macam tu nak tegur pun susah. Ye lah, dah besar, tua pun,,ada kepala otak sendiri. Tahulah dia fikir. Kerja pun bukan calang-calang punya. Kita yang tengok ni berdoa je lah. Kalau tak boleh nak cegah..benci dalam hati pun boleh juga kan?  Kalau bahas benda ni panjang-panjang pun kita yang sakit hati,, sakit mata tengok keadaan tu..."

Hurm..Mak memang dari dulu tak suka mira 'berkawan' dengan lelaki yang muda. Sebaya pon kalau boleh elakkan.Mira faham kenapa sebab contoh-contoh tak baik tu memang terbentang depan mata.
Mungkin sebab itu.. mak meletakkan syarat jarak umur antara mira dan calon bakal menantunya paling kurang 5 tahun ke kan..uihh mak~ mano den nak cari?

Ye lah..lelaki memang lambat matang. Sukar nak nilai mereka.Mungkin waktu di awal perhubungan, kita boleh nampak ciri-ciri tanggungjawabnya, tapi bila dah bernikah? ada anak? bebanan rumah tangga makin banyak? Mulalah nak angkat kaki duduk senang lenang kat kerusi malas.

Mungkin suami muda manja ni rasa.. sebab isterinya lebih tua,si isterilah yang patut lead dalam rumahtangga. Jangan tersilap ye lelaki seantero Malaya. Kamu tetap ketua keluarga. Di SANA nanti kamu akan ditanya tentang amanah yang kamu pegang. Jangan ambil enteng ye lelaki. Kat SANA tiada peguam bela tau! Senang-senang je tercampak kat Neraka. Penat je buat Ibadah. Bajet alim gitu.

Alhamdulillah..bahagia hendaknya
moga berbahagia
*image credit to Google* ok.. dua gambar kat atas? no komen~ public figure mesti la kena bahagia kan.. jadi perkahwinan contoh yang happy ending story, awwwww~

p/s: aku tak emo..siyes.. ! mulut je makin cibai..hahaha. well, siapa yang makan cili.. dia la rasa pedas.. ye tak? (ok.. mira ngaku ada conversation yang diubah sikit antara mak dan mira supaya sedap mengikut rasa membaca..hehe)..oh ye..awards tu nanti lah ye kawan-kawan sekalian.. in progress!

The best Comment from previous entry: Merokok? Eh, kau makan babilah!
Anonymous tehC said...

sebab tu orang yang hisap rokok pemalas nak solat...betul tak..cuba perhatikan pada mereka yg hisap rokok bab semayang agak malas..kalau rajin pun depan awek jer...hahaha..anyway nice to meet you..

15 komen dari pembaca :

Peminat Katie Holmes said...

muda manja la best.haha

- GC - said...

lelaki muda manja ek? hehe. mujur tak dapat lelaki muda... hahahaha

izyanty collection said...

kita pun sependapat ngan mak u gak heheh

rumetshiputshedut said...

lelaki muda manja?
comel jerk..!haha,,,

nora said...

muda manja? awwww i like laaa (tak tak ni aku tipu =p)

Lelaki Ini said...

hahahaha
muda lg bertenaga!
ahaks!

amira said...

Peminat Katie Holmes,rumetshiputshedut, nora: haha, mungkin mula2 je la best..bila beban bertamabah? hahaha..

-GC-: dah kawen ke?

Lelaki Ini: yo la tu.. haha

OrenLimau said...

hahaha.apehal la suma orang asyik cite pasal tunang,kahwen masa cuti ni.hehe.
patutla tak boleh yg muda.hehehhe

Azmi said...

setuju dgn lelaki ini..
haha...bertenaga bab tu je la tapi bab tanggung makan bini anak dan keluarga tak la kot..
sebab tu azmi nak kawin umur 30..masa tu dah matang la kot??
haha...

HazUmA ZierAh said...

hahaha.. x suma la gtu.. uncle saya ok pun.. rajin lagi,,..hihi

P/s:kalau sudi,.. undilah saya..146..
http://bpm-undi.blogspot.com/

amira said...

OrenLimau: entah..mungkin ini musimnya kot

Azmi: haha.. 30 tak lambat sangat ke?

HazUmA ZierAh: hurm.. tengok baka kot.. hahaha

diana said...

setuju lah mira..
suami akak sebaya dengan akak..
awal2 kawen akak dah bagitau
dia kena bertingkah laku seperti seorang ketua keluarga..
walaupun kita sebaya tapi dia kena lebih pantas bertindak berbanding akak.dan jangan sampai orang kata akak yang handle rumahtangga.
dan sekarang alhamdulillah..
ramai yang cakap dia nampak 3x lebih matang dari akak.heheh

cik dira said...

yg muda umo pnjg mak..jwb mcm tuwh.haha

Aretikz said...

Weehuu ~ kalau awet muda termasuk juga ka? haha.. apapapun.. kadang2 umur xdak memainkan peranan.. namun dek kerana pengalaman itu penting.. kerana pengalaman mendewasakan diri.. makanya lelaki muda ni susa sangat nak mencapai tahap itu.. bergantung perjalanan hidup seseorang.. itulah yang akan mendewasakan diri.. hehe..

amira said...

diana: huhu.. kak, glad to hear that

cik dira: hahaha.. umo panjang yang buat amal ibadah takpe ahh

Aretikz: mungkin gak kan .. tengok la kronosistem sekarang.. well mungkin ada yang macam tu,.1 dalam 100?

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template