Tuesday, January 18, 2011

Saya Pelajar IPG Kampus Sultan Abdul Halim

"Sekarang belajar kat mana dik?"
"IPG KSAH kat Sg. Petani"
"IPG?" "Apa tu?"
"hurm.. maktab.. sekarang dah tukar nama dah. IPG. Tempat saya belajar kat Institut Pendidikan Guru, Kampus Sultan Abdul Halim, Sg Petani"
"Oooooo"

Begitulah jawapannya bila ada yang bertanya tentang tempat belajar. Walaupun jauhnya tiga jam perjalanan dengan menaiki bas, tapi hatiku sudah terjatuh cinta juga dengan tempat belajarku sekarang. Terpanggil pula nak sertai BPM ini. Saya dapat jemputan khas dari Cik OrenLimau. Terima kasih~

Buat rakan-rakan blogger lain yang sedang belajar di IPG/maktab boleh sertainya di link bawah:



Apa beza antara IPG dengan IPTA/IPTS yang lain. Sebenarnya tak lah berbeza sangat, cuma IPG ini adalah tempat latihan khusus bagi guru pelatih sebelum ke mengajar di sekolah rendah.  Mira dapat surat tawaran ke sini setelah tahun kedua mencuba untuk masuk ke IPG. Alhamdulillah, walaupun lambat masuk setahun, dapat juga bergelar pelajar IPG.

Kursus yang saya jalani sekarang ialah PISMP. Saya merupakan pelajar Pengajian Sains minor subjek Bahasa Melayu dan Pendidikan Jasmani. INSYAALLAH, jika ada rezeki, postingnya saya nanti akan menjadi guru sains sekolah rendah.



The girls.

The boys
Kami semua bersama tutor.


Pengalaman pahit dan manis?

Yang manis-manis bak gula batu:

Oh.. banyak perkara dah berlaku, sebab semuanya jadi kenangan manis. Almaklumlah, zaman belajar. Sentiasa ceria bila bersama rakan-rakan tercinta. Dapat pengalaman baru bila dapat tugas yang sukar. Belajar dari pengalaman mengahadapi kanak-kanak. Paling seronok ialah melayan kerenah mereka. Walaupun  kadang-kadang uji kesabaran juga.

Pahit-pahit mengkudu:

Nak kata pahit? Entah.. pengalaman yang paling tak boleh lupa ialah bila presentation kena reject dan terpaksa duduk tak bangun-bangun selama 9 jam untuk siapkan bahan presentation. Lepas tu, buang gitu je bahan-bahan tu. Pergh... memang tak boleh lupa lah waktu tu. Kami bangun cuma untuk solat je. Non-stop. Otak macam dah kena drain habis! Haha.. biasalah lah kan. Budak baru belajar. Jadi, pengalaman yang betul-betul pahit tu, Alhamdulillah, belum ada lagi yang bertapak di ruang memori ini. Moga tak adalah~ Ameen.

Apakah perubahan yang anda mahu buat dalam sistem pendidikan negara sekarang ni?

Terasa macam nak jawab soalan Falsafah pulak.Ok. Perubahan yang diharapkan dalam sistem pendidikan ialah penempatan guru mengikut subjek yang dipelajari supaya guru-guru dapat mengaplikasikannya dalam pengajaran. Di samping itu, perubahan cara mengajar tradisional kepada konstruktivisme juga adalah penting supaya modal insan hasilan sistem pendidikan negara ini mampu bersaing dan berani menghadapi cabaran. Bagi subjek Sains khususnya, kelengkapan untuk amali perlu dicukupkan supaya murid-murid tidak sekadar belajar secara teori dan imiginasi. Hands-on, Minds-on, Hearts-on.

Itu sahaja. Sekian.

2 komen dari pembaca :

OrenLimau said...

yeay!!buat jugak.haha
gambar time innocent tuh weh..sem 1 kan..muka budak2 kot.hehe.

puteri cahaya. said...

salam kenai dear!!..untuk bakal cikgu soon. jom singgah blog akak dik..
http://ainblogger.blogspot.com/2011/01/saya-pelajar-uitm.html

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template