Monday, February 7, 2011

3 jam perjalanan

Selamat pulang ke kampus buat siswa-siswa! Semalam hari yang sibuk untuk masing-masing pulang ke tempat diri mencari rezeki atau ilmu. Didoakan perjalanan anda selamat tanpa perkara-perkara yang tidak diingini.

Kalau diikutkan hati, tak mahu dah datang ke sini. Masih mahu bercuti berliburan. Jauh dari stress dan bebanan tugasan.
haha.mungkin adik-adik kita macam ni, ye dak? (cr to google)

 Tapi, bila diingatkan tanggungjawab dan amanah untuk menjadi seorang guru, cepat-cepat diri ini berpijak di bumi nyata. Oh ye, perjalanan dari Ipoh ke Sg. Petani cuma mengambil masa 3 jam. Alhamdulillah, tidaklah sesesak seperti jalan yang bertentangan.

ambil gambar ni semalam.. nasib baik tak sesak sangat perjalanan semalam. Alhamdulillah

Bayangkan~ pemandu baik penumpang pasti dalam keadaan stress. Stress bila kereta hanya boleh bergerak seinci je setiap seminit. Menambahkan stress bila lihat barisan kereta di hadapan. Kata orang putih.. itu bukan jammed dan itu gridlock.

Bagi yang muslim harap bersabar dan bersangka baik denganNya. Allah sedang menguji kamu. Jadi boleh isi masa dengan baca buku atau Al-Quran ke kan? Bagi yang lain, boleh juga buat sesuatu yang dapat meningkankat mood baik anda. Memandu ketika stress, macam-macam boleh jadi. Nah, sebab itulah perancangan perjalanan itu penting kan? Lebih-lebih lagi waktu musim perayaan.

Apa-apa pun yang penting selamat sampai.

p/s: nampak macam off topic ke?

3 komen dari pembaca :

She's retarded said...

saya tak nak pergi sekolah!
macam tau2 je kartun tu

Hanis Azla said...

kalau boleh mmg nak sambung cuti lama2 kan... selamat meneruskan pengajian di kampus yer.. Salam kenal..

Azmi said...

semau ada dlm n3 ni...tips2 tak nak bosan dan pengalaman 3 jam mira kot..
haha...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template