Monday, January 31, 2011

KYLE!

5 komen dari pembaca
Cadangnya nak buat laporan tentang liputan.. tapi hari ni bz buat kek coklat, jadi terpaksa ubah niat tu. Nak ucap tahniah pada kyle sebab dapat topap sempena menjadi follower ke 600.

Oh..namapak tak yang mana satu? yang gambo ikan tu ha.. dan keratan rentas blog beliau pula adalah seperti di bawah:

Tq ye kyle dan tq juga kepad follower lain. Oh ye,,, nak kek coklat? Gambar je la..
tak sempat nak ambil gambo sebelum makan.. hehe

Sunday, January 30, 2011

25 je? sikit le tu

3 komen dari pembaca
ben! awat sikit sangat? 25 je.. huhu... tak silap, hari tu pun oren ada tag ni.. tapi, malas nak buat waktu tu..
ok.. disebabkan awak tag saya dengan "25 perkara tentang diri saya" ni,, awak dihukum baca sampai ke noktah terakhir.. hahaha... bukan ben je ok, awak pun sama. Tak payah pandang-pandang belakang, awak lah yang sedang baca tulisan saya ni.


  1. Nama saya Amiratul Iqamah Nasution Binti Lukmal Hakim
  2. Umur 22 tahun
  3. sebab dilahirkan pada 31 Disember 1989
  4. Sedang menuntut ilmu di IPG KSAH
  5. InsyaAllah, akan dipostingkan menjadi guru Sains, bukan Sain ye.
  6. hurm,, saya minat mengajar kanak-kanak kecil comel
  7. tapi saya juga minat komputer
  8. saya suka ramai kawan

Sain ke Sains?

4 komen dari pembaca
Oleh sebab Kedah cuti mula hari Jumaat, petang Khamis tu dah menderu balik rumah. Memang release tension sungguh sampai terlupa pada blog tercinta. Jumaat pula kat Ipoh ni kan orang sekolah, jadi saja menggatal ikut ke sekolah baru mak.

Baguslah sekolah tu, pagi-pagi ada motivasi sebelum masuk kelas. Kebetulan , hari itu hari Jumaaat, ada bacaan Yasin. Buat kat surau je, amaklumlah, sekolah gred B, taklah ramai sangat muridnya.
Sebelum ada la naik ke bilik guru sekejap, sambil berkenalan dengan guru-guru kat situ.

Tapi apa yang menarik, mira terpandang jadual seorang cikgu ni.. Macam nak tergelak pun ada, tapi mungkin ke perubahan ni mira je tak tahu?

Sori.. kamera hp cabuk je..

Lama juga mira tenung jadual tu, kot le mata ni dah rabun dekat pulak. Huhu.
Anyway... soto kat situ memang sedap.

Next entry: Hot issue depan rumah mira! Orang persendirian yang tamak dan buat projek tak masuk akal!

Wednesday, January 26, 2011

Hari Khamis

9 komen dari pembaca
Kerana hari Khamis adalah esoknya bagi  hari Rabu
rasa macam mahu melompat keriangan
Alhadulillah, boleh juga blaik bercuti..
dah rasa macam tepu duduk di sini.. terasa nak balik je..
cuti? alhamdulillah, 10 hari lah!
Moga cuti kali ni tak terbazir macam tu sahaja.
Ameen~

ok. sekrang ni mahu minta maaf sejujurnya kepada pelawat blog, ada yang saya tak shout, tapi tinggal komen je..jangan marah ye.. almaklumlah, internet ni, ragamnya banyak... lagi-lagi bila kitaran dah nak dekat-dekat hujung bulan ni.. 28 hb nanti ok lah tu.. sabar je lah ye... ok lah..
sekian.

p/s: Aku mengahrgai mereka yang tanpa jemu melawat dan memberi kepercayaan kepadaku bahawa aku akan pulangkan trafik kepada mereka walaupun terpaksa silent blogwalking. Terima kasih!

Sunday, January 23, 2011

Hasil Tinggal Komen

7 komen dari pembaca
Dah jadi habit rasanya bila pergi ke page orang lain, InsyaAllah kalau tiada aral melintang, mira akan komen entry orang lain.

Sebelum ni pun pernah dengar, kalau kita tinggalkan komen di blog orang lain. Kita akan dapat backlink. Backlink amende? Entah la, mira sendiri tak lah arif sangat soal backlink ni.

