Tuesday, January 4, 2011

Semua ada hikmahnya

"Terima kasih,Cikgu"

Gaya ipin dan ipin nampaknya yang diguna waktu beri salam dan ucap terima kasih. Ah, tak heranlah kalau di sekolah. Mungkin lebih menarik dan bertenaga sampai pelajar Tingkatan 6 pun guna. Tak kesahlah~ Asalkan ucapan tersebut tidak melanggar tata susila bicara sopan dan adat ketimuran. Fuh~

Hari pertama di sini sudah benar-benar menguji kesabaran mira sebagai blogger. Internet! Walaupun sudah boleh digunakan, hanya pada waktu strategik sahaja boleh blogwalking dengan lancar seperti sekarang, waktu pagi.
Mungkin juga ada hikmahnya: supaya lebihkan study dari berblogging? Sebenarnya nak merungut la tu..

Oh, sebenarnya nak ucap tahniah pada ibunda kerana dapat memulakan tahun baru di sekolah baru. Alhamdulillah, mak nampak sangat gembira dan berpuas hati dengan keadaan di sana. Baguslah! kalau tak seronok dan stress kan lagi cepat datang penyakit.

Teringat pulak keriaangan adik yang baru habis SPM. Seronok betul dia sebab tak payah pergi ke sekolah sampai dia bawa balik banner Back to School untuk ditunjukkan kepada adik-adik yang lain. Haih,,, seronok bebeno! Kalau dah namanya duduk rumah dalam tempoh 3 bulan ni, mestilah ada hikmahnya juga. Kaulah yang kena tolong mak masak , sapu dan jemur kain. Kan? Hikmah: training jadi anak soleh~
cr to Google

Maaf juga kalau yang singgah ke page ini tapi lambat sikit balasnya. Almaklumlah, saya melayari internet dengan kelajuan semut. Er, 10 km/j?

5 komen dari pembaca :

Aretikz said...

Saya komen ni pun.. ada hikmah juga.. haha..

apapapun.. teruskan usaha.. biar sesemut kelajuannya.. mcm besa.. semua ada hikmah.. hehe..

Azmi said...

haha....
takpe2 dia nak suh study la tuh

diana said...

hahah..
dia tak tau kat umah lagi banyak kerja nak buat berbanding kat sekolah..

She's retarded said...

form 6 ek? sy form 5

OrenLimau said...

hehehe.rileks2 mira.jadual sem ni positif.hhehehe

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template