Monday, February 28, 2011

Apple MacBook Air Percuma!

3 komen dari pembaca
Bukan tipu dan bukan main-main ye..

kat bawah ni mira qoute dari page kat fb..

Peluang untuk anda memilki Apple MacBook Air secara percuma daripada DealMates Kuala Lumpur. Mudah sahaja, apa yang anda perlu lakukan hanyalah login menggunakan akaun Facebook anda atau register di DealMates Kuala Lumpur.



Kemudian klik BUY untuk Apple MacBook Air, jangan risau tiada sebarang transaksi akan dilakukan. Kerana ianya adalah satu cabutan bertuah yang akan dilakukan dan akan diumumkan pada 8 Mac 2011 ini.


Penyertaan akan akan diberikan satu certificate number (lebih kurang macam ID) di email anda apabila sudah cukup kuota penyertaan dan cabutan bertuah akan dibuat berdasarkan certificate number yang anda dapat. Seorang hanya layak mendapat satu certificate number sahaja.



Apa tunggu lagi, sertai sekarang juga, hanya klik link yang diberikan  dan klik BUY. Peluang untuk anda memiliki Apple MacBook Air masih terbuka. jom join!

Jom join..mana tahu kot2 boleh menang ke..

p/s: sori.. nak cepat ni.. busy betul lah!

Sunday, February 27, 2011

Cari yang halal dong!

5 komen dari pembaca
Macam manalah mamat ni boleh jumpa no broadband ni..Kalau dia hantar ke hp takpe juga.

adoi..mengacau je

Tapi mira tak mudah tertipu,takkan lah tiba-tiba je menang macam tu.
Lagipun mira tahu sangat no ni.. ini datang dari seberang
mira pun pernah ada no macam ni..sebab kampung belah ayah pun dari sana

Kepada individu tersebut: walaupun aku ni orang kampung tak lah bermakna aku tak boleh beza realiti dan fantasi..
lebih baik la cari kerja yang halal daripada menipu macam ni..dunia orang benci.. akhirat tak selamat.

Saturday, February 26, 2011

Akaun blog telah dihack!

7 komen dari pembaca
2-3 kali mira tak dapat nak masuk ke dashboard.. ini memang masalah ni. Selalunya tak macam ni. Susah bebeno nak masuk. Last2 mira tekan je link kat bawah password tu : Can't access your account?
nasib baik la ada ini (cr: Google)

Lepas beberapa step, google hantar verification kat email lagi satu untuk jawab soalan security. Kalau kita dah logged in dalam masa 24 jam lalu, kita tak perlu jawab soalan tu. Then, mira buka email satu lagi dan klik je link yang dia bagi. Mungkin ni la faedahnya ada dua email ni kan.

Link tu akan redirect ke page untuk reset kita punya password. So, buat je lah password baru demi keselamatan akaun. Kalau diikutkan, password untuk akaun-akaun lain pon kena renew. Kalau tak.. ada je yang gatal tangan nak hack!

p/s: Azmi.. yang kes Azmi tu mira tak taw macam mana nak tolong. Sorry ye.

Thursday, February 24, 2011

Musuh

6 komen dari pembaca
malas
bertangguh
kekangan duit
Sedang mencari ubat untuk kesemua 'penyakit' ini sambil mohon padaNya.
p/s: masuk fasa sibuk!

Wednesday, February 23, 2011

Rezeki churpchurp

8 komen dari pembaca
Siapa lagi yang tak join churpchurp?  Setakat ni, Alhamdulillah, earning yang dapat, boleh tahan la. Tapi, mungkin lambat la sikit nak sampai RM100 sebab tak la aktif sangat disebabkan kekangan masa dan talian internet yang terlalu lambat.

Sampai hari ini, total earning mira ialah
Sebenarnya churpchurp ni anak syarikat nuffnang. Tak perlu ada blog, cuma akaun Twitter dengan Facebook pun dah cukup. Tugas kita cuma promote je. Setiap unique click, dapat la RM0.20

So, jom la join! Tak rugi pon~ Mana tahu awak semua lagi dapat banyak earning dari saya!


