Friday, January 14, 2011

Fikh Kerahsiaan Wanita

"Memahami secara jelas isu yang melibatkan rongga keintiman wanita (faraj) menurut syariat Islam. Persoalan "dalaman" yang wajar difahami oleh setiap wanita mukhallaf dan para suami yang menjadi nakhoda rumahtangga. Bertanya tentangnya sering mengundang segan, kini dihidangkan  secara jelas sebagai panduan hidup muslimah sejati."
Ini petikan dari muka depan sebuah buku berwarna pink yang dihiasi dengan gambar wanita muslimah. Cantik. Hadiah dari seorang sahabat di hari lahir saya. Memang pada mulanya terasa janggal dengan tajuknya. Tapi saya sedar, tajuk ini penting untuk dipelajari. Mengenangkan masalah gejala sosial yang melibatkan anak gadis sekarang, kita semakin buntu. Salah satu faktornya ialah ramai antara ibu bapa yang tidak tahu cara untuk 'mengajar' hal ehwal pendidikan seks dan menentangnya diajar di sekolah. Walhal, perkara ini sepatutnya ibu bapalah yang menjadi guru kepada mereka.

Saya cadangkan  buku ini yang ringkas dan padat isinya untuk rujukan anda ibu dan bapa dan tatapan anak gadis. Buku ini mempunyai huraian tentang persoalan-persoalan yang sukar dirungkaikan kerana malu menjadi bentengnya.

p/s: terima kasih sahabat untuk hadiah ini.

3 komen dari pembaca :

iqbalsyarie said...

mcm menarik. mahu cari, buat persediaan :)

OrenLimau said...

iqbal:bagus2.hehe..sila2

miraaaa......tak tunjuk and bitau aku pun!nak tengok nnti eh..
eh.salah.nanti cerita kat aku apa yg dia bitau eh.hehehe

HatiM De' GhaZi said...

klu awk prasan penulis buku ni anak ustaz fadhil noor taw..hehe

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template