Tapi lepas check di tool ni, rasa seronok pula tengok backlink yang mira dapat 208. Fuyyoh! banyak tu. Almaklumlah, taklah tegar sangat blogging ni pun kan.
oh... 208 tu

p/s: rasa macam nak ada domain sendiri,.. ainlh.com , ok x?

Saturday, January 22, 2011

Blogwalking List 2011 bersama AbgferOz

4 komen dari pembaca
Kali ni nak masuk blogwalking list Abg Feroz. Bagus juga dia buat macam ni. Almaklumlah, abg Feroz ni rajin blogwalking. Boleh dikatakan, dia banyak juga up trafik blog mira. sehari kadang-kadang tu sampai tiga kali dia mai sini.

Di bawah adalah dicopy terus dari entry beliau. (Abg Feroz tak marah kan copy2 ni?)

Kebaikan join Blogwalking nie ?
1. minggu pertama tiap2 hari aku akan blogwalking ke blog korang
2.Blogwalking list ini akan digunakan oleh blogger2 baru untuk blogwalking
3. Aku akan FOLLOW blog korang yang join walaupun korang x follow blog aku
4. aku akan submit blog korank ke google sluruh dunia..
 
 
Jangan tunggu lagi.. jom sertainya!

AbgFeroZ

Friday, January 21, 2011

E-codes.

3 komen dari pembaca
“Mencari yang halal adalah keawajipan Muslim”
Atas kesedaran itu, mak suruh kami bawa senarai ini tiap kali shopping. Lihat labelnya, bahannya. Pastikan ada atau tidak E- codes di bawah. Jika ada, sila elakkan kerana bahan tersebut adalah dari babi.

bawa ini semasa anda shopping
Jangan berdolak dalik soal halal dan haram lebih-lebih lagi dengan apa yang kita makan. Jika memilih yang mengandungi bahan yang HARAM, makanan tersebut akan menjadi darah daging dan seterusnya menggelapkan hati. Akhirnya, kita akan jauh dari rahmatNya. Tanpa kita sedari, itulah sebenarnya punca doa-doa kita tidak dimaqbulkanNya. Sama-samalah kita berikhtiar.

Wednesday, January 19, 2011

Kamus Dwibahasa Bergerak

5 komen dari pembaca
Haru! Lecturer pun tahu ‘last2 minute’ mengenai pertukaran medium atau pengantar bahasa bermula tahun ini ialah Bahasa Melayu ekoran dari peralihan PPSMI kepada MBI-MBM. Walaupun perkara ini dijangka akan berlaku, tapi sebenarnya tak mudah untuk melalui fasa transition ini. Mana tidaknya, semua terma-terma harus ditukar kemabali kepada ibunda. Walaupun kami penutur natif, kami sendiri masih terkial-kial untuk membuat tugasan dalam bahasa ibunda sendiri.


" Pemejalwapan dalam English apa?"


"Eh.. micrometer screw gauge tu.. tolok skru mikrometer, kan?"


" Aku dapat Beam Balance kat Google Translate tu 'angka keseimbangan'.. yeke? macam pelik je"
ihsan Google


Inilah realiti semasa yang berlaku. Kalau cikgu pun jadi haru-biru, murid-murid pula macam manalah agaknya? Terasa tercabar pula untuk jadi Kamus Dwibahasa Bergerak ni. Berdoalah untuk kami ye.

Tuesday, January 18, 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim

2 komen dari pembaca
"Sekarang belajar kat mana dik?"
"IPG KSAH kat Sg. Petani"
"IPG?" "Apa tu?"
"hurm.. maktab.. sekarang dah tukar nama dah. IPG. Tempat saya belajar kat Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani"
"Oooooo"

Begitulah jawapannya bila ada yang bertanya tentang tempat belajar. Walaupun jauhnya tiga jam perjalanan dengan menaiki bas, tapi hatiku sudah terjatuh cinta juga dengan tempat belajarku sekarang. Terpanggil pula nak sertai BPM ini. Saya dapat jemputan khas dari Cik OrenLimau. Terima kasih~

Buat rakan-rakan blogger lain yang sedang belajar di IPG/maktab boleh sertainya di link bawah:



Apa beza antara IPG dengan IPTA/IPTS yang lain. Sebenarnya tak lah berbeza sangat, cuma IPG ini adalah tempat latihan khusus bagi guru pelatih sebelum ke mengajar di sekolah rendah.  Mira dapat surat tawaran ke sini setelah tahun kedua mencuba untuk masuk ke IPG. Alhamdulillah, walaupun lambat masuk setahun, dapat juga bergelar pelajar IPG.