How does getting rewarded through sharing sounds like to you? Join #ChurpChurp today and bring more friends to the community!

Tuesday, February 22, 2011

100 blogger diperlukan

1 komen dari pembaca
Salam... sekarang ni mira blogwalking juga tapi jarang dapat tinggal URL di shoutbox sebab kekangan wifi yang terlalulah lambat..mira selalu jadi silent reader je..jangan marah ye. Datanglah juga ke blog mira ni ye. Sekarang masih berkepuk entry-entry yang lebih baik. Busy sikit tak dapat nak publish buat masa ini ni.

Sekarang mira dah install YiedPozi Bloglwalking widget  di sidebar, dan dia ada buat entri untuk promosi entri secara percuma bagi sesiapa yang join dan dia perlukan 100 blogger lagi. Alhamdulillah, entri mira yang Laman sosial melahirkan penyibuk terpilih pun untuk dipromosi. Tapi tak taw la valid sampai bila tu kan.


YBW ni bukan auto-blogwalking ye, ia cuma memudahkan blogwalker untuk crawl ke blog-blog lain kalau dah tak tahu nak melawat blog siapa dah. Memang best la.Boleh la cuba, YBW mira dah letak di sidebar belah bawah tu...
again.. thanks... Yied!

Monday, February 21, 2011

Heartbeat ajelah!

3 komen dari pembaca
Yep.. it's time to try something new..
hope my love will grow over this heartbeat program ..
so guys... just click my heartbeat..and become my heartbeat.. opss.. sweetheart?

Sunday, February 20, 2011

free ads blog

3 komen dari pembaca
Just wondering which advertiser I should trust. Even now I'm still waiting for the cheque from nuffnang.
Me to, followed the tips written by the other blogger but now all the tips are useless.

Even more traffic I gain
Even more clicked ads I get..
but my earning.. still
like I've done nothing..

So for now, this blog has no ads. I am considering which advertiser should be my platform. Do you have any idea? Nuffnang, innity, adsverlert or mangga ads?

Saturday, February 19, 2011

lelaki yang banyak kebebasan dalam hidupnya adalah berisiko?

8 komen dari pembaca
"Doakan dia sabar...dah 7 bulan mengandung..tetapi..baru saja diceraikan"
     Bergegar lagi Arasy Allah bila 'masjid'  yang tak sampai sepuluh tahun umurnya runtuh dalam sekelip mata. Faktor jelas krisis rumah tangga bermula dari perkara sekecil-kecil yang sebenarnya adalah tanggungjawab si suami. Mungkin juga musibah ini berpunca dari khilaf si isteri. Mereka sama-sama suka dan sama-sama cinta namun kesukaan dan kecintaan mereka tidak pun dapat menjadi perisai perpisahan itu.

  Si lelaki sebelum bergelar suami punya banyak kebebasan dalam hidupnya walaupun tidaklah seperti mat-mat sumbang yang lain. Hidup bujangnya tidak banyak tanggungjawab. Cuma perlu cari makan untuk diri sendiri dan 'dating' sekali-sekala.

 Bila tanggungjawab sebagai suami dibebankan di bahu, baru sedar tinggi langit itu di takat mana, bumi yang dipijak itu rapat di kepala. Tetapi, hati mudanya masih tidak mahu memikul tanggungjawab yang datang kepadanya. Lalu, dibiarkan saja pasangannya mengemudi rumah tangga serta hal-ehwal anak-anak. Lantaran bosan dengan sekatan kebebesan seperti di zaman bujangnya serta tuntutan terhadap dirinya untuk berubah kepada yang lebih baik dari pasangannya, si suami ambil jalan mudah untuk melepaskan diri. TALAK!
(cr to Google)

