Friday, February 11, 2011

Kami tak sambut Valentine

Tema cinta dan kasih sayang memang hangat bulan ini. Lebih-lebih lagi bila dua tarikh perlambangan cinta bertembung.

Valentine's Day dan Hari Keputeraan Nabi
14 Feb dan 15 Feb (12 RabiulAwal)

Banyak mitos tentang asal usul sambutan hari V-day ni, tapi yang pastinya sambutannya adalah HARAM  bagi ummat Islam. Allah sendiri pernah berfirman yang mafhumnya:

Orang yang menyerupai sesuatu kaum adalah tergolong dalam kaum tersebut.
Jadi, walaupun kita tak mengakui dengan lidah, perbuatan kita yang menunjukkan sokongan pada sambutan tersebut tetap membuat kita tergolong dalam golongan yang kafir. Nauzubillah~

Labih baik kita menyambut Hari Keputeraan Nabi yang cinta kepadanyalah yang lebih utama. Rasullullah pernah menyatakan kecintaannya kepada kita walaupun kita tak pernah menjumpai baginda. Marilah kita berselawat kepada baginda tanda kecintaan kita kepada KEKASIH AGUNG itu.

 Jangan cuba senaraikan diri sebagai PEMBELOT CINTA dengan menyambut V-DAY tersebut. Bukan hari itu sahaja yang kita perlu berkasih-sayang kerana ajaran Islam yang indah itu pun telah mengajar kita berbuat demikian.

*Entry ini ditulis atas sambungan sokongan kepada kempen yang dijayakan di blog Jejaka Terhangat. Mari bersama kita sampaikan mesej ini kepada saudara-saudara seislam kita*

2 komen dari pembaca :

touya said...

Touya pun ada buat juga weh !

alongizhamhadi said...

lepas hari valentine...banyak baby kene buang...

 

Short and Sweet Copyright © 2012 Design by Ipietoon Blogger Template