Saturday, January 15, 2011

PASAR TANI BARU: Ikan segar tanpa formalin

Pengunguman penting!
Esok bersamaan 16 hb Januari 2011 bertempat di Jalan Pemimpin,IPOH iaitu di kawasan Surau Ikhlasiah akan diadakan Pasar Tani (PT) buat kali pertama. PT ini istimewa kerana hanya menjual Produk HALAL buatan Muslim.
Selain dari barang keperluan harian, bahan-bahan mentah seperti ikan dan daging juga dijual dengan harga yang lebih murah.
Bekalan ikan adalah ikan-ikan segar yang terus diambil dari Pantai Remis. Buat pengetahuan anda, hampir 80-90% ikan di Pasar Borong atau ikan di PT berusia paling kurang 5 tahun kematiannya. Walaupun 5 tahun dah mati, ikan-ikan tersebut nampak masih segar kerana diawet dengan formalin. Formalin ialah bahan awet yang selalunya digunakan untuk mengawet mayat.

PENGGUNAAN FORMALIN PADA IKAN DAN MAKANAN LAUT YANG LAIN
- Formalin adalah sejenis bahan kimia yang  di gunakan untuk mengawet mayat. Namun begitu ramai juga penguasaha dan peniaga yang menggunakan formalin untuk mengawet bahan-bahan mentah seperti ikan dan makanan laut yang lain supaya tetap terlihat segar.  
Gejala yang ditimbulkan jika formalin tertelan ialah mulut, tekak dan perut terasa terbakar, sakit menelan, mual, muntah, cirt-birit, kemungkinan terjadi perdarahan, sakit perut yang hebat, sakit kepala, hipotensi, kejang, tidak sadar hingga koma. Selain itu, juga boleh menyebabkan kerusakan hati, jantung, otak, limpa, pankreas, sistem susunan saraf pusat dan buah pinggang. Sumber: sini.


Lagi artikel mengenai formalin: 
SERDANG 26 Ogos — Sekumpulan penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM) berjaya mencipta alat pengesan bahan pengawet mayat yang terdapat pada ikan dan makanan laut.

Penyelidiknya, Prof. Madya Dr. Fatimah Abu Bakar berkata, alat yang menggunakan teknologi biosensor itu sangat pantas dan berkesan untuk mengesan penggunaan bahan kimia tersebut yang boleh menyebabkan kanser jika dimakan.

Katanya, ia hanya mengambil masa 10 minit sahaja berbanding secara konvensional iaitu selama satu hari dan ia mudah digunakan berbanding kaedah sedia ada yang memerlukan masa yang lama, rumit dan khidmat pakar di makmal.

“Keputusan yang diperolehi juga tepat kerana ia sensitif dalam mengesan kandungan kadar formaldehid dalam produk makanan yang diuji.

Alat itu juga dapat membantu agensi pengawasan dan pemantauan termasuk Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia serta pengguna dalam memantau penyalahgunaan bahan kimia terlarang itu,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Dr. Fatimah berkata, produk itu masih dalam peringkat prapengkomersialan dan menunggu mana-mana syarikat yang berminat untuk mengkomersialkannya.

Formaldehid adalah bahan pengawet mayat yang banyak digunakan dalam sektor perkilangan seperti pembuatan kertas, plywood, dan di hospital untuk tujuan pengawetan tisu spesimen.

Bahan kimia itu berbahaya kepada manusia kerana boleh menyumbang kepada risiko penyakit kanser paru-paru, kanser otak dan leukimia. - Bernama sumber:sini
__________________
Orang-orang di sekitar Ipoh terutamnya Manjoi, marilah kita bersama-sama memeriahkan PT bagi menyokong niat murni pencadang dan penganjur PT ini.

ikan ni.. agaknya dah berapa lama dah mati? cr to Google.

p/s: buatlah pilihan bijak.

5 komen dari pembaca :

Mknace said...

:) :) :)
terbaeekkk!!!!

singgah dari mknace unlimited

Azmi said...

bahaya giler..dah 5 tahun??
ish2....

Aretikz said...

Formalin.. memang berbahaya.. sukar mahu tahu ikan yg kena formalin ni.. huhu.. tapi.. bila dah dibiarkan dalam peti sejuk.. konfom boleh nampak.. hehe..

Amirrah Zawani said...

formalin??? erkk..

iqbalsyarie said...

terima kasih untuk info. saya baru tahu...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template