Nah, pasangan bercinta! Andai iman dan ilmu tidak mengiringimu, tiada juga gunanya cinta. Cinta yang terukir di bibir mungkin nanti menjadi pengguris luka yang dalam di hati. Cinta yang memasuki pernikahan tapi tiada matlamat juga tak terlindung dari penceraian. Kerana itu, mengasihi seseorang tidak perlu bersebab. Tidak perlu cantik, bergaya, punya ilmu yang tinggi jadi sebab-sebab cinta dan kasihmu kepada pasanganmu kerana bila hilangnya semua itu, kamu AKAN berhenti mengashihinya.

Sekarang aku memandang serong si lelaki yang bebas di dalam hidupnya dan menafsirkan kebebasan yang 'childish' biarpun bergelar bapa kepada 3 orang anak. Lelaki sebegini berisiko untuk meninggalkan ku sendirian jika dia bergelar suamiku.  Itulah:

Suruh makan dia makan...Suruh mengaji dia tak mahu...

Tuesday, February 15, 2011

Mencintai yang Lima, Lupa yang Lima..

10 komen dari pembaca
     Nabi Muhammad S.A.W telah bersabda, " Akan datang waktunya umatku akan mencintai lima lupa kepada yang lima: Mereka cinta kepada dunia, tetapi lupa kepada akhirat. Mereka cinta kepada harta benda, tetapi mereka lupa kepada hisab. Mereka cinta kepada makhluk, tetapi mereka lupa kepada al-Haliq. Mereka cinta kepada dosa, tetapi lupa untuk bertaubat. Mereka cinta kepada gedung-degung mewah, tetapi mereka lupa kepada kubur."

Sudahkah sampai waktunya yang disebutkan oleh Baginda. Sabda ini adalah ketika 1400++ tahun yang lalu.

Sayangnya Baginda kepada kita tak dapat digambarkan dengan kata-kata. Masakan memberi peringatan, menyatakan kecintaan serta kerinduannya pada mereka yang belum lagi wujud. Ya, mereka itu ialah kita. Malu rasanya bila cinta Baginda tidak dibalas. Malu rasanya mahu memohon Syafaat bila amalan-amalan kita dihisab jika kita tidak pernah pun berselawat kepadanya. Malu rasanya bila kecintaan lebih kepada makhluk lain berbanding kepada Allah dan Rasul-Nya.

"Ya Allah, biarpun aku tidak layak bersama Kekasih agungmu di Syurga, layakkanlah juga aku menjadi penghuninya. Aku tidak sanggup menjadi Ahli NerakaMu Ya Allah yang di dalamnya manusia dan jin menjadi bahan bakarnya. Perkenankanlah doaku ini, Ya Allah."

Mari berselawat pada baginda~

Monday, February 14, 2011

Laman sosial melahirkan penyibuk!

12 komen dari pembaca
Jujur la pada mira, siapa yang ada blog tapi tiada facebook ataupun twitter? Agak mustahillah sebab laman sosial ni dah jadi antara tempat yang terbaik untuk ping entri-entri baru. Betul tak?

Rata-rata antara kita paling kurang akan log ini ke dalam akaun Facebook atau Twittter sehari sekali.
Banyak yang boleh dibuat. Kemaskini status, muat naik gambar, komen gambar orang  lain dan sebagainya. Ikut suka hati la kan nak buat apa, nama pun social networking.
oh facebook~ (cr to Google)

Laman sosial tak boleh wujud kalau hanya ada seorang ahli. Jika tidak, untuk apa dia berkongsi tentang dirinya. Gila apa cakap sorang-sorang~ Paling tidak, mahu dilihat 'hidup' di alam maya.

Secara positifnya, laman sosial ni boleh 'initiate' sikap mengambil berat tentang orang lain. Tapi jika di pandang pada satu sudut lain, mungkin juga kemudahan dalam laman sosial tu membentuk peribadi yang penyibuk.
Nak tahu apa yang orang lain buat, nak tengok gambar la.