Kursus yang saya jalani sekarang ialah PISMP. Saya merupakan pelajar Pengajian Sains minor subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. INSYAALLAH, jika ada rezeki, postingnya saya nanti akan menjadi guru sains sekolah rendah.

Saturday, January 15, 2011

PASAR TANI BARU: Ikan segar tanpa formalin

5 komen dari pembaca
Pengunguman penting!
Esok bersamaan 16 hb Januari 2011 bertempat di Jalan Pemimpin,IPOH iaitu di kawasan Surau Ikhlasiah akan diadakan Pasar Tani (PT) buat kali pertama. PT ini istimewa kerana hanya menjual Produk HALAL buatan Muslim.
Selain dari barang keperluan harian, bahan-bahan mentah seperti ikan dan daging juga dijual dengan harga yang lebih murah.
Bekalan ikan adalah ikan-ikan segar yang terus diambil dari Pantai Remis. Buat pengetahuan anda, hampir 80-90% ikan di Pasar Borong atau ikan di PT berusia paling kurang 5 tahun kematiannya. Walaupun 5 tahun dah mati, ikan-ikan tersebut nampak masih segar kerana diawet dengan formalin. Formalin ialah bahan awet yang selalunya digunakan untuk mengawet mayat.

PENGGUNAAN FORMALIN PADA IKAN DAN MAKANAN LAUT YANG LAIN
- Formalin adalah sejenis bahan kimia yang  di gunakan untuk mengawet mayat. Namun begitu ramai juga penguasaha dan peniaga yang menggunakan formalin untuk mengawet bahan-bahan mentah seperti ikan dan makanan laut yang lain supaya tetap terlihat segar.  
Gejala yang ditimbulkan jika formalin tertelan ialah mulut, tekak dan perut terasa terbakar, sakit menelan, mual, muntah, cirt-birit, kemungkinan terjadi perdarahan, sakit perut yang hebat, sakit kepala, hipotensi, kejang, tidak sadar hingga koma. Selain itu, juga boleh menyebabkan kerusakan hati, jantung, otak, limpa, pankreas, sistem susunan saraf pusat dan buah pinggang. Sumber: sini.

Musibah sebagai pengajaran

8 komen dari pembaca
Kecoh satu asrama! Kes kehilangan barang-barang.
Almaklumlah.... tempat ini sepatutnya menjadi acuan kepada generasi pendidik generasi akan datang.
Jadi tempat latihan pencuri professional.
Apa kejadah? Entah.. mungkin macam tak masuk akal.. tapi inilah realiti.

cr to Google

Pencuri masuk senyap-senyap dan ambil laptop, handphone, duit..
Mana tak menangis empunya barang. Semuanya penting. Lagi-lagi sebagai pelajar. Bukan ada duit nak dapat yang baru.

Salah sendiri juga, tidur tidak berkunci pintunya. Terlalu tawakkal.

Situasi ini semua buat orang-orang sini sentiasa kunci pintu biliknya walaupun hanya mahu ke tandas. Terasa susah nak mempercayai orang. Mungkin yang dekat itulah yang mengkhianati kepercayaan.

Musibah seperti ini, moga jadi pengajaran. Mungkin Dia nak ingatkan kita sesuatu kerana Dia sayang kita.

Friday, January 14, 2011

Pilih yang simple

5 komen dari pembaca
Tukar cat lagi!
itulah.. dok nasihat orang buang widget itu ini kan..
kebetulan.. internet kat sini tersangat lah 'laju'
sampai nak blogwalking pun terpaksa silent blogwalking je
setelah difikir-fikir.. ahhhhh! tukar saja pada yang simple..
tak lah sakit hati nak buka blog sendiri.. pe macam? rasanya dah comel dah tu.

ooh ye.. jom baca buku.

