Sunday, January 2, 2011

Bertindak secara SMART untuk mencapai azam baru.

CR to google
Alhamdullillah, kita sudah mula mengorak langkah ke tahun baru 2011. Macam tak percaya je kan? Sebab dua  hari lepas mira baru je sambut hari lahir. Huhu.. tutup sahaja cerita tentang itu. Sekarang sudah tahun baru jadi macam mana azam tahun lepas? Sudah tercapai atau belum? Macam takde topik lain je nak sebut, asyik-asyik pasal Azam, kan cik OrenLimau? hehee

Ok, mira nak share tips macam mana untuk mencapai  azam yang mira dengar dari radio waktu slot motivasi pagi iaitu SMART.

S- Specific (spesifik)
M- Measurable (kebolehukuran)
A- Action (Bertindak)
R- Reinforce (Pendesak/Pengukuh)
T- Time Frame (Jangka Masa)



1) Specific (spesifik)
Tetapkan azam atau matlamat yang spesifik supaya anda tahu hala tuju usaha anda dan lebih teruja  untuk .
mencapainya.  Azam seperti "aku mahu berjaya" atau "aku tak mahu gagal" yang terlalu umum dan tidak cukup jelas,azam tersebut tidak akan memberi kesan kepada diri anda.
"Minda tahu, hati membantu"

2) Measurable (kebolehukuran)
 Letakkan juga ukuran kepada azam supaya prestasi boleh dinilai. Contohnya jika anda seorang peniaga "Saya mahu keuntungan RM30,000.00 setiap bulan dalam perniagaan".

Jika keuntungan tersebut belum diperoleh, peniaga tersebut boleh merancang strategi pemasaran untuk mencapai azam tersebut.

3) Action (Bertindak)
Selepas menetapkan azam dan kayu ukurnya, bertindaklah! Azam tak boleh dicapai sekiranya hanya ada hitam putihnya.
"Jika anda membuat sesuatu, anda akan dapat sesuatu."
Haaa, jangan cakap tapi tak buat. Sesungguhnya Allah murka kepada glongan yang cakap tak serupa bikin ni. (tak ingat pula dalilnya)

4) Reinforce (Pendesak/Pengukuh)
Hebah-hebahkan atau kecoh-kecohkan azam anda kepada orang di sekeliling anda supaya dengan cara sedemikian boleh menjadi pendesak kepada anda untuk mencapai azam tersebut.
Mungkin juga anda boleh letakkan kertas bertulis peringatan untuk azam anda tu dan tampalnya di tempat-tempat yang senang dilihat.

5) Time Frame (Jangka Masa)
Letak garis panduan mengenai bila nak mula dan bila nak capai. Jangka masa yang ditetapkan biarlah logik mengikut azam anda.

Selepas anda berusaha, berdoa dan bertawakkallah. Doa pula tidak semestinya dalam bahasa Arab kerana Allah kan Maha Mengetahui, Dia faham walauapa pun bahasa yang kita guna. Doa dalam bahasa yang difahami boleh buat kita rasa bersungguh-sungguh dengan apa yang kita minta. Itu sahaja tipsnya, SMART kan? Akhir sekali hidup ini umpama NIKE dan ADIDAS.
 just do it
&
impossible is nothing

p/s: terima kasih atas semua ucapan hari lahir~~

3 komen dari pembaca :

diana said...

akak sedang mencari2 apa azam akak..
huhu..

Aretikz said...

Nice ^^
Memang smart la ni en3.. hehe.. Azam saya apa ya? haha..

OrenLimau said...

hehehe kan mira kan?
asyik2 azam.hahhaa

tahun ni ke arah pencapaian yang gemilang kot.haha
sebab sem lepas punya
ke arah pencapaian inspirasi x mendatangkan hasil yang positif.ia kalah di tangan ke arah pencapaian skema pada sem 1.hahaha.

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template