Jadi antara mengambil berat dan menyibuk, mana satu yang lebih sesuai dikaitkan dengan laman sosial ni?

Sunday, February 13, 2011

Pindah dari wordpress ke blogger

11 komen dari pembaca
Mula-mula nak ucapkan selamat datang kepada rakan sealam mater mira. Akhirnya, dia menerjah masuk ke dunia blogging. Selamat datang, ase! Pada kawan-kawan yang lain, jangan la malu-malu untuk lawat blog dia.

Sebenarnya, dia memulakan langkah dalam dunia blogging dengan wordpress. Tapi, sebab baru lagi, ada banyak kesukaran yang mira sendiri tak tahu macam mana nak tolong. Jadi mira dah ajak dia pindahkan blognya itu ke blogpot.

Memang haru dan pening kepala juga mencari cara-caranya. Alhamdulillah, jumpa juga akhirnya. Ok, sekarang mira nak kongsikan pengetahuan ini dengan anda semua.

Langkah 1.

Sign up ke blogspot jika anda tidak mempunyai akaun. 


Saturday, February 12, 2011

[SAH] Hosni Mubarak sudah meletakkan jawatan.

6 komen dari pembaca
Media Al-jazeera telah melaporkan bahawa Hosni Mubarak secara rasminya telah meletakkan jawatan beliau dan peralihan kuasa kepada ketenteraan. Rakyat Mesir kesemuanya gembira kerana akhirnya mereka dapat menggulingkan pemerintahan kuku besi tersebut.
Moga dengan Revolusi ini, rakyat Mesir dapat menyelesaikan masalah di zaman zaman pemerintahan kuku besi beliau terutamanya dalam bidang ekonomi.

Berita penuh boleh dilihat di media Aljazeera.

ramai betul yang berkumpul di Tahrir (image credit to Aljazeera)

Friday, February 11, 2011

Contest: Bilakah Tarikh Pengumuman Keputusan SPM 2010?

10 komen dari pembaca
Contest ini dianjurkan oleh Sabri dan mira dijemput untuk menyertainya~ Hadiah-hadiahnya lumayan dan semuanya bernilai RM 755.Tahun ini, ada adik mira yang tunggu keputusan SPM. Berdebar pulak rasanya...

Saya teka keputusan SPM akan diumumkan pada:

10 MAC 2011!

Dengan ini saya mahu tag 3 orang rakan blogger berikut:


Kalau anda nak join dan tahu apakah hadiahnya, jom ke blog Sabri.

Kami tak sambut Valentine

2 komen dari pembaca
Tema cinta dan kasih sayang memang hangat bulan ini. Lebih-lebih lagi bila dua tarikh perlambangan cinta bertembung.

Valentine's Day dan Hari Keputeraan Nabi
14 Feb dan 15 Feb (12 RabiulAwal)

Banyak mitos tentang asal usul sambutan hari V-day ni, tapi yang pastinya sambutannya adalah HARAM  bagi ummat Islam. Allah sendiri pernah berfirman yang mafhumnya:

Orang yang menyerupai sesuatu kaum adalah tergolong dalam kaum tersebut.
Jadi, walaupun kita tak mengakui dengan lidah, perbuatan kita yang menunjukkan sokongan pada sambutan tersebut tetap membuat kita tergolong dalam golongan yang kafir. Nauzubillah~

Labih baik kita menyambut Hari Keputeraan Nabi yang cinta kepadanyalah yang lebih utama. Rasullullah pernah menyatakan kecintaannya kepada kita walaupun kita tak pernah menjumpai baginda. Marilah kita berselawat kepada baginda tanda kecintaan kita kepada KEKASIH AGUNG itu.

 Jangan cuba senaraikan diri sebagai PEMBELOT CINTA dengan menyambut V-DAY tersebut. Bukan hari itu sahaja yang kita perlu berkasih-sayang kerana ajaran Islam yang indah itu pun telah mengajar kita berbuat demikian.