Fikh Kerahsiaan Wanita

3 komen dari pembaca
"Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita mukhallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan  secara jelas sebagai panduan hidup muslimah sejati."
Ini petikan dari muka depan sebuah buku berwarna pink yang dihiasi dengan gambar wanita muslimah. Cantik. Hadiah dari seorang sahabat di hari lahir saya. Memang pada mulanya terasa janggal dengan tajuknya. Tapi saya sedar, tajuk ini penting untuk dipelajari. Mengenangkan masalah gejala sosial yang melibatkan anak gadis sekarang, kita semakin buntu. Salah satu faktornya ialah ramai antara ibu bapa yang tidak tahu cara untuk 'mengajar' hal ehwal pendidikan seks dan menentangnya diajar di sekolah. Walhal, perkara ini sepatutnya ibu bapalah yang menjadi guru kepada mereka.

Saya cadangkan  buku ini yang ringkas dan padat isinya untuk rujukan anda ibu dan bapa dan tatapan anak gadis. Buku ini mempunyai huraian tentang persoalan-persoalan yang sukar dirungkaikan kerana malu menjadi bentengnya.

p/s: terima kasih sahabat untuk hadiah ini.

Monday, January 10, 2011

hiatus

3 komen dari pembaca
maaf.. dah berapa kali ucap maaf..
nanti saya kembali..
coming back soon.
i hope.. a.s.a.p
anyway.. happy birthday to cik OrenLimau... today is her birthday~~

Thursday, January 6, 2011

No more BE

7 komen dari pembaca
When I logged in to my nuffnang account this morning, I realized that all BE is converted to ME.
 

Currently I have no BE. So, I hope for this new year, I hope to get more BE, Nuffnang, help me!
Err.. I have something to ask you guys. Is it better to cash out quickly after earning reached the threshold or wait for bigger value? That's all

hangat cinta mereka

4 komen dari pembaca
Apa nak jadi dengan manusia,
semua benda nak kongsi bersama,
air segelas minum berdua,  
konon setia katanya.
Yang lagi dahsyat,
berjalan kemana-mana pun nak berdua,
dah macam tak ada orang lain kat dalam ini dunia,
macam belangkas sentiasa berdua.
Inilah bahana orang bercinta,

Wednesday, January 5, 2011

Haji orang mati

4 komen dari pembaca
     Cuti yang lepas ramai orang yang ambil kesempatan untuk mendirikan masjid tak kurang juga orang yang pergi meninggalkan dunia. Jiran mira ada dua orang yang meninggalkan. Satu disebabkan oleh tiroid dan satu lagi kanser. Sejujurnya mira tak kenal pun mereka berdua. Almaklumlah, belajar di rantau orang. Untuk bercerita lanjut tentang mereka, bukanlah niat mira tulis entry ini.

    Sudah macam suatu kewajipan, jika ada di antara ahli keluarga yang meninggal dunia, kita akan buat kenduri arwah supaya seumpama pahala bacaan Yasin dan kenduri arwah diberikan kepada si mati. Selepas bacaan Yasin dan tahlil, ustazah yang memimpin memberi tazkirah mengenai cara hidup Islam. Sebenarnya mendengar tazkirah lebih pahalanya kerana dikira menuntut ilmu. Yelah, kita baca Quran pun entah betul ke tak tajwid dan makhrajnya. 

   Namun yang menarik perhatian mira ialah soalan seorang mak cik mengenai menghajikan orang mati. Tradisi orang Melayu kita, orang mati akan dihajikan. Istilahnya ialah niabah haji, atau yang lebih sinonim dengan masyarakat sekarang ialah upah haji. 

"Perlu ke kita menghajikan ahli keluarga kita yang meninggal?"
Ustazah itu menjawab. Wajib kalau si mati dah wasiatkan tetapi tak ada masalah jika ahli keluarga mahu meng'haji'kan si mati jika mampu. 'Jika mampu' itu ialah ada lebihan duit dan ahli keluarga yang tinggal tidak menanggung hutang sebab meng'haji'kan si mati. Lebih tidak digalakkan ialah membuat pinjaman semata-mata  untuk tujuan tersebut. Boleh jadi haram hukumnya jika untuk mencapai tujuan tersebut, keluarga yang tinggal hidup melarat atau dikelilingi hutang. Ada dua dalil yang telah menyebut bahawa rukun Islam yang kelima itu wajib dilaksanakan sekireanya mampu. Boleh la rujuk ustaz terdekat ye tentang dalil-dalil tersebut. 

