Wednesday, January 5, 2011

Haji orang mati

     Cuti yang lepas ramai orang yang ambil kesempatan untuk mendirikan masjid tak kurang juga orang yang pergi meninggalkan dunia. Jiran mira ada dua orang yang meninggalkan. Satu disebabkan oleh tiroid dan satu lagi kanser. Sejujurnya mira tak kenal pun mereka berdua. Almaklumlah, belajar di rantau orang. Untuk bercerita lanjut tentang mereka, bukanlah niat mira tulis entry ini.

    Sudah macam suatu kewajipan, jika ada di antara ahli keluarga yang meninggal dunia, kita akan buat kenduri arwah supaya seumpama pahala bacaan Yasin dan kenduri arwah diberikan kepada si mati. Selepas bacaan Yasin dan tahlil, ustazah yang memimpin memberi tazkirah mengenai cara hidup Islam. Sebenarnya mendengar tazkirah lebih pahalanya kerana dikira menuntut ilmu. Yelah, kita baca Quran pun entah betul ke tak tajwid dan makhrajnya. 

   Namun yang menarik perhatian mira ialah soalan seorang mak cik mengenai menghajikan orang mati. Tradisi orang Melayu kita, orang mati akan dihajikan. Istilahnya ialah niabah haji, atau yang lebih sinonim dengan masyarakat sekarang ialah upah haji. 

"Perlu ke kita menghajikan ahli keluarga kita yang meninggal?"
Ustazah itu menjawab. Wajib kalau si mati dah wasiatkan tetapi tak ada masalah jika ahli keluarga mahu meng'haji'kan si mati jika mampu. 'Jika mampu' itu ialah ada lebihan duit dan ahli keluarga yang tinggal tidak menanggung hutang sebab meng'haji'kan si mati. Lebih tidak digalakkan ialah membuat pinjaman semata-mata  untuk tujuan tersebut. Boleh jadi haram hukumnya jika untuk mencapai tujuan tersebut, keluarga yang tinggal hidup melarat atau dikelilingi hutang. Ada dua dalil yang telah menyebut bahawa rukun Islam yang kelima itu wajib dilaksanakan sekireanya mampu. Boleh la rujuk ustaz terdekat ye tentang dalil-dalil tersebut. 

Kesimpulannya, kalau mampu buatlah. Kalau tak mampu tak perlulah. 

4 komen dari pembaca :

iqbalsyarie said...

Saya mahu buat haji :) tapi insyaAllah akan dimulakan dengan umrah dulu. Bila? entahlah..niat aja yang ada. hee

diana said...

akak tengah kumpul duit sama2 adik beradik nak hantar mak ke sana dulu..
tak mampu tapi usaha jugak untuk mampu..

Nobita Sensei said...

usaha yang baik disisi Allah pasti dapat ganjarannya~

OrenLimau said...

shoutbox prob lak.hehhe
nice entry mira!jom check isu panas malam tadi.hehe

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template