*Entry ini ditulis atas sambungan sokongan kepada kempen yang dijayakan di blog Jejaka Terhangat. Mari bersama kita sampaikan mesej ini kepada saudara-saudara seislam kita*

Peserta bloglist di ainlh.com

6 komen dari pembaca
Terima kasih kepada mereka yang telah menyertai bloglist ini. Walaupun tak mencapai target, tapi mira tetap puas hati. Sebenarnya, mira syaratkan buat entry adalah untuk minta tolong pada anda sebarkan yang blog ini dah berubah alamatnya. Terima kasih kepada 5 peserta yang buat entry tentang ni. Lawatlah blog mereka ye~

luvmia97
 miszfarasakura
syafiq
 Azmi
 Hajarhasan

Blog-blog yang lain juga ada mira masukkan sebab memang mira pergi blog tu pun untuk baca entry mereka. Sekian.
selamat datang~

[sticky mode] Bloglist di ainlh.com

11 komen dari pembaca
*untuk yang terbaru sila roll ke bawah~
Salam semua..
bersempena dengan perpindahan dari the89dimension.blogspot.com ke domain www.ainlh.com ni
Mira nak buka kepada blogger yang ingin masuk ke 'My blogrolls' mira yang masih kosong di sebelah kanan tu. Tempat kosong ini hanya untuk 25 blog sahaja. Siapa cepat dia dapat.

Syarat-syaratnya senang sahaja.

1) anda adalah follower blog ini
2) buat entry ringkas mengenai bloglist ini
3) letak link blog ini dalam entry tersebut
4) selepas publish post anda tersebut sila letak permalink di bahagian komen

Selepas cukup kesemua 25 perserta. bloglist ini akan ditutup.

p/s: ada ke yang nak masuk ni?

Wednesday, February 9, 2011

buka link di tab baru setelah klik imej

2 komen dari pembaca
Sungguh tak percaya kerana dua baris kod, mira terpaksa terpacak depan komputer riba ni selama berjam-jam. Tak puas hati selagi tak jumpa apa yang diinginkan

“ buka link pada tab baru lepas tekan pada imej” Itu  sahaja yang mira cari! Bila dah jumpa ni nak share dengan anda semua la. Jadi kalau ada sesiapa nak guna boleh ambil code kat bawah ni:

<a href="URL Site" target="_blank" >
<img src="Url gambar"/></a> 

Gantikan URL Site dengan URL page yang anda mahu redirect.
Gantikan URL gambar dengan URL gambar yang telah diupload
Kalau tak mahu buka link tersebut pada tab baru, anda cuma perlu buang target="_blank" di dalam tersebut

Selamat mencuba~
Diolah dari : tutorialuntukblog

Tuesday, February 8, 2011

terlalu bergantung kepada pembantu rumah?

4 komen dari pembaca
Mungkin yang sedang membaca ni ada yang rumahnya ada pembantu. Kalau style  orang kampung kata pembantu rumah tu 'bibik' la kan. Lagi-lagi bila pembantunya datang dari seberang.

Memang mudah ada pembantu rumah  ni. Macam-macam kerja rumah selesai dan tak payah fikir dan penat-penat badan lagi bila balik kerja. Urusan anak-anak pun terjaga dan tak risau sangat dah. Mira sendiri pun ada pasang angan-angan kononnya nak pakai pembantu rumah bila kerja.

Tapi, bila tengok mak sendiri rasa hairan pulak. Macam mana mak boleh jaga kami yang 7 orang ni tanpa 'bibik'? Mak pun kerja juga. Bila fikir-fikir dan teliti balik, rupanya ada rahsia di sebaliknya. Ayah dan mak saling tolong-menolong dan bertolak-ansur untuk jaga kami. Mira salut kat mak sebab mak memang super mom. Tak terbayang juga rasanya bebanan yang dipikul.