Kesimpulannya, kalau mampu buatlah. Kalau tak mampu tak perlulah. 

Tuesday, January 4, 2011

Semua ada hikmahnya

5 komen dari pembaca
"Terima kasih,Cikgu"

Gaya ipin dan ipin nampaknya yang diguna waktu beri salam dan ucap terima kasih. Ah, tak heranlah kalau di sekolah. Mungkin lebih menarik dan bertenaga sampai pelajar Tingkatan 6 pun guna. Tak kesahlah~ Asalkan ucapan tersebut tidak melanggar tata susila bicara sopan dan adat ketimuran. Fuh~

Hari pertama di sini sudah benar-benar menguji kesabaran mira sebagai blogger. Internet! Walaupun sudah boleh digunakan, hanya pada waktu strategik sahaja boleh blogwalking dengan lancar seperti sekarang, waktu pagi.
Mungkin juga ada hikmahnya: supaya lebihkan study dari berblogging? Sebenarnya nak merungut la tu..

Oh, sebenarnya nak ucap tahniah pada ibunda kerana dapat memulakan tahun baru di sekolah baru. Alhamdulillah, mak nampak sangat gembira dan berpuas hati dengan keadaan di sana. Baguslah! kalau tak seronok dan stress kan lagi cepat datang penyakit.

Teringat pulak keriaangan adik yang baru habis SPM. Seronok betul dia sebab tak payah pergi ke sekolah sampai dia bawa balik banner Back to School untuk ditunjukkan kepada adik-adik yang lain. Haih,,, seronok bebeno! Kalau dah namanya duduk rumah dalam tempoh 3 bulan ni, mestilah ada hikmahnya juga. Kaulah yang kena tolong mak masak , sapu dan jemur kain. Kan? Hikmah: training jadi anak soleh~
cr to Google

Maaf juga kalau yang singgah ke page ini tapi lambat sikit balasnya. Almaklumlah, saya melayari internet dengan kelajuan semut. Er, 10 km/j?

Sunday, January 2, 2011

Bertindak secara SMART untuk mencapai azam baru.

3 komen dari pembaca
CR to google
Alhamdullillah, kita sudah mula mengorak langkah ke tahun baru 2011. Macam tak percaya je kan? Sebab dua  hari lepas mira baru je sambut hari lahir. Huhu.. tutup sahaja cerita tentang itu. Sekarang sudah tahun baru jadi macam mana azam tahun lepas? Sudah tercapai atau belum? Macam takde topik lain je nak sebut, asyik-asyik pasal Azam, kan cik OrenLimau? hehee

Ok, mira nak share tips macam mana untuk mencapai  azam yang mira dengar dari radio waktu slot motivasi pagi iaitu SMART.

S- Specific (spesifik)
M- Measurable (kebolehukuran)
A- Action (Bertindak)
R- Reinforce (Pendesak/Pengukuh)
T- Time Frame (Jangka Masa)

Saturday, January 1, 2011

Dari meja admin.

3 komen dari pembaca
Ini sticky post..untuk entri baru sila scroll ke bawah.

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Semua pengunjung blog dan pengguna yang dihormati,

1)InsyaAllah, blog ini akan memaparkan artikel berkaitan dengan penggunaan detox patch.
 Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut mengenai Detox Foot Patch ini, sila ke page soalan lazim. Soalan yang tidak tersenarai dalam soalan lazim boleh diajukan kepada saya di amira3112@gmail.com dengan subjek: "pertanyaan detox".
(sila klik read more)


2)Selain itu, tujuan blog ini diwujudkan ialah untuk memberi peluang kepada semua pengguna Detox Foot Patch memberikan testimonial tentang penggunaan produk tersebut khususnya di IPG KSAH ini. Pengguna yang ingin memberikan testimonial hendaklah mengisi borang di page borang testimoni.

3)Selain itu,saya akan update status stok terkini untuk makluman anda.

4)Jika hanya ingin mebaca entri mengenai info kesihatan, anda bolehlah klik pada link "info sihat" di bawah label di sebelah kanan anda dan begitu juga yang lainnya.

5) Follow atau RSS blog ini untuk dapatkan update terus ke inbox email anda atau reading list(bagi yang mempunyai bog) supaya tidak ketinggalan.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini. Sekian, terima kasih.
 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template