Mira lihat pula keluarga yang ada 'bibik' ni.  Oh... memang senang, kalau ada apa-apa semua minta 'bibik'.

Monday, February 7, 2011

the89dimension berpindah ke ainlh.com

3 komen dari pembaca
Salam semua! Alhamdulillah akhirnya blog mira dapat bertukar ke domain sendiri..

Jika ada kesulitan harap dimaafi. Tadi mira ada masalah dengan DNS. Selepas 'clear everything' termasuk cache DNS untuk browser dan 'flush dns', baru la boleh buat setting. Syukur~~

Terima kasih kepada JiwaHost sebab beri tunjuk ajar dan akhirnya mira dapat mengorak selangkah lagi dalam dunia blogging atas bantuannya. Sekian~

3 jam perjalanan

3 komen dari pembaca
Selamat pulang ke kampus buat siswa-siswa! Semalam hari yang sibuk untuk masing-masing pulang ke tempat diri mencari rezeki atau ilmu. Didoakan perjalanan anda selamat tanpa perkara-perkara yang tidak diingini.

Kalau diikutkan hati, tak mahu dah datang ke sini. Masih mahu bercuti berliburan. Jauh dari stress dan bebanan tugasan.
haha.mungkin adik-adik kita macam ni, ye dak? (cr to google)

 Tapi, bila diingatkan tanggungjawab dan amanah untuk menjadi seorang guru, cepat-cepat diri ini berpijak di bumi nyata. Oh ye, perjalanan dari Ipoh ke Sg. Petani cuma mengambil masa 3 jam. Alhamdulillah, tidaklah sesesak seperti jalan yang bertentangan.

Sunday, February 6, 2011

Komen cerminan konklusi

4 komen dari pembaca

Pernah ketawa terbahak-bahak dek komen yang ditinggalkan rakan-rakan blogger anda? Komen yang ditinggalkan mungkin hanya sipi-sipi atau tiada kena-mengena langsung dengan penulisan anda. Secara terus mungkin di hati terdetik:

“Eh, yeke aku ada tulis pasal ni?”

“Bila masa pulak aku cakap pasala ni?”

“ Apa kena-mengena la komen dia ni dengan entry aku? Hahahaha”

Rakan tersebut mungkin hanya skimming artikel anda dan tidak memahami secara sepenuhnya apa yang ditulis. Kalau begitu, anda masih dianggap bernasib baik kerana ada juga yang tulis komen langsung off topic.
Walau macam mana pun komen yang diterima, sebenarnya itulah konklusi yang dia dapat dari entri anda. Anda sedang gembira kerana dapat sesuatu dan anda menukilkannya panjang berjela, namun hanya satu

Saturday, February 5, 2011

Bahagia di desa

4 komen dari pembaca

Hati mula damai
Sang unggas masih riang berbisik
Sesekali aku dikejutkan dengan riuh si adik
Leka nampaknya melayan makhluk
Bermisai dan berkaki empat itu
Sejuk….
Namun hijau yang dijamah mata
Buat hati membiarkan saja

Friday, February 4, 2011

Projek itu masih diteruskan.

4 komen dari pembaca
Nampaknya projek itu masih diteruskan walaupun kami sebagai penduduk di kawasan tersebut tidak bersetuju. Mak cik pak cik jiran sederet rumah mira kenalah selamatkan pokok-pokok yang mereka tanam kat depan tu sebelum kawasan tersebut diterangkan. Sakit mata melihat, sakit juga hati ni. Geram betul lah!

Kesan jangka masa panjang pembinaan perhentian bas persiaran:
  • budak-budak dah tak bebas main kat luar
  • peningkatan pencemaran udara
  • peningkatan gejala sosial - jadi tempat budak-budak melepak
  • jika terbengkalai- jadi tempat pembiakan nyamuk
Nak tangkap gambar kat tempat tu pun rasa malas. Tapi snap juga untuk bukti.


p/s: aih.. **I dengan P*N* takkanlah tak taw pasal ni.

Thursday, February 3, 2011

Geli hati dengan Anonymous

6 komen dari pembaca
Alahai.. baru je nak deactivate comment moderation dah terima SPAM balik. Sebenarnya, buat moderation untuk komen ni bukan apa, supaya mira alert dengan komen-komen yang ditinggalkan. Takdelah yang tak tengok dengan alasan tak perasan.

Yang lagi haru, anonymous ni boleh pulak guna Bahasa Malaysia kot ye pon nak SPAM. Tapi sah-sah la encik/ puan anon tu guna Goole Translate.

Paling tak boleh blah puji bukan main lagi... hahahaha:

"Lovely tajam posting. Tidak pernah berfikir bahwa itu adalah ini mudah. Extolment untuk anda!"

Apa benda Extolment? Kalau duit aku nak la. Ada pulak yang mira tak berapa nak faham apa yang nak dikatanya:

" Perlu untuk menjaga pengujian blog saya. Tidak bekerja seperti yang saya inginkan belum. Thx untuk tema tersebut. Mungkin ini akan mendapatkan tambang untuk terlihat lebih baik"

Anonymous tu semuanya pelik. Mereka cuma tinggalkan komen pada entry yang lama-lama. Adoi la.. kesimpulannya.. lepas ni anonymous perlu ke dihalang komennya?
Ahh.. anon buatku bingung

Despicable Me

1 komen dari pembaca
Salam...tengah cuti-cuti ni.. seronok juga sekali-sekala layan cerita.. walaupun dah tua, tapi mira ni masih layan anime dan kartun, yang terbaru mira dah tonton animation movie Despicable Me. Tapi yang ni Korean Dubbing la..
Ok, siapa nak tengok,, jom layan video kat bawah.. ada 9 part,, satu je mira embedkan yang lain letak link saja..ok..?



Part 2

Part 3

Part 4

Wednesday, February 2, 2011

Wanita yang menempah gangguan

5 komen dari pembaca
Ada dua punca utama terjadinya masalah kerasukan yang sering dihadapi oleh kaum wanita:

  • akibat sihir
  • kecenderungan jin ketika memandang perempuan yang berkenaan
Jin-jin suka mendatangi perempuan yang suka bersolek berlebih-lebihan, yang tidak menjaga sembahyangnya, tidak membaca Al-Quran tetapi gemar mendengar nyanyian atau muzik keterlaluan, suka membuka aurat, juga gemar duduk bersolek di hadapan cwermin.

Mereka tidak menyedari bahawa perbuatan seperti ini menjadi tarikan jin-jin. Mereka masuk dalam bilik air, lalu menyanyi dan mandi dalam keadaan telanjang, padahal bilik air adalah di antara tempat kegemaran jin-jin jantan dan betina menyebabkan salah satu daripada makhluk-makhluk tadi tertarik pada jasadnya lalu ia meresap ke dalam tubuh dan mengganggunya. 

Petikan dari : Rawatan Al-Quran & As Sunnah Ruqyah Syar'iyah: Panduan untuk Mangsa Kerasukan Sihir Pesakit dan Perwat.

Penulis: Sidek Abu bakar.

Percaya atau tidak wahai wanita sahabatku sekalian, kita tak sedar yang kita sendiri mengundang bencana. Ingatlah, jika kita lupakan ALLAH , maka yang lain pula datang menjaga kita.

Tuesday, February 1, 2011

[TAK MASUK AKAL] Perhentian Bas Persiaran Bersebelahan Kawasan Perumahan?

8 komen dari pembaca
Minggu ini aku dikejutkan dengan berita bahawa di hadapan rumah kami akan dibina tapak perhentian bas persiaran? ha... di hadapan rumah..? Korang boleh tengok gambar kat bawah dan beritahu aku..sesuai ke buat kat kawasan tu?




 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template